Fikah Korban [20.9.15]

[RINGKASAN FIKAH KORBAN]

TAJUK : FIKAH KORBAN
PENGISI : DR. MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL HADI
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2015
MASA : 4.15 PETANG
TEMPAT : QA'AH IBNU SINA (QIS)





Diriwayatkan dalam hadis Imam Al-Bukhari Rahimahullah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Tidak ada hari di mana amal soleh itu lebih dicintai oleh Allah S.W.T selain pada 10 hari terawal Zulhijjah."

Ibadah korban bermaksud :
Perbuatan seseorang yang bersifat hamba melakukan pengorbanan dari segi jiwa dan harta demi mendapat ganjaran pahala dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ø  Hari Raya Aidiladha lebih besar dan lebih istimewa berbanding Hari Raya Aidilfitri.
Ø  Ibadah korban yang kita lakukan pada hari ini berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
Ø  Peristiwa korban ini berlaku pada 10 Zulhijjah. Tidak sah jika dilakukan sebelum solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Pengertian Korban Dari Segi Syarak :
Menyembelih binatang ternakan tertentu yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu, kambing, kerbau dan biri-biri pada hari raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12, & 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T mengikut syarat-syarat tertentu.

Hikmah Korban :
1.Meningkatkan ketaatan kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T.
2.Menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
3.Melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T.

Dalil disyariatkan korban : "Maka solatlah (dengan ikhlas) kerana Tuhanmu serta laksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur" (Surah Al-Kauthar: Ayat 3)

Ø  Daging dan darah binatang korban tidak sesekali sampai pada Allah S.W.T, tetapi yang sampai pada Allah S.W.T adalah amalan yang ikhlas berdasarkan takwa dan ibadah daripada kamu.

Fadilat Ibadah Korban :
1. Mendatangkan amal kebajikan kepada seseorang.
2. Nabi Muhammad S.A.W pernah meminta Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri ibadah korban yang dilakukan.
3. Sunat untuk orang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban untuk melihat sendiri haiwan yang disembelih.

Hukum Melakukan Ibadah Korban :
1. Sunat yang dituntut (Terutama kepada mereka yang sudah cukup syarat) : Islam, baligh, berakal, berkemampuan.
2. Wajib : Andai seseorang sudah bernazar untuk berkorban pada tahun tersebut. Orang yang melakukan ibadah korban dan tanggungannya tidak boleh memakan daging tersebut.
3. Makruh : Kepada perempuan untuk melakukan sendiri penyembelihan korban.
4. Haram : Sekiranya melakukan ibadah korban selain kepada Allah S.W.T.

Sunnah Dalam Ibadah Korban :
Pemilik binatang korban disunatkan untuk tidak mencukur rambut dan bulu serta tidak memotong kuku menjelang 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban.

Wakil Untuk Melakukan Ibadah Korban Disunatkan Untuk :
1. Membaca bismillah
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4. Bertakbir sebelum dan selepas membaca bismilah.
5. Niat untuk berkorban.
6. Menajamkan pisau
7. Melepaskan ikatan pada kaki binatang tersebut selepas disembelih.

Kategori Binatang Korban (Al - An'am)
Terdapat dua pendapat ulama :
1. Yang paling afdal, haiwan yng paling banyak daging
2. Haiwan yang paling afdal adalah biri-biri.

Hukum Korban Binatang Yang Cacat : Tidak sah.
Contoh: Buta, berpenyakit, tempang kaki, terlalu kurus dan kecacatan yang lain.

Hukum Kasi Binatang : Harus kepada penternak sekiranya dia bertujuan untuk mendapatkan daging yang banyak.

Hukum daging korban :
1. Hasil daripada binatang tersebut (kulit, kepala dan lain-lain) haram dijual.
2. Haram kepada pemilik untuk menjadikan daging korban itu sebagai upahan kepada wakilnya yang menyembelih.

Hukum Memakan Daging Korban Bergantung Pada Jenis Korban Yang Dilakukan :
1. Korban wajib
2. Korban sunat

Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Kafir :
1.Kafir zimmi : Boleh menerima dan memakan daging korban. Akan tetapi lebih baik diutamakan kepada orang Islam.
2.Kafir harbi : Haram hukumnya untuk menerima dan memakan daging korban.


Wallahu'alam.


Kitab Taalim Mutaallim [13.9.15]

[RINGKASAN KITAB TAALIM MUTAALLIM]

KITAB: TAALIM MUTAALLIM
PENGISI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 13 SEPTEMBER 2015
MASA: 4.15 P.M
TEMPAT: QAAH IBNU SINA (QIS)



Bab 1 : Pengertian Ilmu Serta Keutamaannya.

A. Kewajiban Belajar.

طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Rasulullah bersabda :
Maksudnya : Menuntut ilmu wajib bagi muslim laki-laki dan muslim perempuan.

·        Bukan semua jenis dan disiplin ilmu tapi hanya terbatas pada ilmu agama dan ilmu yang menerangkan cara bertingkah laku atau bermuamalah dengan sesama manusia.

B. Keutamaan Ilmu.
·        Dengan ilmu pengetahuan , Allah Taala telah mengangkat darjat Nabi Adam a.s dari keseluruhan para malaikat. Oleh karena itu, para malaikat di perintah oleh Allah Taala agar sujud kepada Nabi Adam a.s.

C. Ilmu Yang Fardu Kifayah dan Yang Haram dipelajari.
·        Mempelajari amalan agama yang dikerjakan pada saat tertentu seperti solat jenazah dan lain-lain , itu hukumnya fardu kifayah. Jika di suatu tempat atau daerah sudah ada orang yang mempelajari ilmu tersebut maka orang yang lain bebas atau tergugur dari kewajiban. Pemerintah juga berhak memaksa mereka untuk mereka untuk melaksanakannya.

·        Sedangkan mempelajari ilmu nujum itu hukumnya haram kerana ia diibaratkan penyakit yang sangat membahayakan dan mempelajari ilmu nujum itu hanyalah sia-sia.

·        Orang Islam boleh mempelajari ilmu nujum (ilmu falaq) untuk mengetahui arah kiblat dan waktu-waktu solat. Dan boleh pula mempelajari ilmu kedoktoran (perubatan)  kerana ia merupakan usaha penyembuhan yang tidak ada hubungannya dengan sihir, azimat, tenung tilik nasib dan lain-lainnya. Kerana Nabi juga pernah berubat.

العلم علمان : علم الفقه للأديان، وعلم الطب للأبدان

Imam Syafi'I rahimahullah berkata:  Ilmu itu ada dua, iaitu ilmu Feqh untuk mengetahui hukum agama dan ilmu kedoktoran untuk memelihara badan.


Bab 2: Niat Di Waktu Belajar.

A. Niat Belajar.

·        Wajib berniat ketika hendak belajar.  Sebab niat itu menjadi asas dari segala hal. Sebagaimana sabda Nabi :

إنما الأعمال بالنيات
Maksudnya : Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu terserah niatnya -  Hadis sohih.

B. Niat Baik Dan Buruk.
·        Semasa belajar hendaklah berniat untuk mencari redha Allah Taala , kebahagian akhirat , memerangi kejahilan diri sendiri dan masyarakat , mengembangkan agama Allah dan kelangsungan Islam bukan untuk mencari pengaruh atau sebab keduniaan semata. Sebab kelangsungan Islam disebabkan dengan ilmu. Zuhud dan taqwa tidak berguna jika tanpa berdasarkan dengan ilmu.

C. Kelazatan Dan Hikmah Ilmu.
·        Siapa sahaja telah merasakan kelazatan rasa ilmu dan amal , maka semakin kecillah kegemarannya akan harta benda dunia

·        Menuntut ilmu itu memerlukan untuk mengatasi kepayahan yang cukup banyak.

·        Maka jangan sampai ilmu yang telah diperolehi itu digunakan untuk mendapatkan habuan dan kenikmatan duniawi yang sangat hina , sedikit nilainya dan tidak kekal lamanya.

D. Pantang Ahli Ilmu.
·        Hendaklah ahli ilmu dalam keadaan tawadhu' tetapi tidak membuat dirinya sendiri menjadi hina supaya ilmu dan ahli ilmu tidak dipandang remeh


Bab 3 : Memilih Ilmu, Guru, Sahabat Dan Ketabahan Berilmu.

A. Syarat-syarat Ilmu Yang Dipilih.
·        Hendaklah memilih mana-mana yang paling terbaik dan amat diperlukan dalam kehidupan agamanya pada waktu itu dan pada masa hadapan.

·        Hendaklah lebih dahulu mempelajari ilmu tauhid iaitu ilmu mengenali Allah lengkap dengan dalilnya.

B. Syarat-syarat Guru Yang Dipilih.
·        Dalam memilih guru , hendaklah mengambil yang lebih alim, wara' dan juga lebih tua usianya.

C. Bermusyawarah.
·        Kata Imam Jaafar As Soddiq kepada Imam Sufyan At Thauri : Bermusyawarahkanlah  urusanmu dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

D. Sabar dan Tabah Dalam Belajar.
·        Dalam mempelajari sesebuah kitab atau bidang ilmu jangan meninggalkan sesuatu perkara sebelum sempurna perkara yang dipelajarinya.
·        Jangan juga sampai berpindah ke lain daerah kecuali kerana terpaksa.
·        Jika tidak, urusan akan jadi kacau balau, hati tidak tenang, waktu pun terbuang dan melukai hati guru.

E. Memilih Sahabat.
·        Hendaklah memilih sahabat yang tekun , wara’ , jujur serta mudah memahami masalah.
·        Menjauhi orang yang pemalas, penganggur, banyak bicara, suka mengacau dan gemar memfitnah.
Bab 4 : Memuliakan Ilmu Dan Ahli Ilmu.

 A. Memuliakan Ilmu.
·        Perlu diketahui , seorang penuntut ilmu tidak akan memperoleh kejayaan dalam ilmu dan tidak bermanfaat ilmunya melainkan jika dia memuliakan ilmu , ahli ilmu, dan menghormati gurunya.

B. Memuliakan Guru.
Syeikhul Imam Sadiduddin Asy-Syairazi berkata :

“Guru-guru kami pernah berkata : Bagi orang yang inginkan anaknya alim, hendaklah suka memelihara , memuliakan, mengagungkan, dan memberikan hadiah kepada golongan ahli agama yang dalam pengembaraan ilmunya. Kalau tidak anaknya yang alim, maka cucunyalah nanti akan menjadi seorang yang alim.

C. Memuliakan Kitab.
·        Sebaiknya penuntut ilmu hendaklah dalam keadaan bersuci ketika mengambil kitabnya. Demikianlah sebab ilmu itu cahaya, wudhu pun adalah cahaya. Dan cahaya ilmu akan semakin cemerlang bila diiringi cahaya berwudhu.
·        Tidak menghalakan kaki ke arah kitab-kitab.
·        Hendaklah kitab tafsir diletak diatas kitab-kitab lain.
·        Hendak menulis sebaik mungkin dan jelas kecuali terpaksa
·        Sebaiknya bentuk kitab itu segi empat supaya mudah dibawa,  diletakkan dan di ulangkaji.
·        Sebaiknya jangan ada warna merah didalam kitab, kerana hal itu perbuatan kaum falsafah bukan ulama salaf dan kebanyakkan guru juga tidak suka.

D. Menghormati Sahabat.
·        Termasuk makna memuliakan ilmu, iaitu menghormati teman belajar.

E. Sikap Selalu Hormat.
·        Hendaklah memperhatikan segala ilmu, mengagungkan dan menghormati, sekalipun telah dia dengar seribu kali.

F. Jangan Memilih Ilmu Sendiri.
·        Hendaklah meminta pandangan guru untuk menentukannya kerana dialah yang mengetahui ilmu yang sebaiknya diajarkan kepada seseorang dan sesuai dengan tabiatnya.
G. Jangan Duduk Terlalu Dekat Dengan Guru.
·        Duduklah sejauh antara busur panah kerana dengan keadaan itu , akan terlihat mengagungkan guru.

H. Menghindarkan Diri Dari Akhlak Tercela.
·        Hendaklah selalu menjaga dirinya daripada akhlak-akhlak yang buruk dan tercela kerana akhlak buruk itu ibarat anjing.


Bab 5 : Kesungguhan Mencari Ilmu , Beristiqamah Dan Cita-Cita Yang Luhur.

A. Kesungguhan Hati.
Firman Allah Taala :

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

·        Dalam mencapai kejayaan mempelajari ilmu dan fiqh itu diperlukan kesungguhan tiga pihak. Iaitu guru , penuntut ilmu dan walinya atau warisnya jika masih ada.

2. Beristiqamah Dan Mengulang Kaji.
·        Boleh dilakukan waktu diantara Maghrib dan Isya’ atau pun waktu sahur (kerana saat itu adalah waktu yang paling berakah).

3. Menghormati Hak Diri .
·        Jangan terlampau memaksa diri sendiri hingga bersusah payah, hingga jadi lemah dan tak mampu berbuat apa-apa.

4. Himmah (Bersungguh-sungguh)
Kata-kata mutiara  : Sikap malas adalah timbul dari akibat jarang menghayati kemuliaan dan keutamaan ilmu.

5. Berusaha.
·        Hendaklah penuntut ilmu bersungguh-sungguh sehingga terasa letih dalam mencapai kejayaan , tak kenal erti putus asa , dan menghayati keutamaan ilmu kerana ilmu itu akan kekal, sedang harta adalah musnah dan hilang.

6. Sebab Kemalasan.
·        Sikap malas itu boleh berlaku akibat dari lendir dahak (balgham) atau badan berminyak yang disebabkan orang terlalu banyak makan dan menguranginya dengan cara mengurangi makan.
·        Makan roti kering dan menelan buah anggur kering (zabib) dapat menghilangkan lendir dahak. Namun jangan terlalu banyak, agar tidak mengakibatkan ingin minum yang kesudahannya memperbanyak lendir dahak pula.
·        Bersiwak juga dapat menghilangkan lendir dahak pula. Disamping memperlancarkan  hafalan dan kefasihan lisan, juga merupakan sunah Nabi yang

7. Mengurangkan Makan.

عن النبى عليه السلم أنه قال: ثلاثة يبغضهم الله من غير جرم: الأكول والبخيل والمتكبر
Hadis Nabi menyebutkan : Tiga orang yang di benci Allah bukan kerana ia berdosa, iaitu orang pelahap makan, orang kikir dan orang sombong.

قيل: البطنة تذهب الفطنة
Seseorang mengatakan : Perut kenyang akan kecerdasan hilang.


Bab 6 : Permulan Belajar , Ukuran Belajar Dan Tata Tertibnya.

A. Hari Memulakan Pembelajaran.
·        Guru kita Syaikhul Islam Burhanuddin memulai belajar pada hari Rabu. Dalam hal ini beliau telah meriwayatkan sebuah hadit sebagai dasarnya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من شيئ بدئ  يوم الأربعاء إلا وقد تم
Rasulullah bersabda : “ Tiada lain segala sesuatu yang di mulai pada hari Rabu, kecuali akan menjadi sempurna”.

·        Walaubagaimanapun tiada masalah untuk memulakan pada mana-mana hari.

B. Panjang Pendeknya Pelajaran.
·        Mengenai ukuran seberapa panjang pelajaran yang baru untuk diulangkaji.

قد قيل: السبق حرف، والتكرار ألف
Maksudnya : Pelajaran baru satu huruf , pengulangannya seribu kali.

C. Peringkat Pelajaran Yang Perlu Di Dahulukan.
·        Sebaiknya dimulai dengan pelajaran-pelajaran yang dengan mudah fahami mudah dihafal serta tidak membosankan.

D. Membuat Catatan.
·        Jangan sampai menulis apa yang diri sendiri tidak tahu maksudnya kerana hal ini akan menumpulkan otak dan waktu pun hilang dengan sia-sia belaka.

E. Berusaha Memahami Pelajaran.

قيل: حفظ حرفين، خير من سماع وقرين ، وفهم حرفين خير من حفظ سطرين

Seseorang berkata : Hafal dua huruf lebih bagus daripada mendengarkan dua batas pelajaran. Dan memahami dua huruf lebih baik daripada menghafal dua batas pelajaran.

F. Berdoa.
·        Hendaklah penuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh memanjatkan doa kepada Allah dan meratap serta meronta. Allah pasti mengabulkan doa yang di mohonkan, dan tidak mengabaikan orang yang mengharapkan.

G. Mudzakarah , Munadharah Dan Mutharahah.
·        Seharusnya melakukan muzakarah (perbincangan ulang kaji saling mengingatkan), munadharah (forum dan perbincangan saling memberi pandangan) dan mutharahah (diskusi).
·        Hal ini dilakukan atas dasar keinsafan, ketenangan dan penghayatan serta menyingkirkan hal-hal yang membawa ke arah perkara negatif.

قيل: مطارحة ساعة، خير من تكرار شهر
Ada yang mengatakan : Sesaat mutharahah (berdiskusi) dilakukan lebih bagus mengulang pelajaran sebulan.

H. Menggali Ilmu.
·        Penuntut ilmu hendaknya membiasakan diri sepanjang waktu untuk mengangan-angan (berfikir mengingati semula) dan memikirkan
·        Ada yang bertanya kepada Ibnu Abbas r.a : Dengan apakah tuan mendapat ilmu?. Ibnu Abbas menjawab : Dengan lisan banyak bertanya dan hati selalu berfikir.

I. Pembiayaan Untuk Ilmu.

J. Bersyukur.
·        Demikianlah penuntut ilmu harus menyatakan syukurnya dengan lisan, hati, badan dan juga hartanya.
·        Mengetahui dan menyedari bahawa kefahaman, ilmu dan taufik itu semuanya datang dari Allah Swt.
·        Memohon hidayahnya dengan berdoa dan hanya dialah yang memberikan hidayah kepada siapa saja yang memohon.

K. Mengorbankan Harta Demi Ilmu.

قال النبى عليه السلام: أي دواء أدوأ من البخل

Sabda Rasulullah : Manakah penyakit yang lebih dahsyat selain daripada kikir.

L. Loba Dan Tamak.
·        Janganlah sampai tamak dengan mengharapkan harta orang lain. Ia hendaknya memiliki himmah yang luhur.

قال النبى صلى الله عليه وسلم: إياك والطمع فإنه فقر حاضر
Nabi bersabda : Hindarilah tamak kerana dengan tamak bererti kemiskinan telah berlaku.

M. Lillahi Ta'ala.

N. Cara Menghafal.
·        Pelajaran semalam diulang 5 kali, lusa 4 kali , hari kemarin lusa 3 kali, hari sebelum itu 2 kali dan hari sebelumnya lagi 1 kali.
·        Belajar lebih bagus bersuara kuat dengan penuh semangat. Namun jangan terlalu keras dan jangan pula hingga menyusahkan dirinya.

O. Panik Dan Bingung.
·        Guru kita Syaikhul Islam Burhanuddin berkata: Sesungguhnya saya dapat melebihi teman-temanku adalah karana selama belajar tidak pernah merasa panik dan kacau.

P. Kaedah Belajar.
·        Guru kami Syeikh Qadi Imam Fakhrul Islam berkata: Bagi pelajar Fiqh, agar selalu hafal di luar kepala sebuah kitab fiqh. Dengan begitu, akan lebih memudahkan dalam menghafalkan ilmu fiqh yang baru yang di dengarkan.


Bab 7 : Bertawakal.

 A. Pengaruh Rezeki.
·        Imam Abu Hanifah meriwayatkan dari Abdullah Ibnu Harith Az-Zubaidi (sahabat Rasulullah ) :

من تفقه فى دين الله كفى همه الله تعالى ورزقه من حيث لا يحتسب
Maksudnya : Barangsiapa mempelajari agama Allah, maka Allah akan mencukupi keperluannya dan memberinya rizeki dari jalan yang tidak terhitung.

B. Pengaruh Urusan Duniawi.
·        Seorang penuntut ilmu agar  menyedikitkan kesibukan terhadap urusan duniawinya. Dan kerana itulah, maka banyak penuntut ilmu yang lebih suka belajar di rantau orang.

C. Hidup Dengan Prihatin.
·        Penuntut ilmu harus sanggup hidup susah dan sulit di waktu pemergiannya menuntut ilmu.
·        Siapa bersabar dalam menghadapi segala kesulitan di atas, maka akan mendapat kelazatan ilmu yang melebihi segala kelezatan yang ada di dunia.

D. Menggunakan Seluruh Waktu Buat Ilmu.


Bab 8 : Masa Belajar.

Saat-saat Belajar.
قيل: وقت التعلم من المهد إلى اللحد
Ada yang mengatakan : Masa belajar itu sejak manusia berada di buaian hingga masuk ke liang kubur.

·        Masa yang paling cemerlang untuk belajar adalah permulaan usia pemuda.
·        Waktu yang paling terbaik untuk belajar ialah waktu bersahur dan waktu di antara magrib dan isya.' Tetapi sebaiknya menggunakan seluruh waktu yang ada.


Bab 9 : Kasih Sayang Dan Nasihat.

A. Kasih Sayang.
·        Orang alim hendaknya memiliki rasa kasih sayang dan sentiasa mahu memberi nasihat serta jangan berdengki yang kelak akan membahayakan diri sendiri.
·        Guru kita Syeikhul Islam Burhanuddin berkata : Banyak ulama yang berkata : “Di atas kasih sayang itu dan keberkahan itulah menyebabkan anaknya menjadi alim”.

B. Menghadapi Kedengkian.

قيل: عليك أن تشتغل بمصالح نفسك لا بقهر عدوك، فإذا أقمت مصالح نفسك تضمن ذلك قهر عدوك

Ada yang mengatakan : Yang harus kau perhatikan adalah kebagusan atau kebaikan  dirimu sendiri, bukan menghancurkan musuhmu. Apabila telah kau penuhi dirimu dengan kebagusan dan kebaikan , maka dengan sendirinya akan hancurlah musuhmu itu .


Bab 10 : Mengambil Manfaat Pengajaran Dan Iktibar.

A. Ketika Belajar.
·        Hendaklah mencatat segala hal-hal ilmiah yang didapatinya.
Ada yang mengatakan :
قيل: من حفظ فر ومن كتب قر
Maksudnya : Siapa yang mengafal ia akan lari tapi siapa yang menulisan  akan tetap berdiri .

B. Mengambil Pelajaran Dari Orang yang berpengalaman.
·        Hendaklah penuntut ilmu mengambil pengajaran dan manfaat dari para guru-guru atau yang berpengalaman dalam ilmu mereka.

C. Prihatin Dan Rendah Di Mata Manusia.
·        Penuntut ilmu harus sanggup dipandang rendah di mata manusia selama menuntut ilmu kerana seorang penuntut ilmu itu harus rendah pada pandangan gurunya , temannya dan juga orang-orang lain untuk mengambil pelajaran dari mereka.


Bab 11 : Wara' Semasa Belajar.

A. Wara'.
·        Termasuk berbuat wara' adalah memelihara dirinya jangan sampai perutnya terlalu kenyang , terlalu banyak tidur, banyak membicarakan hal yang tidak bermanfaat, menjauhi makan makanan yang dimasak di pasar (kedai makan) kerana kemungkinan makanan ini lebih mudah terkena najis dan kotor, jauh dari zikrillah, bahkan mungkin orang itu lalai dan leka mengingati Allah.
·        Termasuk diantara sifat wara’ lagi dengan menjauhi golongan maksiat dan penganggur. Sebab perkumpulan itu membawa pengaruh.
·        Menghadap kiblat waktu belajar, melazimi diri dengan sunah Nabi , mohon dido'akan oleh para ulama dan orang-orang soleh.

B. Menghadap Qiblat.
·        Antara sebab seseorang menjadi alim adalah atas barakahnya menghadap qiblat.

C. Perbuatan Adab Dan Sunnah.
·        Siapa yang mengabaikan sunah akan tertutup dari perkara fardhu maka bererti akan tertutup dari kebahagiaan akhirat.
·        Hendaklah banyak melakukan solat dengan khusyu' kerana ia akan lebih memudahkan mencapai kejayaan dalam belajar.


Bab 12 : Hal-Hal Yang Memudahkan Untuk  Menghafal Dan Mudah Lupa.

A. Beberapa Sebab Kuat Hafalan.

·        Kesungguhan, istiqamah , mengurangi makan dan memperbanyakan solat di malam hari.
·        Membaca Al-Qur'an termasuk penyebab hafalan seseorang itu kuat .
·        Termasuk yang menjadi penguat hafalan lagi iaitu waktu mengambil buku dan berdo'a :

بسم الله وسبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله، والله اكبر، لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم العزيز العليم، عدد كل حرف كتب ويكتب أبد الآبدين ودهر الداهرين

Bimillahi wasubhanallohi walhamdulillahi wala illaha illallohu wallohu akbar wala haula wala kuwwata illa billahil a'liyyil a'zhimil a'jijil a'limi a'dada kulli harfin kutiba wayuktabu abadal abidina wadahroddahirina.

Ertinya : Dengan menyebut nama Allah yang Maha Suci Allah segala puji milik Allah dan tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung, tiada daya dan kekuatan selain atas pertolongan Allah Yang Maha Mulia Agung Luhur Lagi Maha Mengetahui sebanyak huruf yang tertulis dan akan di tulis berabad-abad kekal dan sepanjang masa.

·        Dan setiap selesai menulis berdo'a :

آمنت بالله الواحد الأحد الحق، وحده لا شريك له، وكفرت بما سواه

Amantu billahil wahidi wahdahu lasyarika lahu wakafartu bima siwahu.

Ertinya : Aku beriman kepada Allah Yang Tunggal, Maha Esa, berkesendirian tiada teman dalam ketuhannaNya, dan aku hindari dari bertuhan kepada selainNya.

·        Banyak membaca selawat ke atas Nabi .
·        Bersiwak , minum madu , makan kandar (kemenyan putih), bercampur gula dan menelan buah zabib merah 21 butir setiap hari kesemuanya dapat mempermudah hafal lagi dapat mengubati berbagai macam penyakit.
·        Segala sesuatu yang bisa mengurangi pelendiran dahak dan mengurangi pelemakan kulit badan yang diakibatkan terlalu banyak

B. Penyebab Lupa.
·        Melakukan maksiat, banyak dosa, gila dan gelisah kerana urusan dunia.
·        Sebab-sebab yang membuat seseorang itu mudah lupa iaitu makan ketumbar (kazbarah rutubah), buah epal masam, melihat salib, membaca tulisan pada kuburan, berjalan disela-sela unta terakit, membuang ke tanah kutu yang masih hidup, dan berbekam pada tengkuk kepala. Jauhilah itu semua karena membuat seseorang jadi pelupa.


Bab 13 : Hal-Hal Yang Mendatangkan Rezeki Dan Menjauhkannya Dan Yang Memperpanjang Usia Serta Yang Menyingkatkan Usia.

A. Yang Menjauhkan Rezeki.
·        Berbuat dusta dan bohong adalah mendatangkan kefakiran.
·        Demikian pula tidur di pagi hari dan banyak tidur keduanya mengakibatkan kemelaratan harta dan juga kemelaratan ilmu.
·        Tidur dengan telanjang, kencing dengan telanjang, makan dalam keadaan junub atau sambil bertelekan, membiarkan sisa makanan berserakan, membakar kulit berambang (basol) atau dasun (thum), menyapu lantai dengan kain, atau di waktu malam, membiarkan sampah berserakan mengotori rumah, memanggil orang tua tanpa gelaranya (seperti bapak , emak dan sebagainya.) membersihkan celah gigi dengan benda kasar, membasuh tangan dengan tanah dan debu, duduk di beranda pintu, bersandar pada daun pintu, berwudhu di tempat orang istirehat, menjahit pakaian yang sedang di pakai, menyeka muka dengan kain, membiarkan sarang lebah berada dirumah, meringankan solat, bergegas keluar masjid setelah selesai solat Subuh, pergi ke pasar pagi-pagi, membeli makanan dari peminta-minta, mendo'akan buruk kepada anak, membiarkan makanan tidak tertutupi, mematikan lampu dengan meniup, kesemuanya itu dapat mendatangkan kefakiran sebagaimana yang diterangkan dalam atsar.
·        Dan lagi : menulis dengan pen yang rosak , menyisir dengan sikat yang rosak, tidak mahu mendo'akan kebaikan kepada orang tua, memakai serban sambil berdiri, memakai seluar sambil duduk, kikir, terlalu hemat atau berlebih-lebihan dalam membelanjakan harta, bermalasan dan menunda semuanya membuat fakir seseorang.
·        Termasuk penyebab berkurang rezeki iaitu jangan terlampau banyak bergaul dengan wanita kecuali bila ada keperluan yang baik.
·        Jangan pula berbual kosong yang tidak berguna untuk agama dan dunianya.

     Yang Mendatangkan Rezeki
·        Rasulullah bersabda :
استنزلوا الرزق بالصدقة
Maksudnya : Mintalah turun dan datangnya rezeki dengan cara bersedekah .
·        Bangun pagi-pagi, mampu menulis yang baik-baik itu adalah pintu rezeki. Air muka berseri dan tutur kata manis akan menambah banyak rezeki.
·        Penyebab kuat juga adalah dengan melakukan solat dengan rasa ta'zim (penuh keagungan) , khusyu’, dengan menyempurnakan segala rukun wajib, sunah dan adabnya.
·        Melakukan solat dhuha.
·        Membaca Surah Waqi'ah khususnya di malam hari sewaktu hendak tidur.
·        Membaca surah Al-Mulk, Al-Muzammil, Al-lail dan Al-insyirah.
·        Hadir ke masjid sebelum dikumandangkan azan, sentiasa dalam keadaan suci, melakukan solat sunat sebelum subuh, dan melakukan solat witir di rumah,  jangan berbicara urusan dunia sesudahnya dilakukan.
·        Diantara perbuatan yang menambah rezeki lagi adalah membaca doa di waktu antara terbit fajar hingga masuk waktu solat. Doanya iaitu :

سبحان الله العظيم وبحمده، سبحان الله العظيم وبحمده، وأستغفر الله العظيم وأتوب إليه
Subhannallahil wabihamdihi astagfirullahu wa atubu ilaihi

Maksudnya : Maha Suci Allah Maha Agung, Maha Suci Allah dan dengan pujian-Nya ku mohon ampunan dan bertaubat kepada-Nya - berulang 100 kali.

·        Setiap pagi dan petang membaca do'a :

لا إله إلا الله الملك الحق المبين
Laillaha illallahul malikul haqqul mubin.

Maksudnya : Tiada Tuhan selain Allah, Raja yang Benar dan yang Maha Jelas) - berulang 100 kali

·        Setiap sesudah fajar dan maghrib berdoa :

الحمد لله، وسبحان الله، ولا إله إلا الله
Al-Hamdulillahi wasubhanallohi wala ilaha illallah.

Maksudnya : Segala puji bagi Allah Maha suci Allah dan tiada tuhan selain Allah -  berulang 33 kali.

·        Sesudah solat subuh membaca istigfar 70 kali dan memperbanyak ucapan :

لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم
Lahaula wala kuwwata illa billahil a'liyyil a'dzim

Maksudnya : Tiada daya dan kekuatan melainkan dari pertolongan Allah yang Maha Mulia Lagi Maha Agung.

·        Beserta salawat Nabi .
·        Di hari Jumaat membaca :

اللهم أغننى بحلالك عن حرامك واكفنى بفضلك عمن سواك
Allahumma agnini bihalalika a'nharomika wakfini bifadlika a'man siwaka

Maksudnya : Ya Allah cukupkan aku dengan yang halal dari yang haram, cukupilah aku dengan anugerahmu daripada selain Kamu - berulang 70 kali.

·        Setiap siang dan malam membaca pujian :

أنت الله العزيز الحكيم, أنت الله الملك القدوس, أنت الله الحكيم الكريم, انت الله خالق الخير والشر, أنت الله خالق الجنة والنار, أنت الله عالم الغيب والشهادة, أنت الله عالم السروأخفى, أنت الله الكبير المتعال, أنت الله خالق كل شيئ واليه يعود كل شيئ, أنت الله ديان يوم الدين, لم تزل ولا تزال, أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد, لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد , أنت الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبرلا إله إلا أنت الخالق البارئ المصور له الأسماء الحسنى يسبح له ما فى السموات والأرض وهو العزيز الحكيم.

Antallahul a'jijul hakim antallahul malikul kuddusu antallahu halimul karimu antllahu kholikul khoiri wa syarri antallahu kholikul jannati wan nari a'limul ghoibi wasyahadati a'limus syirri wa akhfa antallahul khabirul muta'alu antallahu kholiku khulli syai'in wailaihi yau'du kulli syai'in antallahu dayyanu yaumiddinni lam tajal wala tajalu antallahu lailla hailla anta antallahul ahadhus shamadu lam yalid walam yulad walam yakul lahu khufuwan ahad antallahu laillaha illa antar rohmanur rohimu antallahu laillaha illa antal khilikul bari'ul mushowwiru lahul asma'ul khusna yusabbihu lahu ma pissamawati wal ardhi wahuwal a'jijul hakim.

B. Memanjangkan Usia.
·        Diantara sebab usia menjadi panjang ialah berbuat bakti, menjauhi perbuatan yang menyakitkan orang lain, menghormati orang yang lebih tua dan bersilatur rahmi.

·        Demikian pula di setiap pagi dan petang selalu membaca :

سبحان الله ملء الميزان, ومنتهى العلم, ومبلغ الرضا, وزنة العرش. ولا إله إلا الله ملء الميزان, ومنتهى العلم وزنة العرش. والله أكبر, ملء الميزان, ومنتهى العلم, ومبلغ الرضا, وزنة العرش

Subhanallahi milal mijani wamuntahal ilmi wamablaghar ridha wajinatal arsyi wala illaha illallahu mil'al mijani wamuntahal ilmi wamablaghar ridha wajinatal arsyi wallahu akbar mil'al mijani wamuntahal ilmi wamablaghar ridha wajinatal arsyi.

Maksudnya : Maha suci Allah dengan sepenuh mizan sejauh ilmu sejauh redha setimbang arasy, tiada tuhan selain Allah dengan sepenuh mizan sejumlah ilmu sejauh ilmu setimbang arasy, dan Allah Maha Agung dengan sepenuh mizan sejumlah ilmu sejauh ridha setimbang arasy - berulang 3 kali.

·        Disamping itu hendaklah jangan menebang pepohonan yang masih hidup kecuali terpaksa.
·        Melakukan wudhu dengan sempurna, melakukan solat dengan sepenuh pengagungan dan memelihara kesihatan.

C. Kesihatan Badan.
·        Tiada boleh tidak seseorang itu harus tahu sebahagian ilmu kesihatan dan mengambil barakah dari beberapa atsar mengenai kesihatan. Hal ini sebagaimana terhimpun dalam buku Syeikhul Imam Abu Al Abbas Al-Mustaghfiri yang berjudul "Thibin Nabi ."


Wallahu’alam.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...