Audio : Qawaid Fiqhiyyah (13 Mei 2014)

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah

Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Kitab       : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh     : 13. 05. 2014
Hari         : Selasa
Masa        : 4.15 - 6.00 petang
Tempat    : Solah al Falah
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

‘Uruf digunakan pada perkara yang biasa berlaku dan diketahui secara umum.
• Contoh: Lembu gadaian boleh diperah susunya sekadar perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menjaganya. Namun jumhur ulama berpendapat harus mengambil faedah terhadap benda yang digadai itu dengan keizinan tuan asalnya. Segelintir lagi berpendapat tak dibenarkan ambil apa-apa faedah walaupun sedikit.
• Qunut dalam solat subuh tu sunat muakad bagi Mazhab Syafi’.
• Raikan ‘uruf kat tempat tersebut bagi mengelakkan perbalahan atau fitnah.

Syarat-syarat yang diiktibar ‘Uruf dan Adat:
1. Tiap-tiap ‘uruf itu dilaksanakan secara menyeluruh oleh kebanyakan manusia.
- Perubahan pelaksanaan hukum syara’ mengikut ‘uruf dan adat (suasana)
- Zaman Uthman membenarkan mengambil dan menjual unta sesat supaya tidak dilarikan oleh orang jahat. Bila tuannya datang, bagi balik duit jualan unta tersebut. Tapi zaman Rasulullah tak boleh sebab sikit je pencuri zaman tu. Tak khuatir unta hilang.
- Lelaki zaman Imam Malik tak boleh jadi saksi jika keluar dalam keadaan kepala terdedah (tak berkopiah).
2. ‘Uruf umum dalam semua Negara Islam dan dijadikan dalil hukum.
- Mengharuskan wakaf benda-benda yang boleh dipindahkan dan tidak akan habis.
3. ‘Uruf dan Adat tak bertentangan dengan hukum syara’. Kalau bertentangan, terbatal lah.
- Meminum arak, riba di merata tempat, mendedahkan aurat dll.
- “ Aku wasiatkan harta bendaku kepada kerabatku..” Wasiat tak boleh diberikan kepada kerabat yang layak mengambil harta pusaka. Tidak ada wasiat bagi waris.
- Wasiat ialah pindah milik harta selepas kematian kepada orang lain. Hadiah ialah harta yang boleh digunakan walaupun masih hidup kepada sesiapa shj.
- “Aku beri hartaku ini kepada semua anakku kecuali yang bongsu..” Tak sah. Semua anak ada hak masing-masing. Tidak boleh pilih kasih.
- 1/3 dari harta sahaja yang boleh diwasiatkan. Selebihnya pusaka dibahagikan mengikut fara’id.
by Asma' Zainal Arifin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...