Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Hadith 40 (Kedua) & Peribadi (10.3.15)

[RINGKASAN PENGAJIAN HADITH 40 (KEDUA) & PERIBADI ]

TARIKH : 10.3.2015 (SELASA)
PENGISI : AZIZI JUSOH
KITAB : HADITH 40 & PERIBADI (OLEH DR HAMKA)
MASA : 4.00 – 6-00 PETANG
TEMPAT : QAAH BNU SINA



HADITH 40 (KEDUA)

“Orang Mukmin tidak semuanya harus pergi berperang, sebaliknya perlu ada sebahagian yang tinggal daripada mereka untuk mendalami ilmu agama supaya mereka yang pulang dari berperang dapat belajar daripada mereka” (Surah At Taubah : Ayat 122)
Agama terdiri drpd Islam, iman dan ihsan.


Hadis diriwayatkan daripada Saidina Omar, pada satu hari kami duduk bersama nabi, tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, rambut hitam tidak nampak padanya tanda orang musafir, dia menyandarkan dua lututnya pada lutut Nabi S.A.W dan meletakkan kedua telapak tangan pada peha Nabi S.A.W, lalu bertanyakan tentang 3 perkara : Islam, iman, ihsan dan kiamat serta tanda-tandanya.

Setiap orang yang beragama wajiblah mempelajari ilmu agama serta memahaminya supaya dapat beriktikad dan beramal dengan cara yang dikehendaki Allah taala.

Tidak diketahui bila datangnya hari kiamat, tetapi dapat dilihat tanda-tanda kehampiran hari kiamat.



PERIBADI (KARANGAN HAMKA)


Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang untuk membentuk peribadi:


1) Berani
- Luqman al-hakim berkata tidak dikenal orang itu melainkan pada 3 waktu :
  (a) Tidak diketahui samada seorang itu pemaaf atau tidak melainkan ketika dia marah.

    “Tidak sama kebaikan dengan kejahatan. Balas kejahatan dengan kebaikan, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia” (Surah fussilat: ayat 34)

  (b) Tidak dapat dikenal org yg berani melainkn pada waktu dia berjuang
  (c) Tidak dapat dikenal sahabat melainkan pada waktu susah.

2) Bijaksana.
- Timbulnya kebijaksanaan seseorang itu adalah disebabkn oleh ilmu, pengalaman, ketetapan hatinya   dan meletakkan sesuatu pada tempatnya / adil. Orang yang bijaksana berkata-kata dengan perasaan yang halus, fasih , dan kaya dengan bahasa.

3) Berpandangan baik.


4) Menyesuaikan diri / tawaduk (tahu kedudukan diri)


5) Percaya kepada diri sendiri
- Perkara yang melemahkan peribadi seseorang
  (a) Sentiasa dibayangi dgn bayang-bayang sendiri
  (b) Tidak tentu arah
  (c) Menumpang hidup pada orang lain

Antara yang menguatkan peribadi adalah
-Tanggungjawab
-Sabar


" Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"(Surah al-‘Asr : ayat 1-3)

Wallahu'alam

Selamat Menempuh Peperiksaan

Klik  gambar untuk paparan yang jelas
Semoga mahasiswa mahasiswi beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kelas Agama (terbaru) : Buku Tarbiyyatul Awlad fil Islam


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Bersyukur kepada Allah, kerana dikurniakan ulama yang cukup besar jasanya, iaitu Allahyarham Dr Abdullah Nasih Ulwan, beliau dianggap sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini. Dr Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah,himpunan dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk. Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah, Kitab Tarbiatul Awlad.

Kitab Tarbiyatul Awlad memberi penekanan terhadap pendidikan sebagai upaya untuk membangun sumber daya manusia memerlukan wawasan yang sangat luas, karena pendidikan menyangkut semua aspek kehidupan manusia, baik dalam pemikiran atau pengalamannya.  Manusia adalah makhluk yang memiliki unsur rohani yang mencakup dua segi kejiwaan, yaitu hakikat sebagai individu dan sebagai makhluk social. Dan satu hakikat lagi, yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain ialah, hakikat sebagai makhluk susila dan makhluk berketuhanan.

Kitab ini juga menerangkan tentang pendidikan berdasarkan hakikat manusia itu, didapati berbagai segi atau aspek pendidikan. Di antara aspek-aspek pendidikan tersebut adalah;
  1.  Pendidikan Budi Pekerti,
  2. Pendidikan kecerdasan,
  3. Pendidikan Sosial,
  4. Pendidikan Jasmani,
  5.  Pendidikan Seksual,
  6.  Pendidikan Agama, dan lain-lain.

Dalam kitab ini penulis juga akan membahas  aspek pendidikan yang sangat penting dalam kehidupan manusia yaitu pendidikan seksual. Banyak orang memandang kata seks merupakan kata yang tabu untuk diperbincangkan.Seks adalah sebuah topik yang paling kontroversial dalam masyarakat.Kabanyakan masyarakat kita memandang seks sebagai sesuatu yang menyeramkan, kotor, tabu, dan porno, dan tidak wajar dibicarakan  secara terbuka. Dengan segala perasangka dan kesalahan budaya yang disematkan pada seks, adalah penting dan mendesak bagi kita untuk mulai membicarakan dan membahas permasalahan ini guna menyingkirkan kebekuan dari pikiran-pikiran kita.

Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya.


The book is divided into 3 parts and will be as follows :

Part I 
Chapter 1 : The ideal marriage and its relationship to education
Chapter 2 : The psychological feelings towards children
Chapter 3 : General rules concerning the new-born baby
Chapter 4 : Causes and treatment of children's waywardness

Part II
Chapter 1 : The responsibility for faith education
Chapter 2 : The responsibility for ethical education
Chapter 3 : The responsibility for physical education
Chapter 4 : The responsibility for intellectual education
Chapter 5 : The responsibility for psychological education
Chapter 6 : The responsibility for social education
Chapter 7 : The responsibility for sexual education

Part III
Chapter 1 : Effective means of children's education
Chapter 2 : The basic principles of education
Chapter 3 : Necessary education suggestions


Pameran Buku Peringkat Antarabangsa Kali ke 42 di Kaherah


Untuk pengetahuan semua, pameran ini akan berlangsung pada 28/01/2010 sehingga 10/02/2010



Bagi sesiapa yang bermurah hati ingin memberi sumbangan bagi pembelian kitab-kitab sebagai rujukan Al-Fadhil Ustaz Salman B Maskuri (sedang mengambil Master dalam Bidang Tafsir Universiti Al-Azhar, merupakan tenaga pengajar Madrasah Imam Nawawi), bolehlah menyalurkan terus kepada ustaz atau melalui : 




   1. Wan Mohd Safwan B Wan Salleh (+2011 3576255,          wm_safwan@yahoo.com)


   2. Mazliana Bt Mazlan (+2014 5792979, mazl_e212@yahoo.com)




p/s : pelajar-pelajar perubatan kat Mesir banyak rezeki lebih, apa salahnya menyumbang ke arah perkara berfaedah :)

Pengenalan

Objektif:

  • mendedahkan dan memberi maklumat tentang segala kelas-kelas tafaqquh yang diadakan di Mesir terutamanya Madrasah Imam Nawawi
  • menyediakan audio kelas tafaqquh
  • menanamkan minat di kalangan pelajar sains kesihatan Mansurah untuk mendalami ilmu agama di samping mendalami ilmu perubatan/pergigian
  • tempat untuk memberi komen atau cadangan bagi meningkatkan ilmu agama di kalangan mahasiswa/wi Mansurah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...