Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 05 Mei 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Kitab        : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh      : 05. 05. 2014
Hari         : Selasa
Masa        : 4.15 - 6.00 petang
Tempat    : Solah al Falah
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Kaedah Kelima : Adat Dijadikan Sumber Yang Diakui (5/5/2014)
(Sambungan)
Adat Dijadikan Sumber Yang Diakui
C) Pembahagian Uruf dan Adat
Pertama – Am (yang umum), tiap-tiap perkara yang menjadi uruf atau dikenali di seluruh negeri semenjak zaman dahulu hingga zaman moden baik perkataan atau perbuatan.
Kedua – Khas (yang khusus), perkara yang menjadi uruf atau terkenal di sesetengah negeri Islam.
D) Kedudukan Uruf Dan Adat Dari Segi Hujah
Beramal dengannya di sisi syara’ iaitu uruf yang diiktibarkan oleh syara’ dan adat yang diakui. Sebahagian ulama memahami bahawa syara’ menganggapnya sebagai dalil dalam memperundangkan hukum seperti al-Quran dan Hadis.
Mereka berpegang kepada hadis yang membawa erti, “Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di sisi Allah juga adalah baik.”
E) Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha’
Pertama: Digunakan sebagai dalil bagi hukum atau dalil yang mentakhsiskan sesuatu nas seperti uruf bagi menempah sesuatu benda dan sebagainya.
Kedua: Menjadi ukuran bagi mufti atau qhadi di dalam usaha untuk mempraktikkan hukum yang mutlak.
Ketiga: Menjelaskan perkara yang dikenali ramai tentang buktinya samada memberi keizinan atau tegahan atau kewajipan penyaksian di dalam mahkamah dan lainnya.
Kegunaan Adat Seperti Uruf
Ulama-ulama telah metakrifkan:-
- Adat sebagai perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara yang berulang dan logik di sisi tabiat yang semula jadi.
- Uruf pula perkara yang telah diketahui oleh akal dan menjadi sebutan oleh ulama dengan penerimaan.
Khilaf Ulama Dalam Menetapkan Adat
Mengikut pengarang kitab al-Muwahibussaniah a’la al-faraidi al-bahiyyah : boleh dihukumkan sebagai adat walaupun berlaku sekali sahaja seperti perempuan yang istihadah dan lain-lain. Pendapat lain juga menetapka adat itu sekurang kurangnya dengan berulang-ulang dua atau tiga kali. Imam al-Ghazali telah menetapkan adat itu sekurang-kurangnya berlaku tiga kali tetapi kebanyakan ulama menghukumkan dhaif pendapat tersebut.
Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini ialah :
Yang Terkenal Dari Sudut Uruf Seperti Yang Terkenal Dari Sudut Syarat
- Syarat yang dimaksudkan ialah perkara yang lebih umum daripada perkataan yang menunjukkan keizinan bagi perkataan-perkataan akad atau keterangan yang menyatakan jenis yang dikehendaki atau menyatakan kadar yang dikehendaki di dalam maksud sesuatu akad.
Keempat: Digunakan sebagai penguat bahasa.
- Tiap-tiap orang yang bercakap ditangguhkan percakapannya di atas uruf secara umum sama ada percakapan syara’ atau semata-mata keluar daripada manusia seperti solat dari sudut bahasa ialah doa dan dari segi syara’ pula ialah perkataan-perkataan dan perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.
- Hukum yang mengandungi segala kewajipan dan sebagainya hendaklaah dilakukan mengikut kehendak urufnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...