Audio : Kifayatul Awwam ( 6 Mei 2014 )

Pengajian Kifayatul Awwam


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Nik Hayyi bin Idris - Mahasiswa Universiti Al- Azhar, Kaherah   
Kitab        : Kifayatul Awwam
Penulis      : 
Tarikh      : 6. 5. 2014
Hari         : Selasa
Masa        : 4.15 - 5.45 petang
Tempat    : Solah al Falah
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini 

1. Memahami aqidah-aqidah 50 yang berkait berhajat kepada 3 perkara ; wajib, mustahil dan harus.

2. Wajib adalah sesuatu yang tidak tergambar oleh akal akan ketiadaanya dan tidak dapat dibenarkan oleh akal akan ketiadaannya. 
Cth : Pokok dan batu adalah sesuatu jirim yang memeenuhi ruang. Maka apabila sesorang mengatakan pokok tidak memenuhi ruang daripada tempat-tempat kosong di bumi, maka akal tidak dapat membenarkannya kerana kebiasaannya sifat memenuhi ruang itu wajib dan akal tidak boleh membenarkan sesauatu yang wajib dengan mendustakannya.

3. Mustahil adalah sesuatu yang tidak tergambar oleh akal akan kewujudannya ia dan sesuatu yang tidak dapat dibenarkan oleh akal tentang kewujudannya. 
Cth : seseorang tidak akan sunyi dari gerak dan diam.

4. Harus adalah sesuatu yang dibenarkan oleh akal satu ketika ketiadaanya di kali yang lain. 
Cth : wujudnya anak bagi seseorang.

5. ketiga-tiga hukum akal ini wajib bagi setiap mukallaf untuk mengetahuinya. Imam alHaramain berkata ; wajib memahami ketiga-tiga hukum akal ini dan sesiapa yang tidak mengetahui makna ketiga-tiga ini, maka dia tidaklah berakal.

6. Kekuasaan itu wajib bagi Allah. Tidak dapat dibenarkan oleh akal akan ketiadaanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...