Showing posts with label tauhid. Show all posts
Showing posts with label tauhid. Show all posts

Isteri-isteri Nabi SAW

Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW:

• Merupakan ibu-ibu orang beriman
• Wanita yang diredhai Allah
• Tidak boleh dikahwini oleh orang lain selepas kewafatan nabi

Penerangan Ringkas:-

1. Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq.

• Dikahwini oleh nabi pada bulan= Syawal,tahun ke-12 kenabian
• Umur Aisyah semasa berkahwin= 6 atau 7 Tahun
• Nabi bersama Aisyah pada bulan= Syawal, semasa umurnya: awal 9tahun dan 8 bulan lepas hijrah.
• Nabi wafat Semasa Aisyah berumur= 18 tahun.
• Aisyah mati pada= 56Hijrah di Baqi’ pada waktu malam semasa berumur 67tahun.


2. Hafsah Bt Omar Al-Farouk.

• Dikahwini oleh nabi pada bulan= Sya’ban
• Beliau pernah diceraikan oleh nabi kerana Hafsah bocorkan rahsia nabi kepada Aisyah kerana hubungan intim antara Aisyah dan Hafsah.
• Tetapi Hafsah dirujuk balik oleh nabi kerana beliau banyak puasa dan qiam, dan kerana Hafsah merupakan isteri baginda di syurga. (Hr Hakim)



MAIMUNA
22/2/2009
Rujukan dari kitab Nuruz Zolam

Perkara khusus bagi Nabi Muhammad SAW

Terdapat 4 jenis perkara yg khusus bagi Nabi s.a.w

1. Mubahaat : Perkara-perkara yang harus

Contoh:
a) Nabi s.a.w boleh meneruskan puasa dari siang ke malam.
b) Nabi s.a.w boleh mengeluarkan hukuman berdasarkan pengetahuan baginda sendiri tetapi seseorang hakim hendaklah mempunyai saksi dan bukti-bukti yang kuat bagi mengeluarkan hukuman

2. Muharramaat : Perkara-perkara yang haram

Contoh : a) Nabi s..a.w haram menerima sedekah

3. Wajibaat : Perkara-perkara yang wajib

Contoh : a) Nabi s.a.w wajib menunaikan solat dhuha, witir, melakukan ibadah korban, bersiwak sebelum solat dsb

4. Kelebihan dan kemuliaan

Contoh : Rasulullah s.a.w adalah:-

a) penutup sekalian nabi
b) penghulu segala anak Adam
c) orang yang pertama keluar dari bumi ketika dibangkitkan
d) nabi yang pertama memasuki syurga
e) orang pertama yang memberi syafa’at
f) diutus untuk semua makhluk
g) boleh kahwin tanpa wali,saksi dan mahar
i) isteri-isteri baginda tidak boleh dikahwini setelah kewafatan
baginda


Muhammad Hizamuddin
Kitab Nur az-Zalam pengajian pd 22 feb 2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...