Diskusi Fiqh Puasa ( 19 Jun 2014 )

Pengajian Fiqh Puasa

Penyampai:Ustaz Fakhrullah bin Abdul Halim      
Tarikh      : 19. 06.2014
Hari         : Khamis
Masa        : 4.15 - 6.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

PUASA
Bahasa : menahan dari sesuatu sama ada menahan dari bercakap, makan atau sebagainya.
Syara’ : (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah : “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan niat yang ikhlas kepada Allah.

JENIS - JENIS PUASA :
Puasa hukumnya ada empat jenis:
1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula:
-Pertama :puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitu puasa Ramadhan.
-Kedua :puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak
(kewajipan) terhadap Allah,iaitu puasa Kaffarah yang merangkum kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya.
- Ketiga: puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitu puasa nazar.
2. Puasa yang disunatkan : seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.
3. Puasa yang diharamkan : seperti puasa hari raya dan sebagainya.
4. Puasa yang dimakruhkan: seperti puasa setiap hari.

PUASA (HUKUM)
-Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam.
-Ia wajib berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak.
-Firman Allah (bermaksud); “Bulan Ramadan, bulan diturunkan al-Quran di dalamnya, menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185)
- Nabi s.a.w. bersabda; “Islam itu terbina di atas lima perkara :
1. Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah,
2. Mendirikan solat,
3. Menunaikan zakat,
4. Mengerjakan haji,
5. Berpuasa di bulan Ramadhan”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.)

SYARAT-SYARAT SAH PUASA
1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berpuasa.
4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.
Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya.

RUKUN PUASA :
1. Berniat puasa
2. Menjaga dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak)
2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak)
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie)
4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya
6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung
7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.
8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie
9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak.
10. Gila
11. Berbekam (mengeluarkan darah)
12. Berniat keluar dari puasa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...