Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar (Siri 4) [13.4.15]

[ RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 4) ]

Pengisi : Ustaz Zulhafeez
Kitab: Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar
Tarikh : 13 APRIL 2015 ( Isnin)
Masa: 4.00- 6.00 petang
Tempat: Qaah Ibnu Sina (QIS)

Selepas hijrah ke habsyah hingga hijrah ke madinah

Peristiwa-peristiwa sejarah
1) Tahun kematian bapa saudara dan isteri baginda s.a.w, Abu Talib dan isterinya, Khadijah .
- Dinamakan "Tahun Dukacita".
- Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w meninggal dunia pada tahun ke-10 kerasulan.
- Abu Talib semasa hayatnya kuat mempertahankan anak saudaranya, Rasulullah s.a.w .
- Siti Khadijah r.ha isteri tersayang Rasulullah juga meninggal pada tahun sama. Sebelum itu, Khadijah berperanan meringankan kerunsingan dan kesedihan Rasul s.a.w.

2) Berhijrah ke Taif.
- Selepas kematian kedua insan penting dalam hidup Rasulullah s.a.w, tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasulullah s.a.w oleh pihak Quraisy semakin hebat.
- Baginda kemudian pergi ke Taif. Baginda ke sana dengan harapan dengan mendapat sambutan baik dan sokongan kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif.
- Namun mereka menolak dakwahnya secara kasar. Mereka menghasut kanak-kanak menyakiti Baginda.

3) Dakwah di Taif tidak mendapat sambutan.
- Baginda pulang dari Taif dalam keadaan dakwahnya tidak mendapat sebarang sambutan daripada kaum Thaqif.
- Yang ada hanyalah keislaman Addas, hamba kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah yang beragama Nasrani.
- Beliau diminta menghidangkan anggur kepada Rasul s.a.w semasa Baginda berlindung dalam sebuah kebun melihatkan baginda yang kepenatan dan layanan buruk Thaqif kepada baginda.
- Ungkapan Basmallah Rasulullah s.a.w sebelum makan menarik perhatian Addas.

4) Isra' dan Mikraj, berlaku sebelum hijrah pada tahun ke-10 kenabian atau selepasnya.
- Baginda diisra'kan daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
- Kemudian baginda dimi'rajkan ke langit yang tinggi.
- Seterusnya pulang kembali kerumah Baginda di Makkah pada malam itu juga.
- Baginda memberitahu Quraisy tentang mukjizat itu, baginda dipersenda dan diperlekehkan    kecuali Abu Bakar a.s, beliau membenarkan Baginda.
- Sembahyang 5 waktu difardhukan keatas setiap orang baligh dan berakal.

5) Perjanjian Aqabah
- Penemuan Rasulullah dengan kabilah-kabilah Arab yang datang dalam musim haji.
- Baginda mengajak mereka kepada Islam dan menyeru mereka meninggalkan penyembahan berhala.
- Berlaku perjanjian Aqabah, jumlah mereka 7 orang ketika itu.

6) Pada Tahun seterusnya, tahun ke-12 kerasulan, 12 orang lelaki Ansar datang ke Mekah dan berbaiah dengan Baginda dan mereka pulang dengan bersama Musab bin Umair.

7) Pada tahun ke-13 kerasulan, sekumpulan Ansar seramai 70 orang lelaki dan 2 wanita pada musim haji datang ke Rasulullah s.a.w secara sembunyi dan berbaiah dengan baginda. Baginda memilih 12 orang ketua kalangan mereka sebagai wakil kaum mereka.

Pengajaran dan pedoman
1) Kaum kerabat pendakwah tidak mengikuti dakwahnya tetapi bertindak melindunginya.

2) Isteri solehah berkongsi penderitaan dan kerungsingan suami serta memberi sepenuh sokongan dan sanggup berkorban demi suami tercinta.

3) Keikhlasan seorang isteri dalam membantu dakwah suami serta ahli keluarga dalam melindungi si pendakwah.

4) Pemergian Rasul s.a.w ke Taif bukti kekentalan jiwa Rasulullah dalam meneruskan dakwahnya.

5) Peristiwa Isra' dan Mi'raj menunjukkan usaha mempertahankan Palestin sebenarnya mewakili usaha mempertahankan Islam itu sendiri.

6) Isra' Mi'raj menjadi simbol ketinggian kedudukan orang Islam dan lambang kewajiban mengangkat dirinya mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia.

7) Isra' Mi'raj merupakan penerokaan angkasa dan keluar daripada tarikan graviti bumi, Rasul kita merupakan angkasawan pertama dalam sejarah dunia.

8) Kefardhuan solat disyariatkan pada malam Isra' dan Mi'raj diperuntukkan 5 waktu solat setiap hari.

9) Proses memperkenalkan diri yang dilakukan Rasulullah s.a.w kepada kabilah-kabilah pada musim haji menjadi bukti bahawa pendakwah tidak sepatutnya membataskan dakwahnya mengajak manusia kepada kebaikan dalam linkungan majilis atas persekitaran dirinya.

10) Keimanan 7 orang Ansar yang bertemu Rasulullah s.a.w untuk pertama kali menyebabkan kemasukan Islam ke Madinah serta memberi kesan kepada penyebaran Islam disana. Rasulullah memperoleh tempat aman untuk membangun negara dan menyebarkan dakwah.



Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...