(Audio) Fiqh Sirah - Penyiksaan dan Tekanan


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Zahimie Bin Mohd Dzahid

(Audio) Child Education In Islam - Memilih Nama Anak Menurut Islam


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee

(Audio) Kelas Tauhid - Muqadimah Akidah Muslim



Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Md Nuzul Hakimi Bin Ibrahim

(Iklan) - Kelas Tauhid [Muqadimah Akidah Muslim]

ASSALAMUALAIKUM
InsyaAllah
Madrasah Imam Nawawi akan mengadakan KELAS TAUHID sebagaimana berikut :

Klik gambar untuk paparan yang jelas

Disampaikan oleh :
Ustaz Md Nuzul Haqimi Bin Ibrahim
Mahasiswa tahun 3, Universiti Al-Azhar Cawangan Mansurah

SEMUA MAHASISWA MAHASISWI DIJEMPUT HADIR

(Audio) Fiqh Sirah- Peringkat Dakwah Rahsia



1. Menyebut tentang faedah mempelajari ilmu sirah
2. Situasi peringkat dakwah rahsia.
3. Pengajaran dari peringkat dakwah rahsia.

Klik sini untuk download (Klik)

Disampaikan oleh: Mohd Zaim Bin Abdul Aziz

(Audio) Child Education In Islam- Islam Diatas Cinta Anak



Ceramah kali ini menyentuh tentang tajuk,

1. Bagaimana untuk menyemai sifat cinta pada ISLAM dalam diri anak-anak.
2. Bagaimana membentuk ruang dan suasana yang dapat membina akhlak anak dan ibubapa.
3. Starategi ibubapa dalam mendidik anak.

Tekan butang play atau download di sini (KLIK)

Kelas ini disampaikan oleh : Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee

(Audio) Fiqh Sirah- Penerimaan Wahyu Pertama



Sejarah Nabi Muhammad S.A.W ketika berhadapan dengan peristiwa penerimaan wahyu pertama.

Tekan Butang Play, atau download pada link ini, (KLIK)

Di sampaikan oleh: Ustaz Fadhil Hasanuddin.

(Audio) Fiqh Manhaji- Iqamah Dan Syarat Sah Solat


Download Link untuk ceramah ini boleh didapati disini (Klik)

Disampaikan oleh : Ustaz Firdaus Bin Sharuddin
Iqamah.
1. Seperti azan tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Apakah perbezaan itu?
2. Apakah syarat-syarat sah Iqamah?
3. Apakah sunat-sunat Iqamah?
4. Apakah seruan untuk bukan solat Fardhu

Syarat Sah Solat
1. Apakah syarat-syarat Sah solat?

(Pengajian tentang Syarat sah solat berhenti pada Sempadan Aurat di Luar Solat, dan akan bersambung minggu hadapan)

Kelas Agama (terbaru) : Buku Tarbiyyatul Awlad fil Islam


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Bersyukur kepada Allah, kerana dikurniakan ulama yang cukup besar jasanya, iaitu Allahyarham Dr Abdullah Nasih Ulwan, beliau dianggap sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini. Dr Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah,himpunan dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk. Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah, Kitab Tarbiatul Awlad.

Kitab Tarbiyatul Awlad memberi penekanan terhadap pendidikan sebagai upaya untuk membangun sumber daya manusia memerlukan wawasan yang sangat luas, karena pendidikan menyangkut semua aspek kehidupan manusia, baik dalam pemikiran atau pengalamannya.  Manusia adalah makhluk yang memiliki unsur rohani yang mencakup dua segi kejiwaan, yaitu hakikat sebagai individu dan sebagai makhluk social. Dan satu hakikat lagi, yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain ialah, hakikat sebagai makhluk susila dan makhluk berketuhanan.

Kitab ini juga menerangkan tentang pendidikan berdasarkan hakikat manusia itu, didapati berbagai segi atau aspek pendidikan. Di antara aspek-aspek pendidikan tersebut adalah;
  1.  Pendidikan Budi Pekerti,
  2. Pendidikan kecerdasan,
  3. Pendidikan Sosial,
  4. Pendidikan Jasmani,
  5.  Pendidikan Seksual,
  6.  Pendidikan Agama, dan lain-lain.

Dalam kitab ini penulis juga akan membahas  aspek pendidikan yang sangat penting dalam kehidupan manusia yaitu pendidikan seksual. Banyak orang memandang kata seks merupakan kata yang tabu untuk diperbincangkan.Seks adalah sebuah topik yang paling kontroversial dalam masyarakat.Kabanyakan masyarakat kita memandang seks sebagai sesuatu yang menyeramkan, kotor, tabu, dan porno, dan tidak wajar dibicarakan  secara terbuka. Dengan segala perasangka dan kesalahan budaya yang disematkan pada seks, adalah penting dan mendesak bagi kita untuk mulai membicarakan dan membahas permasalahan ini guna menyingkirkan kebekuan dari pikiran-pikiran kita.

Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya.


The book is divided into 3 parts and will be as follows :

Part I 
Chapter 1 : The ideal marriage and its relationship to education
Chapter 2 : The psychological feelings towards children
Chapter 3 : General rules concerning the new-born baby
Chapter 4 : Causes and treatment of children's waywardness

Part II
Chapter 1 : The responsibility for faith education
Chapter 2 : The responsibility for ethical education
Chapter 3 : The responsibility for physical education
Chapter 4 : The responsibility for intellectual education
Chapter 5 : The responsibility for psychological education
Chapter 6 : The responsibility for social education
Chapter 7 : The responsibility for sexual education

Part III
Chapter 1 : Effective means of children's education
Chapter 2 : The basic principles of education
Chapter 3 : Necessary education suggestions


Kelebihan Selawat ke atas Nabi


Firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [Al-Ahzab : 56]
                                                                                                             
Sabda Rasulullah :
 ‘Siapa berselawat kepadaku dari umatku untuknya ditulis sepuluh kebaikan’.

Riwayat Umar r.a.
Apabila mendengar kematian Rasulullah, beliau menangis dan berkata ,

Demi ayahku, demi ibuku ya Rasulullah..
Sesungguhnya kelebihanmu di sisi Tuhanmu.
Ketaatan kepadamu merupakan ketaatan kepada Allah..

Firman Allah :
مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ وَمَن تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظاً
Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari keta'atan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.[An-Nisa' : 80] 

Demi ayahku, demi ibuku ya Rasulullah..sesungguhnya kelebihanmu,
Allah memberitahu, Allah akan mengampunkanmu sebelum memeberitahu kesalahanmu.

Firman Allah :
عَفَا اللّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُواْ وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ
 Allah telah memaafkanmu terhadap kesalahan kamu membiarkan orang2 munafik  tidak pergi berperang. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta? [At-Taubah:43]
                                                                                       
Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sesungguhnya kelebihanmu menyebabkan ahli-ahli neraka bercita-cita untuk berada di dunia dan taat kepadamu.
Mereka berkata :
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at (pula) kepada Rasul". [Al-Ahzab : 66]

                                                                                               
Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Jika Nabi Musa, Allah bagi batu di mana terpancut air dari batu tersebut tetapi tidak ada yang lebih mengkagumkan dari jari-jemarimu yang yang mana keluar air darinya setelah engkau celup di dalam 1 bekas.( boleh beri minum lebih 80 orang)

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Jika Nabi Sulaiman, Allah bagi angin datang sebulan, pergi sebulan, tetapi tidak ada yang lebih mengkagumkan engkau naik buru’ untuk naik ke langit dan pada malam yang sama engkau dapat solat Subuh di Mekah (pada hari yang sama).

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sekiranya Isa diberi kelebihan menghidupkan orang mati, tetapi lebih mengkagumkan..seekor kambing yang diberi racun oleh seorang wanita Yahudi, dapat bercakap denganmu sedangkan dia(kambing tadi) telah dipanggang..’ janganlah makan aku, sesungguhnya aku telah diracun’.

Demi ayahku, demi ibuku Ya Rasulullah..
Sesungguhnya walaupun dalam umurmu yang pendek (63 tahun) tetapi pengikutmu ramai sedangkan Nuh umur panjang (950 tahun) tetapi sedikit pengikut.

Sesungguhnya engkau hanya memakai pakaian dari kulit kambing, hanya menunggang himar dan sanggup orang duduk membonceng di belakang engkau (atas binatang tunggangan) dan sanggup meletakkan makanan di atas lantai ( tidak mempunyai meja )…begitulah tawadu’nya Rasulullah.

Subhanallah..hebatnya engkau wahai Rasulullah!
 
~CINTAKAN RASULULLAH PEMANGKIN BIAH SOLEHAH~

-Nor Dalila-

Amalan-amalan Batin Dalam Tilawah Alquran

Di sana terdapat amalan zahir dan amalan batin, namun Allah lebih melihat amalan-amalan yang batin berdasarkan hadith riwayat Imam Muslim, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat tubuh badan dan rupa paras tetapi melihat hati kamu." Baginda menunjuk ke dadanya dengan jari-jarinya.
Maksudnya, tempat nilaian Allah s.w.t terhadap suatu amalan adalah pada hati kita. Tetapi tidak pula meninggalkan amalan yang zahir kerana ia sebagai kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t. Jadi sebagai hamba Allah, kita perlu menekankan aspek batin. Ini kerana orang yang zahir dan batinnya tidak selaras adalah tanda-tanda orang yang tidak ikhlas. Setelah kita ketahui amalan-amalan zahir dalam tilawah Al-Quran (keadaan pembaca, melagukan, tartil, menangis, tunaikan hak ayat, beristi’azah dan doa, perlahan suara, perelok bacaan dan tertibnya), maka kita perlu mengetahui amalan-amalan batin supaya ianya bernilai di sisi Allah s.w.t.


Pertama – Memahami kebesaran kalam Allah dan ketinggiannya.
Kita perlu mengetahui betapa agungnya kalam yang dibaca, kerana ianya adalah kalam yang paling benar dan paling betul. Allah juga telah memberi kelebihan kepada kita untuk memahami kalam-Nya sedangkan sepatutnya kita tak boleh memahaminya kerana ia merupakan kalam yang teragung. Lebih-lebih lagi jika kita fikirkan, kita sebenarnya tidak layak untuk memahami kalam Allah, cumanya Allah ingin berikan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w kelebihan utuk memahami kalam-Nya yang qadim melalui bahasa arab.

Kedua – Mengagungkan zat yang bercakap (mengagungkan Allah s.w.t)
Maka apabila kita telah memahami keagungan kalam Allah, ketika kita ingin memulakan tilawah, kita perlu menghadirkan dalam hati, keagungan Tuhan yang berkata-kata kerana kita ingin melafazkannya. Dan untuk menghadirkan rasa keagungan kepada Allah swt, kita perlu berfikir tentang sifat-sifat-Nya, keagungan-Nya, dan perbuatan-perbuatan-Nya. Kita perlu hadirkan dalam hati bahawa semua yang ada adalah ciptaan Allah dan Dia berkuasa ke atas segala sesuatu. Dengan berfikir tentang perkara-perkara inilah yang akan menghadirkan rasa mengagungkan Allah, dan kemudian mengagungkan kalam-Nya.

Ketiga – Menghadirkan hati
Hati kita pula perlu ada bersama ketika membaca Al-Quran. Kita perlu tinggalkan cerita-cerita yang bermain di dalam hati (terlintas dan teringat tentang perkara lain) dan kosongkannya dari bacaan. Kita perlu palingkan keinginan hati kepada apa yang sedang dibaca. Golongan Salafussoleh, apabila mereka membaca suatu surah dan tiada penghayatan padanya, maka mereka akan ulang bacaan itu kali kedua. Sifat ini lahir daripada rasa mengagungkan Allah dan kalam-Nya.  Sesungguhnya, orang yang mengagungkan kalam Allah, apabila dia membacanya, dia tidak lalai kerana di dalam Al-Quran ada keseronokan yang dirasainya. Maka apabila dia merasai keseronokan dalam Al-Quran, bagaimana pula dia ingin berfikir tentang perkara lain.

Keempat – Tadabbur
Kemudian bukan sekadar menghadirkan hati, kita mestilah tadabbur iaitu ada perasaan seperti seronok, gembira, sedih apabila membaca Al-Quran dan mengambil pengajaran daripadanya. Contoh daripada Nabi saw adalah apabila Nabi membaca berulang kali satu ayat sahaja dari surah Al-Maidah : 118 daripada malam sehingga subuh semata-mata untuk tadabbur. Maka oleh sebab itulah, kualiti bacaan dari segi pemahaman lebih penting daripada kuantiti bacaan yang langsung tidak difahami. Seperti kata saidina Ali r.a :- 
“Tiada kebaikan pada ibadah yang tidak ada kefahaman padanya, dan tiada kebaikan pada bacaan yang tiada tadabbur padanya.” 
Maka apabila kita tidak mampu untuk tadabbur dengan satu kali bacaan, ulanglah ia berulang-ulang kali dengan tartil. 

Kelima – Tafahhum
Tafahhum ini adalah dengan mencari penjelasan dari setiap ayat, tentang kefahaman dan rahsia-rahsia di sebalik ayat tersebut berpandukan tafsir ulama muktabar. Kerana Al-Quran menyebut sifat-sifat Allah, perbuatannya, tentang kisah-kisah para nabi, kisah-kisah kaum yang menyalahi nabi dan bagaimana mereka dimusnahkan, tentang suruhan Allah dan tegahan-Nya, tentang syurga dan neraka, dan sebagainya. Apabila kita berfikir tentang ciptaan Allah yang hebat secara detail (seperti peringkat embryology, perjalanan planet, proses tumbesaran pokok), maka kita akan dapat mengetahui tentang kehebatan Allah swt. Dengan memahami ayat-ayat Al-Quran inilah yang dapat melahirkan rasa tersangat taajub kepada Allah. 

Keenam – Menghilangkan segala perkara yang menegah seseorang dari memahami ayat
Kita mestilah menghilangkan segala sebab dan penghalang yang menghalang kita dari memahami keajaiban dan rahsia-rahsia Al-Quran. Antara perkara yang menghalang orang a’jamiy dari memahami Al-Quran adalah kerana bahasanya. Jadi kita perlu memperuntuk masa untuk belajar tafsiran Al-Quran dari mufassir lebih daripada masa untuk membaca Al-Quran. Sebab itulah nabi menawarkan ganjaran yang besar kepada siapa yang belajar memahami Al-Quran berdasarkan hadith riwayat Tirmizi:
Rasulullah bersabda kepada Abu Zar: 
“Wahai Abu Zar, jika engkau keluar pada waktu pagi untuk memahami satu ayat, itu lebih besar pahalanya  daripada sembahyang 100 rakaat.”
Jadi, Allah memberi ganjaran yang besar untuk memahami Al-Quran kerana tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah untuk difahami kemudian diamalkan.  Orang yang tidak memahami adalah orang yang buta dari melihat keajaiban dan rahsia Al-Quran. Antara penghalang dari pemahaman adalah terlalu menekankan ketajaman makhraj dan lagu Al-Quran lebih daripada menghayati maksud ayat Al-Quran. Jadi kita perlu berlindung dengan Allah swt daripada segala perkara yang menegah kita daripada memahami kalam Allah.

Ketujuh – At-Takhsis
At-Takhsis bermaksud, kita merasakan segala kata-kata di dalam Al-Quran ditujukan kepada diri kita. Contohnya, apabila kita mendengar ayat tentang suruhan atau tegahan, kita merasakan bahawa tegahan dan suruhan itu untuk diri kita. Begitu jualah apabila kita mendengar janji baik atau janji buruk, kita merasa sedih dan gembira apabila mendengarnya. Apabila mendengar kisah-kisah umat terdahulu, kita merasakan ia dikisahkan untuk kita mengambil iktibar daripadanya dan segala pengajaran yang kita mampu melalui tafsir-tafsir Al-Quran muktabar. Apabila kita telah mengambil iktibar, kita akan mendapat kekuatan untuk menetapkan hati dalam melakukan amalan terutamanya dalam membaca Al-Quran. 

Kelapan – Terkesan dengan Al-Quran
Yakni terkesan hati kita dengan pelbagai kesan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang pelbagai. Contohnya kita merasa gementar apabila membaca tentang azab Allah, tenang apabila membaca janji Allah ke atas orang beriman, menangis apabila mengingatkan dosa kita yang banyak, mengingatkan orang lain tentang peringatan-peringatan di dalam Al-Quran, bertaubat dengan segera dengan bersungguh-sungguh, rasa seronok dengan ilmu yang baru dan sebagainya.


Maka ketahuilah, siapa yang memahami semua perkara ini akan mendatangkan keikhlasan dan mampu melahirkan amalan-amalan batin ini terutamanya dalam membaca Al-Quran. Siapa yang tidak memahaminya akan menyebabkan bacaan Al-Quran itu sekadar gerakan mulut dan mendatangkan laknat ke atas dirinya sendiri. Gerakan mulut itu hendaklah disertai dengan akal dan hati, supaya amalan kita diterima oleh Allah swt.
Hak lidah : Memperbetul huruf dan bacaan yang tartil.
Hak akal : Mengetahui makna Al-Quran dengan mempelajari dari ulama dan tafsir muktabar.
Hak hati : Mengambil pengajaran dan terkesan dengan Al-Quran itu dengan mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan.
 
Pengajian Kitab Mauizotul Mu’minin (m/s 127) (16 disember – 20 januari)
Nur Muhammad Abrar bin Mahmud

Madrasah Imam Nawawi catat sejarah Mesir

Buat julung kalinya madrasah imam nawawi menganjurkan liga bola sepak yang berteraskan ilmu Islam. Semua cawangan perubatan di mesir telah mengambil penyertaan kecuali Tanta.

Mansurah sendiri telah menghantar dua skuad yang terdiri daripada pelajar madrasah.

Kejohonan ini lain daripada yang lain kerana yuran hanya 10 Le sahaja setiap pasukan.Semua pemain akan dijamu dengan makanan berat.

Juara akan membawa pulang sebuah piala berserta medal untuk setiap pemain. Naib juara akan mendapat medal.Manakala setiap pasukan akan mendapat hamper sebagai hadiah saguhati.

Hadiah untuk pemain terbaik dan penjaring terbanyak turut disediakan.

Setiap perlawanan ada pembacaan hadis oleh pelajar madrasah dan akan ditutup dengan taujihat dari Ustaz salman Maskuri.

Sepak mula akan bermula pada pukul 5.30 petang dan dijadualkan berakhir pada jam 10 malam.

Untuk pendaftaran sahabat boleh menghubungi saudara Aizat Sofian di talian 0102461938 atau saudara Faisal Arif:0148425398.

Oleh:fattahhamzah dan ustaz salman

Doa Mencegah daripada Zina


Benda-benda Najis

1. Arak dan semua cecair yang memabukkan

2. Anjing dan babi

3.  Bangkai 
definasi haiwan yang mati tanpa disembelih dengan cara yang telah ditetapkan oleh syarak
- semua yang disembelih untuk berhala dan yang disebut dengan nama selain nama Allah juga termasuk dalam hukum bangkai
bangkai yang tidak najis – bangkai (mayat) manusia, ikan dan belalang

4. Darah yang mengalir dan nanah 
- hati dan limpa dikecualikan daripada darah yang dihukum najis

5. Air kencing manusia dan binatang serta tahi kedua-duanya

6. Setiap bahagian yang tercerai daripada binatang semasa hidup 
- rambut dan bulu haiwan yang boleh dimakan dagingnya dikecualikan daripada hukum ini

7. Susu haiwan yang tidak dimakan dagingnya 
- seperti keldai dan seumpamanya

~ PDF IV akhawat - Kitab Fiqh Manhaji ~

Hukum Menggunakan Bekas

1. Menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak
- haram dalam semua bentuk penggunaan seperti berwudhuk dan minum kecuali dalam keadaan dharurat (tidak ada bekas lain)
- daripada Huzaifah Bin Al-Yaman r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“ jangan kamu memakai pakaian sutera dan dibaj (sejenis pakaian yang sangat berharga daripada sutera).  Dan jangan kamu minum menggunakan bekas-bekas emas dan perak. Jangan kamu makan menggunakan pinggan-pinggan / talam-talam yang diperbuat daripadanya. Sesungguhnya semuanya itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia ini dan untuk kita pada hari akhirat “.
- pengharaman ini dikiaskan kepada semua bentuk penggunaan yang yang lain (meliputi lelaki dan perempuan)
- hukum mengambilnya sebagai perhiasan sama seperti hukum menggunakannya.

2. Menggunakan bekas yang ditampal dengan emas atau perak
- emas : haram secara mutlak (sama ada sikit atau banyak)
- perak :
Tampalan
Hukum
sedikit dan bukan untuk tujuan perhiasan
harus
banyak dengan tujuan perhiasan
haram
banyak kerana keperluan
makruh
sedikit untuk tujuan perhiasan
makruh


3. Menggunakan bekas yang dibuat daripada bahan bernilai
- hukumnya harus
- contoh bahan bernilai : al-mas, permata lu’lu’, marjan dan sebagainya
- tiada nas yang melarang penggunaannya

4. Menggunakan bekas orang kafir
- hukumnya harus
- daripada Abi Tha’labah, Nabi s.a.w bersabda : “ maka basuhlah dan makanlah dengannya”
- sunat membasuh bekas tersebut kerana mungkin ia telah tercemar disebabkan orang kafir menggunakannya untuk minum arak, makan babi dan sebagainya
- hukum menggunakan pakaian mereka dan yang seumpamanya adalah sama seperti hukum menggunakan bekas

~ PDF III akhawat - Kitab Fiqh Manhaji~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...