Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Jadual Terkini Madrasah Imam Nawawi




1. Kelas Hadith : Silsilah Hadith-Hadith Terpilih Jilid II (Kitab Al-Ilm)

Penyampai : Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam b Mat Husain
Hari : Selasa
Tarikh : 29 Mei, 12 & 26 Jun dan 10 Julai 2012
Masa : 4.15 - 6.15 Petang
Tempat : Qa'ah Ibnu Sina


2. Fiqh Perubatan : Fatwa Tib Ma'ashirah

Penyampai : Al-Fadhil Ustaz Abdul Hakim b Jurumia
Hari : Isnin
Tarikh : 4 & 18 Jun dan 2 & 16 Julai 2012
Masa : 4.15 - 5.45 Petang
Tempat : Qa'ah Ibnu Sina


عنْ أَبي سعيدٍ رضِي اللَّه عنْهُمَا قالا : قَالَ رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « لا يَقْعُدُ قَوْمٌ يذْكُرُونَ اللَّهَ إِلاَّ حفَّتْهُمُ الملائِكة ، وغشِيتهُمُ الرَّحْمةُ ونَزَلَتْ علَيْهِمْ السَّكِينَة ، وذكَرَهُم اللَّه فِيمن عِنْدَهُ » رواه مسلم .
Dari Abi Sa’id al-Khudri ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Tiada suatu kaum yang duduk dalam majlis zikir kepada Allah ( Majlis Ilmu ), pasti dikelilingi Malaikat dan diliputi rahmat Allah dan diturunkan pada mereka ketenangan dan ketentraman serta namanya disebut oleh Allah di depan para Malaikat-Nya. (HR.Muslim).




"lmuwan Berbakti Teguh Sehati"

Jadual Terkini Madrasah Imam Nawawi




[Madrasah Imam Nawawi]

Jadual Kelas Tafaqquh Fiddin :

1. Kitab Fiqh Tibbiyah al-Ma'asirah oleh Ustaz Abdul Hakim Jurumia ( 5 dan 12 Mac)

2. Kitab Silsilah Hadith oleh Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain (6 Mac)

3. Kitab Ayyuhal Walad oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik (13 Mac)

*Tertakluk kepada perubahan

[Unit Pembangunan Insan '11/12]
 

Pengumuman


‎[MADRASAH IMAM NAWAWI UPI 2011/12]

insyaAllah,

Subjek: Aqidah Muslim (Fardhu Ain)
Tarikh: 1/3/2012
Masa: 4.15-5.45ptg
Pengajar: Ust Abdul Kadir


terima kasih.

mohon sebarkan :)

Bedah Buku & Pidato Perdana Tangisan Syria


*Di atas rasa kemanusiaan dan kasih terhadap umat Islam di seluruh dunia, pihak MIN telah memberi laluan kepada Unit Kebajikan untuk mengadakan satu kelas untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mahasiswa/wi perubatan cawangan mansurah tentang isu-isu terkini yang sedang berlaku di negara bergolak itu yang telah menyebabkan seluruh umat Islam di seluruh dunia terpanggil untuk menyedarkan seluruh penduduk dunia tentang betapa pentingnya isu ini..


::TANGISAN SYRIA::

Bedah Buku & Pidato Perdana Tangisan Syria

-Bedah buku " KHOMEINI PELIK DARI SUDUT AQIDAH, PELIK DARI SUDUT PENDIRIAN" oleh Ust Zuhairi bin Zainal Abidin
-Pidato perdana "TANGISAN SYRIA" oleh Ust Abdul Malik

Masa : 4.00 petang
Tempat : Qaah Ibnu Sina
Tarikh : 27 Feb 2012 (ISNIN)

*Solat hajat dan kutipan derma untuk Syria akan diadakan
*Semua dijemput hadir
*Ralat didalam iklan pembentangan buku " KHOMEINI PELIK DARI SUDUT AQIDAH, PELIK DARI SUDUT PENDIRIAN" akan disampaikan oleh Ust Zuhairi bin Zainal Abidin

[Unit Kebajikan & UPP PCM '11/12]


Notis Penangguhan Kelas Tasawuf

Assalamualaikum.

Makluman kepada semua pelajar madrasah Imam Nawawi PCM 2011/12

Kelas tasawuf yang telah diadakan oleh pihak madrasah Imam Nawawi terpaksa ditangguhkan kerana terdapat beberapa masalah teknikal.

Pihak pengurusan madrasah akan menangguhkan kelas pengajian ini kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pihak pengurusan memohon maaf diatas segala kekurangan ini.

Sekian.

Kelas Revision (Akhwat)

Kelas ulangkaji ini terbuka kepada semua yang berkelapangan, dan amat dialu-alukan kepada pelajar yang belum menghadapi peperiksaan dan telah tamat peperiksaan.

Perubahan Jadual Kelas Terkini


Bermula 3/6/2011 (Jumaat). Madrasah akan hanya menjalankan kelas pengajian sekali seminggu. Kerana memberi laluan kepada musim peperiksaan yang melibatkan pelajar dan penyampai. Namun begitu, madrasah tetap berinisiatif untuk menyediakan kelas tahsiinul Quran untuk sepanjang musim peperiksaan. Pemilihan kelas pengajiaan Al-quran ini dilihat sebagai kelas yang lebih santai dan ringan, dan semoga pelajar madrasah menjadikan Al-quran sebagai hiburan yang merehatkan minda dan memberi manafaat kepada diri dan ummah.

Hari : Jumaat
Masa: 4.30-5.30 petang
Tempat: Darul Rahmah
Subjek: Tahsiinul Quran
Penyampai: Ustazah Afifah Bin Mat Husin
Ingatan: Kelas ini hanya untuk pelajar wanita sahaja. 

Dan bagi pelajar lelaki, kelas tahsiinul Quran belum dapat ditetapkan lagi waktu dan tarikh yang sesuai untuk dijalankan. Sekian.

Terima Kasih.

(Makluman) Perubahan Waktu Kelas

Assalamualaikum w.r.t

Berhubung dengan musim peperiksaan yang kian tiba. Pihak pengurusan Madrasah telah membuat sedikit perubahan kepada jadual pengajian.

1. Kelas Pengajian Fiqh Manhaji (kelas Fekah), yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Sharuddin dari Tanta, akan diberhentikan buat sementara waktu, untuk memberi peluang kepada beliau membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Kelas Fekah ini akan dijalankan semula, pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

2. Jadual waktu Kelas Tauhid (Kitab Muqadimah Akidah Muslim) yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nuzul Haqimi Bin Ibrahim, akan diubah kepada setiap hari Jumaat, Pukul 4-5 petang. Dan Kelas Tauhid ini, akan bermula pada hari Jumaat (13/5/2011) iaitu pada minggu Kedua bulan Mei.

3. Bermula 1.5.2011, Madrasah hanya mengadakan kelas pengajian 1 kali seminggu dalam tempoh 2 minggu pertama bulan Mei,iaitu (1.5.2011 - 14.5.2011). Dan susunan waktu kelas tersebut ialah:-
  • (Minggu Pertama)Kelas Fiqh Sirah :- Pada Hari Isnin (2.5.2011)- Pukul 4.30-6.00 petang
  • (Minggu Kedua)  Kelas Tauhid      :- Pada Hari Jumaat (13.5.2011)- Pukul 4.00-5.00 petang
4. Dan selepas pada tarikh 14.5.2011, Jadual Kelas Madrasah akan diubah kepada 2 kali Seminggu. Dengan Waktu Pengajian.
  • Isnin     :- Fiqh Sirah, 4.30-6.00 Petang
  • Jumaat :- Tauhid,       4.00-5.00 Petang
5. Perubahan jadual kelas ini dibuat bagi memberi laluan kepada musim peperiksaan, serta memberi peluang kepada pelajar perubatan program Manchester yang masih belum menghadapi musim peperiksaan untuk menghadiri kelas pengajian di madrasah kita.

6. Dikesempatan ini juga, pihak pengurusan madrasah, ingin mengucapkan selamat menghadapi musim peperiksaan, semoga usaha kita diberkati Allah, dan diberi pertolongan olehNya.

Selamat Berjuang Meraih Redha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...