Showing posts with label tasawuf. Show all posts
Showing posts with label tasawuf. Show all posts

Penawar Bagi Hati (Siri 4) [14.4.15]

RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 4)

Pengisi: Ustaz Rafzan
Kitab: Penawar bagi hati
Tarikh: 14 April 2015 (Selasa)
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina


Bab 1- Makan Berlebihan

- Merupakan punca kejahatan kerana perut adalah tempat menghasilkan bermacam-macam keinginan kerana daripada perutlah terhasilnya keinginan 
- Akan menghasilkan keinginan lain seperti berjima', memperbanyakkn harta yang boleh menyebabkan rasa bermegah, riak,takabbur, dengki, bermusuhan dan sebagainya.

Faedah berlapar:
- Dapat menipiskan hati sehingga menimbulkan kelazatan dalam beribadah.
- Dapat mencerdikkan hati
- Menghalang keinginan untuk melakukan maksiat dan bertahan daripada terikut dengan hawa nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan.

Sabda Rasulullah: 'Tiada amalan yang lebih disukai oleh Allah SWT berbanding lapar dan dahaga'.

Tiga tahap mengurangkan makan:
1. Makan cukup sekadar memelihara tubuhnya daripada rosak. (As Siddiqin)
2. Memadai baginya setengah cupak dalam sehari, yang hanya dapat memenuhi 1/3 perut.
3. Memadai baginya satu cupak sehari

TAHAP TERTINGGI 
Berlapar dalam masa melebihi tiga hari, iaitu dalam masa tiga hari ke atas, dengan menikmati sekali makan. Seperti Saidina Abu Bakar berlapar dalam masa 6 hari.

TAHAP PERTENGAHAN
Dua hari dengan sekali makan

TAHAP BAWAH
Satu hari sekali makan.


Bab 2: Kata-kata yang Berlebihan

- Merupakan perbuatan yang dicela kerana apabila brcakap berlebihan percakapannya sudah pasti akan terungkap kata-kata yang sia-sia (yangg membolehkan menggelapkan hati dan mematikan hati).

'Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik-baik , ataupun diam sahaja'
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, daripada Abu Hurairah RA)

- Elakkan daripada berkata-kata kecuali dalam perkara yang memberi manfaat kepada anda,
- Perkataan yang tidak memberi manfaat ialah sekiranya tidak dituturkan , ia tidak menghapuskan sebarang pahala akhirat atau perkataan tersebut tidak memberi faedah yang penting di dunia ini. 

Punca kebinasaan yang disebabkan oleh lidah ialah banyak berdusta, mengumpat, bertelagah, memuji, dan melawak.
1. DUSTA
- Diharamkan melainkan keperluan yang mendesak seperti:
- Berdusta dalam peperangan.
- Berdusta untuk mendamaikan seseorang yang bergaduh.

2. MENGUMPAT
- Bermaksud : menyebut tentang saudara anda sesuatu yang dibenci olehnya sekiranya dia mendengari, walaupun benar.
- Haram berdasarkan ijma' ulamak melainkan 6 perkara:
  (a) Menceritakn kejahatan orang yang menzalimi dirinya kepada Raja.
  (b) Meminta bantuan untuk mencegah maksiat.
  (c) Meminta fatwa
  (d) Seseorang yang cuba menjauhkan orang islam yang lain daripada perangai jahat orang lain.
  (e) Seseorang yang namanya sudah terkenal dengan unsur tercela
  (f) Seseorang yang sengaja mengheboh-hebohklan kejahatan yang dilakukan.

3. BERTELAGAH
- Mencela orang lain dengan menyatakan kecacatan padanya.
- Cara untuk mengelakkan bertelagah ialah seseorang perlu membenarkan mana-mana kenyataannya yang benar, membisukan diri apabila mendengar mana-mana kenyataannya yang salah, melainkan apabila anda menyebutnya yang akan memberi faedah kepada agama.

4. MELAWAK
- Apabila berlebihan akan memperbanyakkan ketawa yang boleh menyebabakan hati mati dan dendam serta menghilangkan perasaan terhadap sesuatu yang ditakuti.

Nabi SAW bersabda:
'Janganlah engkau bertelagah dengan saudaramu, dan janganlah engkau melawak dan berseloroh dengannya'.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya, daripada Abu Hurairah RA)

5.MEMUJI
- Terdapat 6 kebinasaan:
  (a) Memuji berlebih-lebihan, sehingga menjadi sebuah pendustaan.
  (b) Pujian hanya dildah, bukannya tulus dari hati.
  (c) Memuji itu kadangkala memuji sesuatu yang tidak diyakini.
  (d) Memuji itu kadangkala mejadikn orang yang dipujinya itu berasa suka dan kadangkala turut memuji orang zalim.
  (e) Wujud sifat takabbur dan ujub pada orang yang dipuji
  (f) Orang yang dipuji akan berbangga diri sehingga menyebabkan dia akan kurang beribadat dan kurang meredhai kekurangannya.


Bab 3: Marah

- Merupakan sifat tercela yang banyak memberikan kesan buruk kerana boleh memberi kesan pada tubuh badan seperti memukul, memaki dan membunuh.
- Kesan pada dalaman (hati) pula , dendam, dengki, suka terhadap bencana yang ,menimpa orang yang dimarahi dan lain-lain.

Amalan yang perlu dilakukan ketika dalam keadaan marah:
1. Menghapuskan 'MARAH' dengan mendidik sifat marah tersebut sehingga ia mengikut akal dan syara'.
2. Mengawal kemarahan ketika dalam keadaan bergerak,dengan mengawal unsur tersebut di dalam hati dan berlandaskan ilmu pengetahuan dan pekerjaan.


Bab 4:Dengki

- Mengharapkan supaya nikmat dihilangkan daripada orang lain, samada nikmat dunia atau akhirat, atau berharap agar bala diturukan kepada orang tersebut.
- Perkara ini diharamkan dn dibalas dengan dosa besar.
- Punca timbul perasaan dengki: takabbur, bermusuhan, nafsu, ataupun kedekut dengan nikmat Allah terhadap hambaNya tanpa sebarang niat yang baik.


PENAWAR BAGI PENYAKIT HATI IAITU DENGKI:
1. Ilmu: Seseorang mengetahui bahawa dengkinya itu hanya mengundang bahaya pada dirinya, dan tidak memberi kesan kepada orang yg didengkinya itu.

2. Amal: Seseorang mengetahui hukum dengki, perkataan dan perbuatan yang menjadi punca penyakit ini.

Konklusinya, setiap muslimin haruslah sentiasa untuk memuhasabah diri dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik.



Wallahu’alam.

Penawar Bagi Hati (Siri 3) [31.3.15]

[RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 3) ]

Pengisi: Ustaz Rafzan
Kitab: Penawar bagi hati
Tarikh: 31.3.2015 (SELASA)
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina

Anggota zahir: Terdiri daripada mata , telinga , lidah , perut, kemaluan , kaki dan tangan.
Anggota batin: Hati ( tidak dapat dilihat e.g niat , perasan riak dan lain-lain.)

4 . Anggota perut

Faedah kepada agama islam :
- Perut akan menyalurkan vitamin ke seluruh badan , yang dapat mengubah vitamin tersebut menjadi darah dan seterusnya menghasilkan air mani. Dengan ini, manusia mendapat cahaya mata dan zuriat yang dapat mengekalkan kesinambungan kewujudan manusia.

Faedah anggota perut adalah:
- Apabila perut sihat, maka sihatlah anggota-anggota lain daripada sebarang penyakit. Justeru dapat membantu seseorang untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
- Dapat memberi kelazatan makanan, minuman dan berijma'.

Tanda mensyukuri nikmat perut adalah:
- Memelihara daripada memakan makanan yg haram/ makanan yg syubhah.
- Memelihara daripada kenyang yg keterlaluan.

Sebab-sebab perlu memelihara diri daripada makanan haram:
1) Kerana takutkan siksaan api neraka
Nabi bersabda :
'Setiap ketulan daging yg tumbuh daripada makann yang haram, api nerakalah yang lebih patut dengannya'
(Diriwayat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Ibnu Umar RA)

2)Makan makanan yang haram / makanan yang syubhah tidak akan diberi petunjuk atau tidak sebarang dorongan untuk beribadah.

3)Makan makanan yang haram dan makanan yang syubhah akan menjadi penghalang kepada dirinya untuk melakukan kebaikan.

4)Makan makan hingga terlalu kenyang akan menyebabkan:
- Kerasnya hati, mendorong anggota ke arah melakukan sesuatu yang sia-sia dan melakukan kejahatan, mengurangkan kecerdikan dan kepintaran , menjadi sebab kurangnya beribadah, menjadi faktor hilangnya kelazatan beribadah, dikhuatiri terambil yang haram / syubhah, menyakitkan ketika ajal maut tiba , mengurangkan pahala di akhirat dan memberi kesan ketika hari perhitungan di hari kiamat.


5. Kemaluan

Faedah kemaluan untuk bekalan akhirat kita adalah untuk melahirkan zuriat yang soleh.
Nabi SAW bersabda :
“Apabila seseorang itu mati, sudah pasti terhenti (pahala) amalannya , kecuali dengan tiga perkara. Iaitu pahala amalan sedekah jariah, pahala daripd ilmu yang dimanfaatkan dan pahala daripada anak yang soleh, yang mendoakan untuknya
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Faedah kemaluan di dunia adalah menikmati nikmat dunia dengan cara berjima' dan berbahagia dengan anak-anak yang diperoleh.

Allah SWT berfirman,
“Harta dn anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia”
(Surah al kahfi :46)

Tanda mensyukuri nikmat ini ialah dengan:
1) Memelihara daripada unsur yang diharamkan.
Contohnya, berzina, liwat dan mengeluarkan air mani dengan sengaja bukan dengan isterinya.

2) Memelihara daripada unsur syubhah.
Contohnya, seseorang berjima' sedangkan nikahnya terbatal.

Penjagaan kemaluan ialah dengan memelihara pandangan daripada melihat perempuan yang haram dilihat , memelihara hati daripada membayangkan kecantikan perempuan.


6 & 7 : Kedua Tangan & kaki

Manfaatnya di akhirat ialah:
- Dapat menggugunakn kedua-dua anggota tersebut untuk melakukan amalan-amalan kebaikan (Contoh : Berjalan ke masjid & tempat-tempat menuntut ilmu yang bermanfaat , berjalan kepada tempat pertempuran dan lain-lain)
- Dapat menghapuskan kemungkaran dengan menggunakan tangan , menulis artikel ilmiah dan lain2.

Manfaatnya di dunia ialah:
- Dapat mencari harta benda dan matlamat
- Mempertahankan diri daripada sebarang bahaya.
Contohnya, meggunakan kaki untuk menyelamatkan diri daripada binatang-binatang buas dan serangan manusia yang jahat.

Tanda mensyukuri nikmat ini
- Menggunakan untuk melakukan ketaatan
- Memeliharanya daripada melakukan sebarang maksiat.
 Contohnya, mengkhianati orang lain, memegang sesuatu yang haram, menulis sesuatu yang haram dan lain-lain.

Pemeliharaan ketujuh-tujuh anggota ini tidak akan sempurna melainkan dengan membersihkan rajanya yakni "HATI".



HATI

1. Qalbun jasmani: Iaitu seketul organ yang terdapat di bahagian kiri dada manusia.

2. Qalbun rohani: Sesuatu yang halus, bersifat "mengetahui", "mengenal", dan "menerima" bagi seseorang manusia itu.

Imam al Ghazali pernah menyatakan di dalam kitab Ihya Ulumuddin,
“Hendaklah anda sentiasa memelihara hati anda drpd segala kelakuan yg dicela seperti takabbur & riak. Anda perlulah menghiasinya dgn amaln yg dipuji, seperti sabar dn merendah dir”'.

Ini kerana bererapa faktor:
1) Firman Allah SWT
' Dan Allah mengetahui apa yg terdapat di dlm hati2 kamu'. (surah al ahzab :51)

2) Hati itu adalah tempat yang dipandang oleh Allah SWT.

3) Hati adalah raja bagi semua anggota. Apabila eloknya hati seseorg itu , ia menjadi sebab eloknya angota-anggota yang lain.

4) Hati adalah tempat letaknya semua sifat yang terpuji
Contoh : Keimanan, makrifat , tawakkal , redha dan ilmu pengetahuan.

5) Hati merupakan tempat sampainya ilham daripada malaikat dan tempat timbulnya was-was drpd syaitan.

Konklusinya, hati merupakan raja bagi anggota badan yang lain. Maka, jika elok hati seseorang itu, maka elok la dirinya, seperti dalam firman Allah SWT:
'Sesungguhnya berjayalah mereka yg menyucikannya (iaitu hati mereka)" (Surah asy syams: 9)


Wallahu’alam.

Penawar Bagi Hati (Siri 2) [24.3.15]

[ RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 2) ]

Tarikh : 24 Mach 2015 (Selasa)
Pengisi : Ustaz Rafzan
Kitab : Penawar Bagi Hati
Masa : 4.00 – 6.00 petang
Tempat : Qaah Ibnu Sina (QIS)

Keberkatan adalah salah satu matlamat dalam kita menuntut ilmu.
Maksud keberkatan : Dengan ilmu tersebut, semakin bertambah amalan keimanan, ketaatan kepada Allah S.W.T.

“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.” (Sahih HR Muslim)

“Tidak berhimpun satu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid, lalu mereka membaca Al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselebungi rahmat Allah.” (Sahih HR Muslim)

Umur kita dinilai Allah S.W.T berdasarkan amalan yang baik.

Ada yang bertanyakan pada Nabi, siapakah manusia yang terbaik?
Rasulullah S.A.W menjawab “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya” (Sahih HR Tirmidzi)

Sambungan pengajian kitab Penawar Bagi Hati

2. Telinga

- Umpama makanan, perkataan yang didengari, ada yang memberi manfaat dan ada yang memberi penyakit. Ada juga yang berfungsi sebagai penawar & juga berfungsi sebagai racun.
- Ketahuilah sesungguhnya telinga itu dijadikan oleh Allah SWT dengan faedah di dunia dan akhirat. Faedah di dunia, menghayati apa yang didengari dan menuju ke arah memahami perkataan tersebut. Faedah untuk akhirat, dengar isi kandung Al-Quran, Hadis Nabi saw, semua ilmu bermanfaat.
- Pendengaran itu lebih mulia daripada penglihatan kerana penglihatan banyak faedahnya di dunia, manakala pendengaran pula banyak faedahnya di akhirat..
- Harus kita syukuri nikmat pendengaran dengan memeliharanya daripada mendengar sesuatu yang diharamkan seperti umpatan, hasutan, dan perkataan-perkataan yang tidak elok, seperti seruan bid’ah & pertelagahan.
- Mendengar perkataan yang sia-sia dan keji boleh menyebabkan was-was dalam hati. Contoh was-was (tidak yakin dengan ilmu yang dipelajari).

3. Lidah 

- Ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT menjadikan lidah untuk kita supaya kita dapat menggunakannya untuk membaca al-Quran, hadis Nabi SAW, zikir & ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
- Menuturkan sesuatu yang dilarang, seperti menipu sehingga menyakiti orang lain, maka ia adalah dosa besar. Contoh yang lain mengumpat, memungkiri janji, bertelagah, menuturkan sesuatu yang tidak berfaedah.
“Nabi SAW bersabda : Seorang lelaki itu, sekiranya dia berzina kemudian dia bertaubat, maka Allah akan mengampunkan taubatnya. Sesungguhnya dosa mengumpat itu tidak diampunkan Allah, sehinggalah si pengumpat tersebut dimaafkan oleh orang yang diumpatnya)”
(Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Imam Thabrani, Abu Syeikh dan Ibnu Abi Dunya daripada Jabir dan Abu Sa’id RA)

“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila seseoran itu berkata, dia akan menipu. Apabila dia berjani, dia akan mungkirinya. Apabila dia diberi amanah, dia akan mengkhianatinya”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, drpd Abu Hurairah RA)

“Di antara tanda sempurnanya Islam seseorang itu ialah, dia akan meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat.
(HR Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah RA)

Malik bin Dinar pernah berkata : “Apabila kita melihat hati kita semakin mengeras, tubuh badan semakin lemah dan semakin sukar mendapat rezeki, maka hendaklah kita tahu bahawa kita telah mengatakan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kita.”

Akhir kalam :

3 perkara asas Islam : Islam, iman , ihsan
“Ihsan itu anda beribadat kepada Allah, seolah-olah anda melihat-Nya. Jika anda tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat anda.”

Wallahu’alam.


Penawar Bagi Hati (Siri 1) [17.3.2015]

RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 1)

Pengisi: Ustaz Rafzan

Kitab: Penawar bagi hati
Tarikh: 17.3.2015
Hari :SELASA
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina

Pengenalan ringkas pengarang kitab penawar bagi hati:
Syeikh Abdul Qadir Bin Abd Mutalib Al-Indunisi Al-Mandili
Berasal dari Indonesia, menetap banyak menetap di Mekah. Beliau banyak menulis kitab dlm aspek tasawuf, feqah dan politik.

ISLAM terbahagi kepada 3 aspek:

1. Aqidah: kepercayaan kepada tuhan
2. Feqah: kehidupan (hubungan dengan manusia, cara beribadah, hukum hakam dalam beribadah dan lain-lainl)
3. Tasawuf: berkaitan dengan akhlak seseorang.

Ilmu tasawuf:

- Sejarah: Di zaman Rasulullah tidak ada ilmu ini, tetapi para sahabat telah melaksanakan konsep-    konsep yang ada dalam ilmu tasawuf.

- Mengajar kita memahami perbuatan hati, samada perbuatan yang dipuji / perbuatan yg dicela

- Mengosongkan hati dari unsur-unsur selain daripada Allah, yang dapat menghiasinya dengan  cara memandang kepada sekalian alam.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

- Hukum memperlajari ilmu Tasawuf ialah fardhu ain

- Sumber2 ilmu ini dirujuk daripada al-Quran & hadis

- Hukum kait antara ilmu feqah dan ilmu tasawuf:
Daripada Imam malik pernah berkata :"Siapa yang belajar ilmu tasawuf tanpa belajar ilmu feqah dikategorikan sebagai kafir zindiq.
Yakni seseorang yang mempunyai penampilan / luaran yang kelihatan baik tetapi sebaliknya dalamannya tidak memahami & menolak hukum hakam yang ada dalam Islam. Manakala, siapa yang belajar ilmu feqah tanpa belajar ilmu tasawuf , dikategorikan sebagai fasik."

-Ilmu tasawuf ialah membersihkan segala anggota luaran daripada segala perbuatan keji , supaya ia dapat menujukan kepada kebersihan hati dan mengelakkan diri dari perbuatan yang tercela.

- Mempunyai 3 fasa:

1. Anggota luaran: Mata, telinga, lidah , perut , kemaluan, tangan dan kaki
2. Lintasan hati
3. Akhlak mahmudah (sifat-sifat yang terpuji)

Fasa pertama

1. Anggota mata
Faedahnya kepada akhirat, kita dapat menghayati dan menjiwai Al -Quran. Ia juga membantu untuk mempelajari ilmu fardhu kifayah atau mendapat perkerjaan yang baik dalam urusan dunia kita.
Tanda mensyukuri nikmat mata ialah mengelakkan daripada melihat perkara yang haram atau buruk.
Contohnya, melihat wanita yang bukan mahram atau melihat aurat sesama jenis.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Pandangan (mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh kerana itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Tujuan mempelajari ilmu tasawuf juga adalah untuk sentiasa memuhasabah diri sendiri.

Wallahu'alam.

Audio : Bidayatul Hidayah ( 16 Apr 2013 )

Pengajian Tasawuf Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) 


Penyampai: Al Fadhil Al Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab: Bidayatul Hidayah
Penulis: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
Tarikh: 16.4.2013
Hari: Selasa
Masa: 3.15 - 4.40 petang
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi - Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Audio : Bidayatul Hidayah ( 18 Dec 2012 )


Pengajian Tasawuf Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) 


Penyampai: Al Fadhil Al Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab: Bidayatul Hidayah
Penulis: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
Tarikh: 18.12.2012
Hari: Selasa
Masa: 3.15 - 4.40 petang
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi - Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah

Ringkasan Pengajian :

4. Adab - adab mandi

  • Perkara - perkara yang wajib dalam mandi ini ialah:
          1) Niat
          2) Menghilangkan najis dari badan ( jika ada)
          3) Meratakan air ke seluruh anggota badab

  • Perkara - perkara yang wajib ketika wuduk ialah :
         1) Niat
         2) Membasuh muka sekali
         3) Membasuh kedua tangan sampai ke siku juga sekali
         4) Menyapu sebahagian daripada kepala sekali
         5) Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali
         6) Tertib

5. Adab - adab bertayamum
  •  Apabila tidak menggunakan air kerana perkara - perkara berikut :
1) Ketiadaan sesudah berusaha mencari.
2) Atau sebab uzur sakit.
3) Atau ada halangan daripada sampai mencapai air disebabkan adanya binatang buas atau sebab ditahan      di dalam penjara.
4) Atau kerana air itu sedikit yang hhanya mencukupi untuk menghilangkan dahagamu atau dahaga kawanmu.
5) Atau kerana air itu milik orang lain yang dia tidak mahu menjualnya kecuali dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa.
6) Atau kerana ada luka dan sakit di badanmu yang engkau bimbang atas kemudaratan dirimu apabila engkau menggunakan air. 

6. Adab - adab pergi ke masjid
  • Sembahyang berjemaah itu melebihi daripada sembahyang sendirian dua puluh tujuh darjat.
  • Apabila berjalan ke masjid maka berjalanlah dalam keadaan yang tenang dan tenteram dan jangan terburu - buru dan hendaklah membaca doa.
7. Adab - adab masuk ke dalam masjid
  • Apabila masuk ke dalam masjid maka jangan duduk sehingga solat dahulu dua rakaat tahiyyatul masjid.
  • Setelah selesai solat tahiyyatul masjid, maka hendaklah niat iktikaf dan bacalah doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W.
  • Apabila mendengar azan dan iqamah hendaklah menjawab azan dan iqamah.
  • Kemudian jika telah selesai keduanya bacalah doa.
Link ceramah ini boleh didapati di sini Klik di sini


Audio : Bidayatul Hidayah ( 12 Dec 2012 )


Pengajian Tasawuf Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) 


Penyampai: Al Fadhil Al Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab: Bidayatul Hidayah
Penulis: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
Tarikh: 12.12.2012
Hari: Rabu
Masa: 3.15 - 4.40 petang
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi - Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah

Ringkasan Pengajian :


  • Adab - adab melaksanakan ketaatan
  1. Adab - adab bangun dari tidur
  • Hendaklah berusaha supaya dapat bangun dari tidur sebelum terbit fajar dan hendaklah zikrullah mendahului segala sesuatu, baik di hatimu atau di lidahmu.
  • Bacalah doa ketika itu.
  • Apabila memakai pakaian maka hendaklah niatkan untuk menjunjung perintah Allah pada menutup auratmu dan janganlah engkau berniat dengan berpakaian  untuk menunjuk - nunjuk kepada makhluk.
     2.  Adab - adab masuk ke dalam tandas
  • Masuk ke tandas hendaklah didahului dengan kaki yang kiri dan ketika keluar daripadanya maka didahulukan kakimu yang kanan.
  • Janganlah membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah dan Rasul - RasulNYA
  • Janganlah masuk tandas dengan keadaan tidak menutup kepala atau tidak berkasut. Dan bacalah doa ketika hendak masuk ke dalam tandas.
  • Hendaklah siapkan segala yang diperlukan untuk beristinjak sebelum qada' hajat
  • Jangalah beristinjak menggunakan tangan kanan dan membaca doa sebelum  dan selepas beristinjak.
     3.  Adab - adab berwuduk

  • Setelah selesai daripada beristinjak maka janganlah meninggalkan bersiwak kerana bersiwak itu menyucikan mulut, menyebabkan keredhaan Tuhan dan membencikan syaitan.
  • Berwuduk dan membaca doa selepas wuduk.
  • Terdapat tujuh perkara yang makruh ketika berwuduk.
Link ceramah ini boleh didapati di sini


Audio: Bidayatul Hidayah ( 20 Nov 2012)

Pengajian Tasawuf Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) 


Penyampai: Al Fadhil Al Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab: Bidayatul Hidayah
Penulis: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
Tarikh: 20.11.2012
Hari: Selasa
Masa: 3.15 - 4.40 petang
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi - Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah


Ringkasan Pengajian:

  • Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat masa, tenaga, keluarga, boleh melihat, mendengar & sebagainya yang tidak terhitung.
  • Nikmat terbesar ialah: nikmat ISLAM & IMAN.
  • Rasulullah s.a.w sudah tahu bahawa satu hari nanti tanah karbala akan menjadi tempat pembunuhan Saidina Hussin.
  • Syiah mengkafirkan sahabat- sahabat nabi yang bersungguh - sungguh menaikkan sunnah nabi.
  • Pertembungan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah adalah persoalan tentang perkara- perkara aqidah.
  • Imam Hassan Al Banna meletakkan dalam muwasaffat tarbiah yang pertama ialah Sahihul Aqidah iaitu Aqidah yang Sejahtera, menunjukkan bahawa aqidah adalah yang paling utama.
  • Ulama' membahagikan syiah ada dua puak. Pertama: Mu'tadim. Kedua: Ghulam.
  • Semua berkaitan dengan sahabat Nabi Muhammad s.a.w murtad di sisi syiah. 
  • Di dalam Islam ada Fiqh Aulawiyat. Utamakan yang wajib dahulu. Jangan kerana perkara sunat kita tertinggal yang wajib.
  • Buatlah perkara wajib dan sunat seiring.
  • Ketahuilah Allah Ta'ala melihat zahir & batin dan segala perbuatan & gerak geri kita
  • Allah s.w.t melihat segala- galanya yang berada di alam ini. 
  • Semua manusia berhajat kepada Allah walaupun orang yang sombong.
  • Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dalam kehidupan kita.


Link untuk ceramah ini boleh didapati di sini Klik di sini

Koleksi Rakaman Tafaqquh Mingguan ( Sehingga 16 Oktober 2012 )




Pengajian Tasawuf

Kitab : Ayyuhal Walad
Penulis : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad Al-Ghazali

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Abdul Malik b. Abdul Karim
Tarikh : 09 Oktober 2012


Nasihat ke-23 : Tinggalkan 4 Perkara (Siri 2)

rakaman audio : klik



Nasihat ke-24 : Kerjakan 4 Perkara

rakaman audio : klik


Pengajian Fiqh Perubatan

Kitab : Fatwa Tib Mu'asirah (Fatwa Perubatan Masa Kini) - Kelas Terakhir
Penulis : Doktor Abdul Rahman b. Ahmad Jara'i

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Dr. Abdul Hakim b. Jurumia
Tarikh : 16 Oktober 2012
rakaman audio : klik


"Professional Daie Generasi Rabbani"
"Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati"

Koleksi Rakaman Terkini ( Sehingga 25 September 2012 )



Pengajian Hadith

Kitab : Silsilah Hadith-Hadith Terpilih Sahih Al-Bukhari
Penyusun : Al-Fadhil Al-Ustaz Hairul Nizam b. Mat Husain

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Hairul Nizam b. Mat Husain
Tarikh : 18 September 2012


Hadith ke-8 : Pembohongan ke atas Rasulullah s.a.w
 
rakaman audio : klik


Pengajian Fiqh Perubatan

Kitab : Fatwa Tib Mu'asirah (Fatwa Perubatan Masa Kini)
Penulis : Doktor Abdul Rahman b. Ahmad Jara'i

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Dr. Abdul Hakim b. Jurumia
Tarikh : 24 September 2012

rakaman audio : klik


Pengajian Tasawuf

Kitab : Ayyuhal Walad
Penulis : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad Al-Ghazali

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Abdul Malik b. Abdul Karim
Tarikh : 25 September 2012


Nasihat ke-23 : Tinggalkan 4 Perkara (Siri 1)


rakaman audio : klik

"Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati"

Ayyuhal Walad : Nasihat ke 15-22

Pengajian Tasawuf

Kitab : Ayyuhal Walad
Penulis : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad Al-Ghazali

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Abdul Malik b. Abdul Karim



Nasihat ke-15 : 8 Wasiat Imam Hatim Al-Asam Rahimallahu Taala

(siri 1/2)


(siri 2/2)

 rakaman audio : siri 1 siri 2



Nasihat ke-16 : Carilah Guru Yang Mursyid

(siri 1/2)


(siri 2/2)

rakaman audio :siri 1 siri 2



Nasihat ke-18 : Hakikat 'Ubudiah 


rakaman audio : klik



Nasihat ke-19 : Makna Tawakal


rakaman audio : klik



Nasihat ke-20 : Hakikat Ikhlas


rakaman audio : klik



Nasihat ke-21 : Hakikat Riak


rakaman audio : klik



Nasihat ke-22 :Janganlah Engkau Banyak Bertanya Tapi Hendaklah Engkau Banyak Beramal


rakaman audio : klik


"Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati"

Ayyuhal Walad : Nasihat ke 11-14

Pengajian Tasawuf

Kitab : Ayyuhal Walad
Penulis : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad Al-Ghazali

Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Abdul Malik b. Abdul Karim



Nasihat ke-11 : Ibadatmu Hendaklah Mengikuti Aturan Syarak


audio : klik


Nasihat ke-12 : Setelah Mengamalkan Ilmu Baru Engkau Mengetahui Hakikatnya


audio : klik


Nasihat ke-13 : 4 Sifat Kesempurnaan Bagi Orang Yang Salik


audio : klik


Nasihat ke-14 : Wasiat Imam As-Syibli Rahimahullahu Ta'ala



audio : klik



Kitab Ayyuhal Walad - Nasihat 1-2

Pengajian Kitab Ayyuhal Walad karangan Al-Imam Ghazali Siri I


Penyampai : Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Abdul Malik b Abdul Karim - Mahasiswa Universiti Al-Azhar As-Syarif
Tarikh : 13/03/2012
Hari : Selasa
Masa : 4.15 - 6.00 Petang
Tempat : Qa'ah Ibnu Sina ( Tir'ah )
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi-Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 

*Pengajian diadakan setiap hari Selasa (2 Minggu sekali)
*Semua mahasiswa/wi dijemput hadir



Part 1/10



Part 2/10


Part 3/10


Part 4/10


Part 5/10


Part 6/10


Part 7/10


Part 8/10


Part 9/10


Part 10/10
 


Ketahuilah Dunia Bukan Tempat Kenikmatan


Salah satu faktor yang membantu manusia memiliki sikap sabar, khususnya terhadap musibah dan kesulitan, adalah pandangannya terhadap dunia. Manusia yang memiliki pandangan yang jelas tentang dunia, maka ia akan menjadi manusia yang sabar.

Hakikatnya dunia bukanlah syurga tempat kenikmatan dan juga bukan tempat yang abadi. Ia hanya berupa cubaan dan bebanan (taklif). Manusia diciptakan di dalamnya untuk diuji sebagai bekalan untuk memepersiapkan kehidupan yang abadi di akhirat. Siapa yang telah mengetahui watak kehidupan dunia seperti ini, maka ia tidak akan dikejutkan oleh "malapetaka" dunia. Sesuatu yang datang dari dalam kehidupannya, maka tak asing lagi bagi kehidupannya.

Tetapi bagi orang-orang yang memandang kehidupan dunia ini sebagai jalan yang penuh ditaburi bunga dan aroma, maka apabila ia tergelincir sedikit saja, akan dirasakannya sangat berat dan sulit, kerana sebelum ini ia tidak pernah membayangkannya. Al-Quran menceritakan bahawa kehidupan manusia ini diliputi oleh berbagai kesengsaraan dan derita. Firman Allah SWT:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ
"Sungguh Kami telah ciptakan manusia berada dalam susah payah." (QS. al-Balad [90] : 4)

Selain itu juga diceritakan bahawa watak kehidupan ini tidak pernah tetap dalam sesuatu keadaan. Hari ini membawa kebaikan dan esok hari membawa kesengsaraan. Allah Taala berfirman :

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

"Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran." (QS. Ali Imran [3] : 140)

Allah menciptakan kehidupan ini dengan antara kesenangan dan kesengsaraan, antara kecintaan dan kebencian. Tidak ada kesenangan dan kenikmatan tanpa ada kesengsaraan dan kepedihan, tidak ada kesihatan tanpa diganggu rasa sakit, atau kebahagiaan tanpa kesedihan atau keamanan tanpa ketakutan. Sebab hal ini menyalahi kudrat kehidupan dan peranan manusia di dalamnya. Kenyataan inilah yang disadari oelh ahli falsafah, penyair dan pemikir sejak dahulu kala, sehingga banyak kita temui ungkapan mereka yang mengenai hal ini.

Ali bin Abu Talib pernah ditanya tentang dunia, kemudian beliau menjawab, "Apa yang dapat aku katakan tentang dunia, yang awalnya tangis, tengahnya kesengsaraan, dan hujungnya tidak abadi "

Di dalam kitab Zadul Ma'ad, Ibn Qayyim menjelaskan tentang penawar kesedihan apabila terkena musibah :

"Diantara penyembuhannya ialah, hendaklah ia memadamkan api musibah itu dengan kesejukan, iaitu meneledani orang-orang yang mengalami musibah. Hendaklah diketahui bahawa di setiap lembah itu mash terdapat orang-orang yang bahagia, tetapi hendaklah pula ia menoleh ke kanan melihat kesengsaraan yang ada dan menoleh ke kiri melihat derita yang menimpa. Kalau saja ia menjelejahi dunia, nescaya dia akan mendapati bahwa tidak ada orang yang lepas dari cubaan. Baik dengan kehilangan kekasih mahupn menderita sesuatu yang tidak disukai".

Sesungguhnya kebahagiaan dunia itu laksana mimpi orang-orang yang sedang tidur seperti bayangan. Jika mimpi itu membuatnya tertawa sejenak maka akan membuatnya bahagia sehari,maka mimpi itu juga akan membuatnya sengsara setahun. Jika menghiburnya sebentar, maka akan menyedihkannya secara berpanjangan.

Berkata Ibn Mas'ud:"Setiap kebahagiaan pasti terkandung kesedihan, tidak ada kebahagiaan tanpa kesedihan."

Berkata Ibn Sirin : "Sesuatu yang hanya gelak tawa semata, nescaya pada akhirnya membawa tangis."

Berkata Hindun binti Nu'man bin al-Mundzir (seorang raja Arab), "Kami pernah menjadi orang yang paling berwibawa dan paling kuat pemerintahannya, tetapi sebelum matahari terbenam kami telah menjadi orang yang paling sedikit dan lemah. Sesungguhnya Allah tidak memberikan kemegahan kepada sesuatu negeri kecuali dijadikan sebagai pelajaran dan peringatan."

Pada suatu hari Hindun pernah ditanya tentang nasibnya, maka dia menjawab : "Sekarang tiada seorang pun dari bangsa Arab yang berharap kepada kami bahkan tak seorang pun dari bangsa Arab yang mengasihi kami."

Tak ada yang kekal di dunia ini, dan yang kekal hanyalah Allah Azza Wa Jalla, setiap saat kehidupan ini berubah, dan selalu berganti-ganti. Adakalahnya sedih dan adakalnya bergembira. Kehidupan yang kekal hanyalah di akhirat. Janganlah terpedaya dengan kehidupan dunia yang palsu ini. Wallahu'alam.

oleh: Sheikh Yusuf Al-Qardawi

Kelebihan Selawat ke atas Nabi


Firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [Al-Ahzab : 56]
                                                                                                             
Sabda Rasulullah :
 ‘Siapa berselawat kepadaku dari umatku untuknya ditulis sepuluh kebaikan’.

Riwayat Umar r.a.
Apabila mendengar kematian Rasulullah, beliau menangis dan berkata ,

Demi ayahku, demi ibuku ya Rasulullah..
Sesungguhnya kelebihanmu di sisi Tuhanmu.
Ketaatan kepadamu merupakan ketaatan kepada Allah..

Firman Allah :
مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ وَمَن تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظاً
Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari keta'atan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.[An-Nisa' : 80] 

Demi ayahku, demi ibuku ya Rasulullah..sesungguhnya kelebihanmu,
Allah memberitahu, Allah akan mengampunkanmu sebelum memeberitahu kesalahanmu.

Firman Allah :
عَفَا اللّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ
 Allah telah memaafkanmu terhadap kesalahan kamu membiarkan orang2 munafik  tidak pergi berperang. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta? [At-Taubah:43]
                                                                                       
Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sesungguhnya kelebihanmu menyebabkan ahli-ahli neraka bercita-cita untuk berada di dunia dan taat kepadamu.
Mereka berkata :
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at (pula) kepada Rasul". [Al-Ahzab : 66]

                                                                                               
Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Jika Nabi Musa, Allah bagi batu di mana terpancut air dari batu tersebut tetapi tidak ada yang lebih mengkagumkan dari jari-jemarimu yang yang mana keluar air darinya setelah engkau celup di dalam 1 bekas.( boleh beri minum lebih 80 orang)

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Jika Nabi Sulaiman, Allah bagi angin datang sebulan, pergi sebulan, tetapi tidak ada yang lebih mengkagumkan engkau naik buru’ untuk naik ke langit dan pada malam yang sama engkau dapat solat Subuh di Mekah (pada hari yang sama).

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sekiranya Isa diberi kelebihan menghidupkan orang mati, tetapi lebih mengkagumkan..seekor kambing yang diberi racun oleh seorang wanita Yahudi, dapat bercakap denganmu sedangkan dia(kambing tadi) telah dipanggang..’ janganlah makan aku, sesungguhnya aku telah diracun’.

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sesungguhnya walaupun dalam umurmu yang pendek (63 tahun) tetapi pengikutmu ramai sedangkan Nuh umur panjang (950 tahun) tetapi sedikit pengikut.

Sesungguhnya engkau hanya memakai pakaian dari kulit kambing, hanya menunggang himar dan sanggup orang duduk membonceng di belakang engkau (atas binatang tunggangan) dan sanggup meletakkan makanan di atas lantai ( tidak mempunyai meja )…begitulah tawadu’nya Rasulullah.

Subhanallah..hebatnya engkau wahai Rasulullah!
 
~CINTAKAN RASULULLAH PEMANGKIN BIAH SOLEHAH~

-Nor Dalila-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...