Notis Penangguhan Kelas Tasawuf

Assalamualaikum.

Makluman kepada semua pelajar madrasah Imam Nawawi PCM 2011/12

Kelas tasawuf yang telah diadakan oleh pihak madrasah Imam Nawawi terpaksa ditangguhkan kerana terdapat beberapa masalah teknikal.

Pihak pengurusan madrasah akan menangguhkan kelas pengajian ini kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pihak pengurusan memohon maaf diatas segala kekurangan ini.

Sekian.

Kelas Revision (Akhwat)

Kelas ulangkaji ini terbuka kepada semua yang berkelapangan, dan amat dialu-alukan kepada pelajar yang belum menghadapi peperiksaan dan telah tamat peperiksaan.

Perubahan Jadual Kelas Terkini


Bermula 3/6/2011 (Jumaat). Madrasah akan hanya menjalankan kelas pengajian sekali seminggu. Kerana memberi laluan kepada musim peperiksaan yang melibatkan pelajar dan penyampai. Namun begitu, madrasah tetap berinisiatif untuk menyediakan kelas tahsiinul Quran untuk sepanjang musim peperiksaan. Pemilihan kelas pengajiaan Al-quran ini dilihat sebagai kelas yang lebih santai dan ringan, dan semoga pelajar madrasah menjadikan Al-quran sebagai hiburan yang merehatkan minda dan memberi manafaat kepada diri dan ummah.

Hari : Jumaat
Masa: 4.30-5.30 petang
Tempat: Darul Rahmah
Subjek: Tahsiinul Quran
Penyampai: Ustazah Afifah Bin Mat Husin
Ingatan: Kelas ini hanya untuk pelajar wanita sahaja. 

Dan bagi pelajar lelaki, kelas tahsiinul Quran belum dapat ditetapkan lagi waktu dan tarikh yang sesuai untuk dijalankan. Sekian.

Terima Kasih.

Ketahuilah Dunia Bukan Tempat Kenikmatan


Salah satu faktor yang membantu manusia memiliki sikap sabar, khususnya terhadap musibah dan kesulitan, adalah pandangannya terhadap dunia. Manusia yang memiliki pandangan yang jelas tentang dunia, maka ia akan menjadi manusia yang sabar.

Hakikatnya dunia bukanlah syurga tempat kenikmatan dan juga bukan tempat yang abadi. Ia hanya berupa cubaan dan bebanan (taklif). Manusia diciptakan di dalamnya untuk diuji sebagai bekalan untuk memepersiapkan kehidupan yang abadi di akhirat. Siapa yang telah mengetahui watak kehidupan dunia seperti ini, maka ia tidak akan dikejutkan oleh "malapetaka" dunia. Sesuatu yang datang dari dalam kehidupannya, maka tak asing lagi bagi kehidupannya.

Tetapi bagi orang-orang yang memandang kehidupan dunia ini sebagai jalan yang penuh ditaburi bunga dan aroma, maka apabila ia tergelincir sedikit saja, akan dirasakannya sangat berat dan sulit, kerana sebelum ini ia tidak pernah membayangkannya. Al-Quran menceritakan bahawa kehidupan manusia ini diliputi oleh berbagai kesengsaraan dan derita. Firman Allah SWT:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ
"Sungguh Kami telah ciptakan manusia berada dalam susah payah." (QS. al-Balad [90] : 4)

Selain itu juga diceritakan bahawa watak kehidupan ini tidak pernah tetap dalam sesuatu keadaan. Hari ini membawa kebaikan dan esok hari membawa kesengsaraan. Allah Taala berfirman :

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

"Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran." (QS. Ali Imran [3] : 140)

Allah menciptakan kehidupan ini dengan antara kesenangan dan kesengsaraan, antara kecintaan dan kebencian. Tidak ada kesenangan dan kenikmatan tanpa ada kesengsaraan dan kepedihan, tidak ada kesihatan tanpa diganggu rasa sakit, atau kebahagiaan tanpa kesedihan atau keamanan tanpa ketakutan. Sebab hal ini menyalahi kudrat kehidupan dan peranan manusia di dalamnya. Kenyataan inilah yang disadari oelh ahli falsafah, penyair dan pemikir sejak dahulu kala, sehingga banyak kita temui ungkapan mereka yang mengenai hal ini.

Ali bin Abu Talib pernah ditanya tentang dunia, kemudian beliau menjawab, "Apa yang dapat aku katakan tentang dunia, yang awalnya tangis, tengahnya kesengsaraan, dan hujungnya tidak abadi "

Di dalam kitab Zadul Ma'ad, Ibn Qayyim menjelaskan tentang penawar kesedihan apabila terkena musibah :

"Diantara penyembuhannya ialah, hendaklah ia memadamkan api musibah itu dengan kesejukan, iaitu meneledani orang-orang yang mengalami musibah. Hendaklah diketahui bahawa di setiap lembah itu mash terdapat orang-orang yang bahagia, tetapi hendaklah pula ia menoleh ke kanan melihat kesengsaraan yang ada dan menoleh ke kiri melihat derita yang menimpa. Kalau saja ia menjelejahi dunia, nescaya dia akan mendapati bahwa tidak ada orang yang lepas dari cubaan. Baik dengan kehilangan kekasih mahupn menderita sesuatu yang tidak disukai".

Sesungguhnya kebahagiaan dunia itu laksana mimpi orang-orang yang sedang tidur seperti bayangan. Jika mimpi itu membuatnya tertawa sejenak maka akan membuatnya bahagia sehari,maka mimpi itu juga akan membuatnya sengsara setahun. Jika menghiburnya sebentar, maka akan menyedihkannya secara berpanjangan.

Berkata Ibn Mas'ud:"Setiap kebahagiaan pasti terkandung kesedihan, tidak ada kebahagiaan tanpa kesedihan."

Berkata Ibn Sirin : "Sesuatu yang hanya gelak tawa semata, nescaya pada akhirnya membawa tangis."

Berkata Hindun binti Nu'man bin al-Mundzir (seorang raja Arab), "Kami pernah menjadi orang yang paling berwibawa dan paling kuat pemerintahannya, tetapi sebelum matahari terbenam kami telah menjadi orang yang paling sedikit dan lemah. Sesungguhnya Allah tidak memberikan kemegahan kepada sesuatu negeri kecuali dijadikan sebagai pelajaran dan peringatan."

Pada suatu hari Hindun pernah ditanya tentang nasibnya, maka dia menjawab : "Sekarang tiada seorang pun dari bangsa Arab yang berharap kepada kami bahkan tak seorang pun dari bangsa Arab yang mengasihi kami."

Tak ada yang kekal di dunia ini, dan yang kekal hanyalah Allah Azza Wa Jalla, setiap saat kehidupan ini berubah, dan selalu berganti-ganti. Adakalahnya sedih dan adakalnya bergembira. Kehidupan yang kekal hanyalah di akhirat. Janganlah terpedaya dengan kehidupan dunia yang palsu ini. Wallahu'alam.

oleh: Sheikh Yusuf Al-Qardawi

(Audio) Koleksi Rakaman 16-28/4/2011

Audio rakaman sepanjang 2 minggu lalu

Kelas Sirah - Fiqh Sirah
1. Piagam Madinah



Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Muhammad Izzat Bin Abdul Hadi

2. Perang Badar


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Fadhil Bin Hasanuddin

3. Perang Badar 2


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Fadhil Bin Hasanuddin

Kelas Tauhid - Mukaddimah Aqidah Muslim
1. Pengertian Islam




Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Md Nuzul Hakimi Bin Ibrahim

Kelas Fekah - Fiqh Minhaji
1. Rukun Solat


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Firdaus Bin Sharuddin

Kelas Ganti - Kepentingan Ilmu Hadis



Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Muhammad Izzat Bin Abdul Hadi

(Makluman) Perubahan Waktu Kelas

Assalamualaikum w.r.t

Berhubung dengan musim peperiksaan yang kian tiba. Pihak pengurusan Madrasah telah membuat sedikit perubahan kepada jadual pengajian.

1. Kelas Pengajian Fiqh Manhaji (kelas Fekah), yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Sharuddin dari Tanta, akan diberhentikan buat sementara waktu, untuk memberi peluang kepada beliau membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Kelas Fekah ini akan dijalankan semula, pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

2. Jadual waktu Kelas Tauhid (Kitab Muqadimah Akidah Muslim) yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nuzul Haqimi Bin Ibrahim, akan diubah kepada setiap hari Jumaat, Pukul 4-5 petang. Dan Kelas Tauhid ini, akan bermula pada hari Jumaat (13/5/2011) iaitu pada minggu Kedua bulan Mei.

3. Bermula 1.5.2011, Madrasah hanya mengadakan kelas pengajian 1 kali seminggu dalam tempoh 2 minggu pertama bulan Mei,iaitu (1.5.2011 - 14.5.2011). Dan susunan waktu kelas tersebut ialah:-
  • (Minggu Pertama)Kelas Fiqh Sirah :- Pada Hari Isnin (2.5.2011)- Pukul 4.30-6.00 petang
  • (Minggu Kedua)  Kelas Tauhid      :- Pada Hari Jumaat (13.5.2011)- Pukul 4.00-5.00 petang
4. Dan selepas pada tarikh 14.5.2011, Jadual Kelas Madrasah akan diubah kepada 2 kali Seminggu. Dengan Waktu Pengajian.
  • Isnin     :- Fiqh Sirah, 4.30-6.00 Petang
  • Jumaat :- Tauhid,       4.00-5.00 Petang
5. Perubahan jadual kelas ini dibuat bagi memberi laluan kepada musim peperiksaan, serta memberi peluang kepada pelajar perubatan program Manchester yang masih belum menghadapi musim peperiksaan untuk menghadiri kelas pengajian di madrasah kita.

6. Dikesempatan ini juga, pihak pengurusan madrasah, ingin mengucapkan selamat menghadapi musim peperiksaan, semoga usaha kita diberkati Allah, dan diberi pertolongan olehNya.

Selamat Berjuang Meraih Redha Allah.

(Audio) Koleksi Rakaman Terkini

Audio rakaman sepanjang 2 minggu yang lalu.

Kelas Sirah- Fiqh Sirah

1. Hijrah Ke Madinah




2. Piagam Madinah


Kelas Tauhid- Mukaddimah Aqidah Muslim

1. Islam Agama Para Nabi Dan Rasul




Kelas Fekah- Fiqh Manhaji

1. Rukun-Rukun Solat




Kelas Tafsir Dan Hadis

1. Kelas Tafsir Dan Hadis Ke-3

(Makluman) - Kelas Feqah disambung kembali

InsyaAllah

Pada 7/4/2011 hari Khamis Kelas Feqah akan diteruskan sebagaimana berikut :

Masa         : 4.30 - 6.00 petang
Hari           : Khamis (setiap Minggu)
Tempat      : Darul Rahmah
Penyampai : Ustaz Firdaus Bin Sharuddin dari Tanta
Kitab         : Feqh Manhaji [terjemahan]

SEMUA DIJEMPUT HADIR
Kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan

(Iklan) - Kelas Tauhid [Muqadimah Akidah Muslim]

Assalamualaikum

InsyaAllah, 2 April 2011 sambungan Kelas Tauhid akan diadakan sebagaimana berikut :

Klik gambar untuk paparan yang jelas

(Makluman) - Kelas Tafsir & Hadith

InsyaAllah
Pada 26/01/2011 hari Rabu kelas Tafsir dan Hadith akan dijalankan seperti biasa sebagaimana berikut :

Masa            : 3.30 petang - 5.00 petang
Tempat         : Darul Rahmah
Penyampai    : Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain
Kitab Tafsir  - Tafsir Jalalain [30 minit]
Kitab Hadith - Silsilah Hadith-hadith Terpilih [30 minit]

Kitab Hadith boleh didapati di laman blog Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam

(Makluman) - Kelas Sirah Ditangguhkan

Klik gambar untuk paparan yang jelas
Kelas Sirah akan ditangguhkan pada 28/01/2011 hari Jumaat dan akan disambung pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


(Audio) Fiqh SIrah - Perjanjian dan Hijrah


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Zahimie Bin Mohd Dzahid

(Audio) Tafsir dan Hadith - Muqaddimah Silsilah Hadith



Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain

Imam Ahmad, Dari Murid Yang Tulus Kepada Guru yang Mulus.


Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Gelaran yang diberi kepada ulama yang lahir di Baghdad pada tahun 164 Hijriyah ini adalah Abu Abdillah. Nama itu bersempena dengan nama salah seorang putera beliau yang bernama Abdullah.

Sejak remaja lagi, Ahmad bin Hambal telah hidup yatim.Ayahnya telah meninggal dunia pada usia 30 tahun, dan ayahnya juga seorang Datuk Bandar. Sejak saat itu, kehidupan keluarga Ahmad bin Hambal ini dalam keadaan yang sangat sederhana.

Ibu Ahmad bin Hambal sangat berkerja keras membesarkan anaknya supaya menjadi orang yang berilmu. Ia sengaja melahirkan dan membesarkan anaknya di Baghdad, bukan di bandar  di mana suaminya pernah menjadi Datuk Bandar, dengan bertujuan untuk membiasakan puteranya menjadi dekat dengan para ulama dan jauh dari kehidupan glamor seperti kebiasaan anak-anak pembesar. Kegigihan dan keseriusan Ahmad Bin Hambal ketika muda dalam menuntut ilmu sangat luar biasa .  Kerap kali, Ibu Ahmad bin Hambal mencadangkan anaknya agar berangkat mencari ilmu selepas azan Subuh. Tapi, sebelum azan Subuh, Ahmad bin Hambal sudah keluar rumah untuk bertemu dan belajar dari para ulama.

Banyak kota yang beliau datangi untuk menemui para ulama yang beliau jadikan sebagai guru, di antaranya, Kufah, Hijaz, Makkah, Madinah, Yaman, Syam, Tsaghur, Maroko, Al-Jazair, Al-Faratin, Parsi, dan Khurasan.

Pernah pada satu ketika,Ahmad bin Hambal ingin belajar dari seorang ulama di Sana’ yang bernama Abdurrazaq. Sebelum ia berangkat ke Sana’,iaitu disebuah daerah di Yaman yang menempuh sekitar satu bulan perjalanan dari Baghdad, ia bertemu sang gurunya itu di Mekah dalam ibadah haji. Seorang teman beliau menasihatinya agar belajarnya di Mekah sahaja dan tidak perlu lagi ke rumah gurunya yang begitu jauh. Tapi, Ahmad bin Hambal tetap mahu berangkat ke rumah gurunya itu untuk mendapatkan ilmu.

Dalam sebuah perjalanan menuntut ilmu, ketika berada di sebuah rumah tempat ia menginap, semua barang bekalan Ahmad bin Hambal dicuri orang. Si pemilik rumah menceritakan itu ke Ahmad bin Hambal.Tapi, Ahmad tidak menanyakan soal barang-barangnya.Dia hanya bertanya, apakah buku catatannya masih ada?

Di rumah Abdurrazaq, Ahmad bin Hambal sudah kehabisan bekalan. Abdurrazaq menghadiahkan wang dirham yang cukup untuk bekalan ke tempat lain yang akan dituju Ahmad. Tapi, ia menolak. Ketika Abdurrazaq mengatakan bahawa wang itu sebagai pinjaman, Ahmad pun tetap menolak. Keesokannya, Abdurrazaq mendapati Ahmad bin Hambal mencari wang dengan berkerja. Imam Syafie yang hidup sezaman dengan Imam Ahmad bin Hambal sangat mengagumi ulama ini. Ia mengatakan, aku belum pernah menemukan seorang pemuda seperti Ahmad bin Hambal yang begitu alim dan thiqah.

Tidak kurang dari satu juta hadits telah dihafal Ahmad bin Hambal. Ia mendirikan sebuah sekolah yang bernama Al-Hanabilah. Setiap kali diadakan kelas pengajian,hampir lima ribu orang hadir untuk belajar apa yang disampaikan Imam Ahmad bin Hambal.

Selain soal keilmuan, orang mengenali Ahmad bin Hambal kerana kezuhudannya yang luar biasa. Rumahnya sangat sederhana, namun begitu,ramai orang yang ingin membantu untuk membaiki rumahnya yang dianggap sudah tidak lagi layak di diami itu.

Seorang pegawai berjawatan tinggi yang begitu menghormati beliau pernah menghadiahkan wang sebanyak 3000 dinar bertujuan sebagai bantuan untuk membaiki rumah dan biaya keperluan harian untuk keluarga Ahmad bin Hambal. Tetapi, Imam Ahmad bin Hambal menolak. Begitu juga ketika Khalifah Al-Mutawakkil memberinya wang bulanan sebanyak 4000 dirham untuk memenuhi keperluan Imam Ahmad dan keluarga. Wang itu ditolaknya.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan, ”Wahai pak cik, berapa tahun lagi sisa umur kita? Kenapa kau lakukan ini? Sesungguhnya, anak-anak kami hanya makan bersama kami dalam masa yang sangat sebentar. Seandainya Allah membukakan tirai penglihatan manusia, maka ia akan tahu, mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka akan bersabar sebentar untuk mendapatkan balasan pahala yang panjang. Sesungguhnya, semua ini adalah fitnah.”

Ketika Ahmad bin Hambal menghadiri sebuah majlis pengajian, beberapa muridnya telah menyediakan karpet dan bantal untuk beliau duduk. Imam Ahmad bertanya, ”Kenapa kalian perlakukan aku seperti ini? Buangkan karpet dan bantal ini.” Dan, beliau lebih selesa untuk duduk di atas tanah seperti hadirin yang lain.

Imam Ahmad bin Hambal pernah tidak mahu masuk ke rumahnya. Hanya setelah dia tahu kalau anaknya yang bernama Abdullah tidak menerima wang bantuan dari pemerintah untuk membaiki rumah beliau. Begitu pun ketika beliau sakit. Ulama penulis kitab Al-Musnad ini tidak mahu menghirup bubur dari anaknya yang bernama Saleh, setelah ia tahu kalau anaknya tidak menerima wang bantuan dari pemerintah.

Allah swt. menguji ulama yang luar biasa ini dengan empat rejim pemerintah. Mereka adalah Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid, Al-Mu’tashim bin Al-Makmun, Al-Watsiq, dan Al-Mutawakkil. (bersambung)

-sumber petikan (www.eramuslim.com)

(Iklan) - Kelas Tafsir & Hadith

InsyaAllah
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Insyallah

Kelas Tafsir Dan Hadis ini, akan dijalankan setiap hari Rabu dan Sebagai Kelas Mingguan Madrasah.

                            MASA: Bermula Pukul 3.30 Petang- 5.00 Petang. 
 TEMPAT: Darul Rahmah, PCM

-p/s:- Pada sesiapa yang tidak hadir, audio kuliah akan di siarkan di blog madrasah.

(Audio) Fiqh Sirah - Mukjizat Isra' Mikraj


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Zahimie Bin Mohd Dzahid

WEB'11 - Winter's Enlightenment & Brotherhood


"Tasawuf Allazi Nuridu"
Discussion With - Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Al-Bentani
Date - 2 & 3 February 2011

Selamat Menempuh Peperiksaan

Klik  gambar untuk paparan yang jelas
Semoga mahasiswa mahasiswi beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

(Iklan) - Solat Hajat

Klik gambar untuk paparan yang jelas

(Makluman) - Kelas Tafsir Dibatalkan

Klik gambar untuk paparan yang jelas
Pihak pengurusan Madrasah Imam Nawawi memohon maaf atas pembatalan kelas tafsir yang sepatutnya diadakan pada hari Rabu [12/01/2011] atas sebab Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam berada dalam keadaan tidak sihat menyebabkan Al-Fadhil Ustaz tidak dapat hadir ke Mansurah dari Kaherah.Semoga Al-Fadhil Ustaz cepat sembuh.

Segala Kesulitan Amatlah Dikesali, Sebarkan kepada rakan-rakan anda

HARAP MAKLUM

(Iklan) - Kelas Tafsir [Tafsir Jalalain]

InsyaAllah
Madrasah Imam Nawawi akan mengadakan Kelas Tafsir Al-Qur'an sebagaimana berikut :

Klik gambar untuk paparan yang jelas

Nama Kitab :
 Tafsir Jalalain Karangan Sheikh Jalaluddin Muhammad Bin Ahmad Al-Mahali dan
Sheikh Jalaludin Bin Abdul Rahman Bin Abi Bakar As-Suyuti

Semua Mahasiswa Mahasiswi Dijemput Hadir

(Audio) Fiqh Sirah - Tawaran dan Rundingan


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Zahimie Bin Mohd Dzahid

(Makluman) - Kelas Bulan Januari

1. Madrasah Imam Nawawi akan tawaquf sementara kelas pengajian bermula 1 Januari 2011 sehingga 31  
    Januari 2011 sempena dengan musim peperiksaan.
2. Kelas pengajian Madrasah hanya akan diadakan pada setiap hari Jumaat sahaja bermula 7 Januari 2011 
    seperti jadual dibawah;
Klik gambar untuk paparan yang jelas
Klik gambar untuk paparan yang jelas
3. Kelas pengajian pada bulan Februari 2011 akan dimaklumkan kemudian.
4. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua tenaga pengajar madrasah serta mahasiswa mahasiswi 
    Malaysia di Universiti Mansurah, Semoga anda semua berjaya.
Bitaufiq wannajah

(Audio) Fiqh Sirah - Dakwah Secara Terang

Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Muhammad Izzat Bin Abdul Hadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...