Madrasah Imam Nawawi catat sejarah Mesir

Buat julung kalinya madrasah imam nawawi menganjurkan liga bola sepak yang berteraskan ilmu Islam. Semua cawangan perubatan di mesir telah mengambil penyertaan kecuali Tanta.

Mansurah sendiri telah menghantar dua skuad yang terdiri daripada pelajar madrasah.

Kejohonan ini lain daripada yang lain kerana yuran hanya 10 Le sahaja setiap pasukan.Semua pemain akan dijamu dengan makanan berat.

Juara akan membawa pulang sebuah piala berserta medal untuk setiap pemain. Naib juara akan mendapat medal.Manakala setiap pasukan akan mendapat hamper sebagai hadiah saguhati.

Hadiah untuk pemain terbaik dan penjaring terbanyak turut disediakan.

Setiap perlawanan ada pembacaan hadis oleh pelajar madrasah dan akan ditutup dengan taujihat dari Ustaz salman Maskuri.

Sepak mula akan bermula pada pukul 5.30 petang dan dijadualkan berakhir pada jam 10 malam.

Untuk pendaftaran sahabat boleh menghubungi saudara Aizat Sofian di talian 0102461938 atau saudara Faisal Arif:0148425398.

Oleh:fattahhamzah dan ustaz salman

Doa Mencegah daripada Zina


Benda-benda Najis

1. Arak dan semua cecair yang memabukkan

2. Anjing dan babi

3.  Bangkai 
definasi haiwan yang mati tanpa disembelih dengan cara yang telah ditetapkan oleh syarak
- semua yang disembelih untuk berhala dan yang disebut dengan nama selain nama Allah juga termasuk dalam hukum bangkai
bangkai yang tidak najis – bangkai (mayat) manusia, ikan dan belalang

4. Darah yang mengalir dan nanah 
- hati dan limpa dikecualikan daripada darah yang dihukum najis

5. Air kencing manusia dan binatang serta tahi kedua-duanya

6. Setiap bahagian yang tercerai daripada binatang semasa hidup 
- rambut dan bulu haiwan yang boleh dimakan dagingnya dikecualikan daripada hukum ini

7. Susu haiwan yang tidak dimakan dagingnya 
- seperti keldai dan seumpamanya

~ PDF IV akhawat - Kitab Fiqh Manhaji ~

Hukum Menggunakan Bekas

1. Menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak
- haram dalam semua bentuk penggunaan seperti berwudhuk dan minum kecuali dalam keadaan dharurat (tidak ada bekas lain)
- daripada Huzaifah Bin Al-Yaman r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“ jangan kamu memakai pakaian sutera dan dibaj (sejenis pakaian yang sangat berharga daripada sutera).  Dan jangan kamu minum menggunakan bekas-bekas emas dan perak. Jangan kamu makan menggunakan pinggan-pinggan / talam-talam yang diperbuat daripadanya. Sesungguhnya semuanya itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia ini dan untuk kita pada hari akhirat “.
- pengharaman ini dikiaskan kepada semua bentuk penggunaan yang yang lain (meliputi lelaki dan perempuan)
- hukum mengambilnya sebagai perhiasan sama seperti hukum menggunakannya.

2. Menggunakan bekas yang ditampal dengan emas atau perak
- emas : haram secara mutlak (sama ada sikit atau banyak)
- perak :
Tampalan
Hukum
sedikit dan bukan untuk tujuan perhiasan
harus
banyak dengan tujuan perhiasan
haram
banyak kerana keperluan
makruh
sedikit untuk tujuan perhiasan
makruh


3. Menggunakan bekas yang dibuat daripada bahan bernilai
- hukumnya harus
- contoh bahan bernilai : al-mas, permata lu’lu’, marjan dan sebagainya
- tiada nas yang melarang penggunaannya

4. Menggunakan bekas orang kafir
- hukumnya harus
- daripada Abi Tha’labah, Nabi s.a.w bersabda : “ maka basuhlah dan makanlah dengannya”
- sunat membasuh bekas tersebut kerana mungkin ia telah tercemar disebabkan orang kafir menggunakannya untuk minum arak, makan babi dan sebagainya
- hukum menggunakan pakaian mereka dan yang seumpamanya adalah sama seperti hukum menggunakan bekas

~ PDF III akhawat - Kitab Fiqh Manhaji~

Jenis-Jenis Air

1. Air yang Suci Lagi Menyucikan
- AIR MUTLAK – kekal dengan sifat kejadiannya yang dijadikan oleh Allah.
- Boleh digunakan untuk bersuci
- Masih dikatakan air mutlak walaupun berubah disebabkan oleh :
a) Sudah lama ditinggalkan
b) Disebabkan tanah (tidak sebati)
c) Tuhlub
d) Bekas
e) Tempat mengalir yang ada tanah

2. Air yang Suci dan Menyucikan Tapi Hukumnya Makruh
- AIR MUSYAMMAS – air panas yang disebabkan oleh cahaya matahari
- Boleh digunakan untuk bersuci tapi makruh apabila memenuhi 3 syarat berikut :
a) Berlaku di negeri yang panas
b) Diletakkan dalam bekas yang ditempa selain emas dan perak
c) Boleh menyebabkan ditimpa penyakit sopak

3. Air yang Suci Tetapi tidak Menyucikan
- AIR YANG SEDIKIT yang telah digunakan untuk bersuci yang wajib (cth : wudhu’ atau mandi wajib)
- AIR MUTLAK YANG BERCAMPUR DENGAN SESUATU YANG SUCI
a) air tersebut tidak berhajat kepadanya (benda suci), tidak boleh dipisahkan setelah bercampur, berubah dengan satu perubahan(bau,rasa atau warna) yang tidak lagi dipanggil air mutlak
b) contoh : air teh
c) jika sesuatu yang menyerupai air bercampur dengan air mutlak (cth: air mawar yang sudah hilang sifat-
sifatnya),air mawar tersebut hendaklah dianggap mempunyai bau, rasa dan warna yang sederhana iaitu:
-bau : al-lazan (kemenyan)
-rasa : perahan delima
-warna : perahan tebu

4. Air Mutannajis
- Air yang terjatuh najis kedalamnya
- Terbahagi kepada dua :
a) Air yang Sedikit (kurang dari 2 kolah)
-air menjadi najis walaupun : najis yang jatuh hanya sedikit dan tidak berubah bau, rasa dan warna.
b) Air yang banyak (2 kolah atau lebih)
-air menjadi najis jika najis yang jatuh merubah sifat-sifat air (warna, bau, rasa)

2 kolah = *200 Liter
*kolah berbentuk kiub (segi empat) - 1 ¼ hasta tinggi X 1 ¼ hasta lebar X 1 ¼ hasta panjang
*kolah berbentuk silinder - 2 hasta tinggi X 1 hasta diameter

~ PDF II akhawat - Kitab Fiqh Manhaji~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...