Artikel Kitab Haraki



· Allah memberi perumpamaan tentang Nabi yang diutuskan ke muka bumi ini seperti hujan yang menimpa bumi.Hujan lebat yang memberi manfaat diumpamakan sebagai Nabi dan bumi pula ialah manusia seluruhnya.



· Perbezaan-perbezaan tahap pemikiran manusia (iaitu melalui ilmu yang mereka miliki) juga diberi perumpamaan seperti tanah.



· Terdapat 3 jenis tanah iaitu :

1. Tanah yang baik dan elok yang boleh menyerap air dan akan menyuburkan tanah,menumbuhkan pokok-pokok dan rumput yang banyak.

- Diibaratkan seperti para Nabi atau alim ulama yang bukan sahaja mengamalkan ilmu-ilmu untuk dirinya sahaja,malah dapat member manfaat kepada seluruh manusia.


2. Tanah yang kering kontang,tetapi dapat menakung air yang turun ke atasnya,tetapi air tak dapat diserap oleh tanah.

- Air bertakung itu dapat digunakan untuk bercucuk tanam,minuman dan siraman.

- Diibaratkan seperti orang yang dapat memberi ilmu atau manfaat pada orang lain,banyak ilmu tapi tidak diamalkan untuk diri sendiri.Diri sendiri kekontangan amal.


3. Tanah yang tidak boleh menakung air dan tidak juga memberi manfaat pada hidupan lain.

- Diibaratkan seperti manusia yang tidak mahu menerima ilmu Allah dan tidak pula beramal malah tidak member manfaat langsung pada orang sekelilingnya juga.

- Diibaratkan juga seperti “aqim” iaitu mandul.



· Tahap-tahap pemikiran seperti ini perlu diteliti dan difahami untuk memudahkan kerja dakwah dijalankan.



· Hubungan Kejayaan dakwah dan isti’ab (menyeluruh dalam da’wah) adalah hubungan dasar kerana dakwah tidak akan berjaya tanpa isti’ab.



· Dakwah yang tiada isti’ab akan mandul(tidak berhasil) sebaliknya dakwah yang penuh dengan duat yang berpegang pada nilai istiab,maka keberkesanannya tinggi dan dapat menarik ramai manusia kea rah Islam



· Jenis istiab yang kejayaan seorang pendakwah terletak pada kepntingan kedua-duanya:

1. Kharaji- luaran(external)

- Isti’ab di luar harakah atau tanzim

- Kesalahan dalam dakwah:hanya mengajak orang untuk masuk ke dalam
gerakannya tetapi tidak mengajak kembali kepada Islam.


2. Dakhali- Dalaman(internal)

- Kerja-kerja di dalam gerakan Islam untuk menguatkan gerakan.

- Digerakkan oleh ahli dan pendokong – pendokong gerakan Islam.


Pengajian 28/12 dari kitab isti’ab oleh Fathi Yakan

~halawatul iman~

Program Doktor Faqih




PROGRAM DOKTOR FAQIH

OBJEKTIF : MELAHIRKAN GOLONGAN PROFESIONAL YANG FAQIH

Sukatan Pembelajaran:

1. Ulangkaji
- dalam kumpulan yang ditetapkan dan di bawah kendalian ketua masing-masing
- masa selama 1 jam seminggu
- tajuk ulangkaji akan diberi oleh Ustaz Salman berdasarkan kepentingannya kepada kita

2. Hafazan
- secara individu
- masa selama 2 jam setengah seminggu ( 30 minit untuk 5 hari )
- bahan untuk menghafal akan diberi oleh Ustaz Salman berdasarkan kepentingannya kepada kita ( cth : potongan ayat alquran, hadis dan lain-lain )
- sesiapa yang dapat menghabiskan hafalan yang diberi lebih awal, hendaklah menggunakan masa 30 minit untuk menghafal ilmu-ilmu lain ( cth : perubatan dan agama )

3. Buku Muhasabah Amalan
- akan ada amalan yang diminta untuk melakukannya dan dicatat dalam buku tersebut

4. Pantauan
- perjumpaan semua kumpulan, penilaian serta muhasabah bersama Ustaz Salman akan diadakan sekali seminggu.
- peperiksaan penilaian akan diadakan pada waktu tertentu ( bukan seminggu sekali, masa ditentukan oleh Ustaz Salman )
- masa - ikhwah : Jumaat , 12.30 tengahari
- akhawat : Selasa , 7 pagi

5.Jumlah hafazan, sukatan ulangkaji dan waktu peperiksaan akan diputuskan oleh Ustaz Salman dengan mengambil kira pandangan peserta-peserta. Ia hanya mengikut masa pelajar agar tidak mengganggu masa study untuk perubatan. BIAR SEDIKIT TAPI KONSISTEN.


p/s:
- Penyertaan dibuka kepada semua Pelajar Perubatan Mansurah ( samada yang biasa datang Madrasah Imam Nawawi ataupun tidak ).

- Bagi sesiapa yang ingin menyertai Program Doktor Faqih, sila berikan nama anda sebelum 15 Januari 2009 kepada :
- Wan Mohd Safwan Bin Wan Salleh ( 011 3576255 )
- Mazliana Binti Mazlan ( 014 5792979 )

- Muhafazah Tanta juga ada melakukan perkara yang lebih kurang sama di bawah penyeliaan Ustaz Salman. Boleh rujuk Zulkifli ( penasihat PCT ), Aisyah atau Unit Pembangunan Insan PCT

Revision & Memorization Group (ikhwah)

GROUP A

1. Muhammad Nabil B Abdullah (Leader)

2. Hairiezal B Shari

3. Azizi B Md Jusoh

4. Azizi Mejan

5. Muhammad Abu Ubaidah B Mustapha Kamal

6. Abdul Malek

7. Muhammad Imran B Jaamat


GROUP B

1. Nur Muhammad Abrar b Mahmud (Leader)

2. Aizat Sofian

3. Ammar Ziyad

4. Wan Khairuddin

5. Arif B MamatNoor

6. Farhan Azhar

7. Wan Mohamed Hanif B Wan Osman


GROUP C

1. Wan Mohd Safwan B Wan Salleh (Leader)

2. Abdul Hakim B Mustaffa

3. Zikrillah

4. Zaidi

5. Riduan

6. Arif Amir

7. Syazriq


p/s :Penyertaan masih dibuka, sila daftar sebelum terlewat. Sila bagi nama kepada Wan Mohd Safwan B Wan Salleh (011-3576255)


SUKATAN MINGGU PERTAMA

1. Hafalan individu :

a. m/s 20 kitab nail roja’ : alamat-alamat bulugh, cara-cara menggunakan batu untuk beristinjak

b. ayat 3 surah al-Maidah (hafal dan faham) rujuk kitab Halal-Haram m/s 43


2. Ulang kaji dalam kumpulan :

a. Halal-haram m/s 41-46


SYARAT-SYARAT

1. Setiap individu mesti memperuntukkan 30 minit setiap hari, 5 hari setiap minggu untuk menghafal.

2. Sesiapa yang mampu menghabiskan hafalan dalam masa singkat, hendaklah menggunakan 30 minit tersebut untuk menghafal ilmu-ilmu lain (agama, perubatan dll)

3. Setiap kumpulan mesti memperuntukkan satu jam seminggu untuk ulangkaji

4. Perjumpaan semua kumpulan, penilaian dan muhasabah bersama Us Salman akan diadakan sekali seminggu, pada hari jumaat pukul 12.30 petang.

5. Setiap individu mesti menyediakan buku kecil (buku muhasabah), setiap perkara tidak elok yang diucapkan (mengumpat, mengutuk, mencarut dll) mesti dicatat.

6. Setiap individu wajib sembahyang Subuh, Maghrib & Isyak berjemaah di masjid.

7. Mana-mana individu atau kumpulan yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas, akan dikenakan denda.

SYARAT-SYARAT BATIN BAGI PUASA

1. Menahan atau menunduk pandangan daripada melihat kepada perkara yang berdosa dan yang melalaikan hati dari mengingati Allah.

2. Menjaga lidah daripada merapu, berbohong, mengumpat, mengadu domba, mengeji, berkasar, bergaduh dan berbalah.

3. Menahan pandengaran dari perkara-perkara yang makruh kerana setiap apa yang haram di cakap haram di dengar.

Ini kerana Allah menyamakan orang yang mendengar cakap bohong dengan makan makanan yang haram.

Rujuk surah Al-Maidah : 42


4. Menjaga semua anggota dari dosa-dosa seumpama tangan, kaki dari perkara ditegah, menahan perut dari syubhah waktu iftor(berbuka), kerana tidak ada makna puasa dari makan makanan halal, tetapi berbuka makan makanan haram.

Seperti kata Imam Ghazali ~

“ ibarat membina istana tetapi meruntuhkan Bandar”

Sabda Rasullullah, hadis dgn sanad jaid riwayat Imam Ahmad

“ Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga”

· Mereka yang berbuka dengan makan makanan yang haram.

· Orang yang menahan dari makanan halal tetapi berbuka dengan daging manusia

( mengumpat ).

· Orang yang tidak menjaga anggota dari dosa.



5. Hendaklah tidak memperbanyakkan makanan halal sewaktu berbuka sehingga penuh perut kerana tidak ada bekas yang paling dimurkai Allah melainkan perut yang dipenuhi makanan halal.

Bagaimana mendapat faedah dari berpuasa yaitu menewaskan musuh Allah ( syaitan ) dan mengurangkan syahwat jika orang yang berpuasa ingin mendapatkan kembali makan tengahari ( siang ) semasa berbuka. Bahkan lebih lagi kerana terdapat pelbagai makanan sehingga menjadi adat dan kebiasaan makanan tersebut dikumpulkan pada bulan Ramadhan.

Dimakan makanan tersebut pada bulan Ramadhan yang mana tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Seperti yang dimaklumkan, tujuan puasa adalah mengosongkan perut, menewaskan nafsu dan mengarahkan nafsu kepada taqwa. Jika dikumpul makanan pada waktu siang sehingga malam hingga naik syahwat dan kuat untuk melakukan perkara yang tidak elok. Kemudian diberi makan dari makanan yang lazat sehinga kenyang, semakin banyak semakin bertambah kekuatan untuk melakukan kejahatan.


6. Menjadi hatinya khuatir selepas berbuka dan berada diantara takut dan mengharap, tidak tahu samaada puasa diterima atau tidak. Jika diterima maka tergolong dalam golongan muqarrabin dan jika sebaliknya tergolong dalam golongan yang dimurkai. Tetapi sifat tersebut ( takut dan mengharap ) perlu ada pada setiap ibadah.


dari pengajian kitab mauizatul mukminin
nordalila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...