Dikusi Fiqh Solat ( 20 Mei 2014 )

Pengajian Fiqh Solat

Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Tarikh     : 20. 05. 2014
Hari         : Selasa
Masa        : 4.15 - 6.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Syarat wajib untuk solat
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
1.Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2.Niat.[Qalbi]
3.Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4.Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5.Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6.Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7.Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8.Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9.Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10.Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11.Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12.Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13.Tertib [Qalbi]

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.

Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah
Sunat Ab'ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, disunatkan melakukan sujud sahwi sebagai ganti.
Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:
1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir:
وعَلَى آل مُحَمَّدٍ

Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi.
Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:
1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah
3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.

By : Azlin Amira binti Ahmad
Tahun 2 Mansoura Manchester

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...