Audio : Bidayatul Hidayah ( 17 Mei 2014 )

Pengajian Bidayatul Hidayah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Jamiluddin        
Kitab        : Bidayatul Hidayah
Penulis     : Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
Tarikh      : 17. 05. 2014
Hari         : Khamis
Masa        : 4.15 - 5.45 petang
Tempat    : Solah al Falah (SAF)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

1. nabi diwahyukan dengan 3 cara:
1)Al-Quran
2)Hadis qudsi
3)Hadis nabawi
2. 3 keadaan manusia dalam menuntut ilmu :
1) menuntut ilmu sebagai bekalan akhirat, golongan ini termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya.
2)menuntut ilmu untuk mendapat keuntungan segera (dunia) dan menyedari akan kesalahan tujuan tersebut,andai dia segera bertaubat sebelum ajal kematiannya maka dia termasuk dalam golongan orang- orang yang beruntung , andai dia tidak sempat bertaubat sebelum ajal, ditakuti dia mati dalam keadaan "suul khatimah"
3)Dirinya telah dikuasai oleh syaitan, dan golongan ini termasuk dalam golongan orang-orang yang binasa.Ilmu hanya dijadikan sebagai alat untuk mengumpulkan harta,dia bermegah-megah dengan pengikut yang ramai dan menyangka dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
3. dan pada bahagian rohani : jantung kita dikuasai dengan 4 perkara:
1)Aqal
2)Nafsu
3)Syaitan
4)Malaikat
4. takwa :
1) melakukan segala perintah Allah S.W.T
2) meninggalkan segala larangan Allah S.W.T
5. jantung manusia terbahagi kepada 2 bahagian :
1) jasmani
2) rohani
6. amalan manusia terbahagi kepada 3:
1)amalan taat
2)amalan maksiat
3)amalan fadi (kosong), amalan ini membawa kerugian dan boleh menjerumus ke arah dosa.
7. kita tidak akan mampu untuk melakukan kebaikan kecuali apabila kita menguasai nafsu kita , bukan nafsu yang menguasai diri kita.
8. amal yg diperintahkan Allah kepada manusia terbahagi kepada 2 :
1) fardhu
2) sunat
amalan fardhu tidak meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah bahkan tetapi amalan sunat yang meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah kerana amalan fardhu sememangnya ketetapan suruhan perlaksanaan daripada Allah
9. tanda-tanda akhir zaman dimana terdapat banyaknya perkataan laknat
bagaimana mahu berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak ?
rasulullah s.a.w bersabda : seorang mukmin yang bergabung dengan manusia dan dia sabar atas gangguan mereka jauh lebih utama daripada seorang mukmin yang tidak bisa bergaul dengan mereka dan tidak sabar atas gangguan mereka."
(HR.Ahmad , Bukhari , Tirmidzi ,dan Ibnu Majah)
By : Wahidatun Nabilah, Tahun 2 Mansoura-Manchester.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...