Penawar Bagi Hati (Siri 3) [31.3.15]

[RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 3) ]

Pengisi: Ustaz Rafzan
Kitab: Penawar bagi hati
Tarikh: 31.3.2015 (SELASA)
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina

Anggota zahir: Terdiri daripada mata , telinga , lidah , perut, kemaluan , kaki dan tangan.
Anggota batin: Hati ( tidak dapat dilihat e.g niat , perasan riak dan lain-lain.)

4 . Anggota perut

Faedah kepada agama islam :
- Perut akan menyalurkan vitamin ke seluruh badan , yang dapat mengubah vitamin tersebut menjadi darah dan seterusnya menghasilkan air mani. Dengan ini, manusia mendapat cahaya mata dan zuriat yang dapat mengekalkan kesinambungan kewujudan manusia.

Faedah anggota perut adalah:
- Apabila perut sihat, maka sihatlah anggota-anggota lain daripada sebarang penyakit. Justeru dapat membantu seseorang untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
- Dapat memberi kelazatan makanan, minuman dan berijma'.

Tanda mensyukuri nikmat perut adalah:
- Memelihara daripada memakan makanan yg haram/ makanan yg syubhah.
- Memelihara daripada kenyang yg keterlaluan.

Sebab-sebab perlu memelihara diri daripada makanan haram:
1) Kerana takutkan siksaan api neraka
Nabi bersabda :
'Setiap ketulan daging yg tumbuh daripada makann yang haram, api nerakalah yang lebih patut dengannya'
(Diriwayat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Ibnu Umar RA)

2)Makan makanan yang haram / makanan yang syubhah tidak akan diberi petunjuk atau tidak sebarang dorongan untuk beribadah.

3)Makan makanan yang haram dan makanan yang syubhah akan menjadi penghalang kepada dirinya untuk melakukan kebaikan.

4)Makan makan hingga terlalu kenyang akan menyebabkan:
- Kerasnya hati, mendorong anggota ke arah melakukan sesuatu yang sia-sia dan melakukan kejahatan, mengurangkan kecerdikan dan kepintaran , menjadi sebab kurangnya beribadah, menjadi faktor hilangnya kelazatan beribadah, dikhuatiri terambil yang haram / syubhah, menyakitkan ketika ajal maut tiba , mengurangkan pahala di akhirat dan memberi kesan ketika hari perhitungan di hari kiamat.


5. Kemaluan

Faedah kemaluan untuk bekalan akhirat kita adalah untuk melahirkan zuriat yang soleh.
Nabi SAW bersabda :
“Apabila seseorang itu mati, sudah pasti terhenti (pahala) amalannya , kecuali dengan tiga perkara. Iaitu pahala amalan sedekah jariah, pahala daripd ilmu yang dimanfaatkan dan pahala daripada anak yang soleh, yang mendoakan untuknya
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Faedah kemaluan di dunia adalah menikmati nikmat dunia dengan cara berjima' dan berbahagia dengan anak-anak yang diperoleh.

Allah SWT berfirman,
“Harta dn anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia”
(Surah al kahfi :46)

Tanda mensyukuri nikmat ini ialah dengan:
1) Memelihara daripada unsur yang diharamkan.
Contohnya, berzina, liwat dan mengeluarkan air mani dengan sengaja bukan dengan isterinya.

2) Memelihara daripada unsur syubhah.
Contohnya, seseorang berjima' sedangkan nikahnya terbatal.

Penjagaan kemaluan ialah dengan memelihara pandangan daripada melihat perempuan yang haram dilihat , memelihara hati daripada membayangkan kecantikan perempuan.


6 & 7 : Kedua Tangan & kaki

Manfaatnya di akhirat ialah:
- Dapat menggugunakn kedua-dua anggota tersebut untuk melakukan amalan-amalan kebaikan (Contoh : Berjalan ke masjid & tempat-tempat menuntut ilmu yang bermanfaat , berjalan kepada tempat pertempuran dan lain-lain)
- Dapat menghapuskan kemungkaran dengan menggunakan tangan , menulis artikel ilmiah dan lain2.

Manfaatnya di dunia ialah:
- Dapat mencari harta benda dan matlamat
- Mempertahankan diri daripada sebarang bahaya.
Contohnya, meggunakan kaki untuk menyelamatkan diri daripada binatang-binatang buas dan serangan manusia yang jahat.

Tanda mensyukuri nikmat ini
- Menggunakan untuk melakukan ketaatan
- Memeliharanya daripada melakukan sebarang maksiat.
 Contohnya, mengkhianati orang lain, memegang sesuatu yang haram, menulis sesuatu yang haram dan lain-lain.

Pemeliharaan ketujuh-tujuh anggota ini tidak akan sempurna melainkan dengan membersihkan rajanya yakni "HATI".



HATI

1. Qalbun jasmani: Iaitu seketul organ yang terdapat di bahagian kiri dada manusia.

2. Qalbun rohani: Sesuatu yang halus, bersifat "mengetahui", "mengenal", dan "menerima" bagi seseorang manusia itu.

Imam al Ghazali pernah menyatakan di dalam kitab Ihya Ulumuddin,
“Hendaklah anda sentiasa memelihara hati anda drpd segala kelakuan yg dicela seperti takabbur & riak. Anda perlulah menghiasinya dgn amaln yg dipuji, seperti sabar dn merendah dir”'.

Ini kerana bererapa faktor:
1) Firman Allah SWT
' Dan Allah mengetahui apa yg terdapat di dlm hati2 kamu'. (surah al ahzab :51)

2) Hati itu adalah tempat yang dipandang oleh Allah SWT.

3) Hati adalah raja bagi semua anggota. Apabila eloknya hati seseorg itu , ia menjadi sebab eloknya angota-anggota yang lain.

4) Hati adalah tempat letaknya semua sifat yang terpuji
Contoh : Keimanan, makrifat , tawakkal , redha dan ilmu pengetahuan.

5) Hati merupakan tempat sampainya ilham daripada malaikat dan tempat timbulnya was-was drpd syaitan.

Konklusinya, hati merupakan raja bagi anggota badan yang lain. Maka, jika elok hati seseorang itu, maka elok la dirinya, seperti dalam firman Allah SWT:
'Sesungguhnya berjayalah mereka yg menyucikannya (iaitu hati mereka)" (Surah asy syams: 9)


Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...