Sirah Khulafa' ar-Rasyidin 3.0 - Saidina Umar al-Khattab (13.12.15)

[ Ringkasan: Sirah Khulafa Ar Rasyidin 3.0 – Saidina Umar al-Khattab ]

PENYAMPAI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 13 DISEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.15 - 5.00 PTG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA

Biodata Saidina Umar Al Khattab
Ø  Keturunan: Bani Adi 
Ø  Ciri-ciri: 
ü  Tinggi,
ü  Botak dibahagian depan kepala,
ü  Berkulit kuning,
ü  Janggutnya diinai. 
Ø  Sangat tawaduk orangnya.
Ø  Kehidupan beliau sangat sederhana.
Ø  Jarang ketawa dan tidak pernah bergurau dengan sesiapapun.
Ø  Jumlah anak saidina Umar adalah 13orang.
Ø  Memeluk Islam ketika berusia 27 tahun. 
Ø  Digelar Amirul Mukminin. 
Ø  Orang pertama yang membuat kalendar hijrah.
Ø  Mengumpulkan manusia untuk melakukan solat terawih berjemaah.
Ø  Merupakan khalifah yang paling banyak melakukan penaklukan dan yang pertama membina kota.
Ø  Khalifah pertama yang melaksanakan sistem bayaran gaji kepada tentera.

Kelebihan Saidina Umar: 
Ø  Mempunyai ilmu yang sangat tinggi.
Ø  Luasnya penyebaran islam ketika pemerintahan Saidina Umar.
Ø  Selalu menjadi pendamping Nabi Muhammad S.A.W.
Ø  Bijak menguruskan harta.
Ø  Merupakan sahabat yang selalu mendapat ilham dari Allah S.W.T . 
Ø  Saidina Umar dipilih untuk menggantikan Saidina Abu Bakar kerana agamanya yang mantap dan ilmunya yang banyak. 
Ø  Syaitan tidak akan lalu mana-mana jalan yang dilalui oleh Saidina Umar.



Wallahu’alam.

Sirah Khulafa' ar-Rasyidin 2.0 - Saidina Abu Bakar [6.12.15]

[RINGKASAN SIRAH KHULAFA’ AR-RASYIDIN 2.0 – SAIDINA ABU BAKAR]

PENYAMPAI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 6 DISEMBER 2015 
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA

Ø  Sikap Saidina Fatimah dan Ali r.a terhadap Abu Bakar r.a disebabkan masalah warisan Nabi s.a.w,
Ø  Abu bakar mengatakan yang beliau mendengar Rasullulah bersabda : “Kami tidak mewariskan dan apapun yang kami tinggalkan hakikatnya adalah sedekah dan sesungguhnya keluarga Muhammad mendapatkan nafkah makan mereka dari hasil harta ini”.
Ø  Sejak dari itu Fatimah memboikot dan tidak berbicara dengan Abu Bakar sehingga wafat.
Ø  Ali r.a tidak membaiat Abu bakar tetapi setelah kematian Fatimah, beliau berbaiat dengan Abu Bakar.
Ø  Ada riwayat mengatakan Abu Bakar meminta maaf kepada Fatimah sebelum wafatnya beliau.
Ø  Setelah kematian Rasulullah Abu Bakar memberi khutbah di hadapan kaum muslimin setelah dibaiat dan dikebumikan Rasulullah. Isi kandungannya banyak menasihati kaum muslimin
Ø  Setelah kematian Rasulullah banyak terjadi kacau bilau di Jurf, kelihatan banyak kemunafikan di Madinah , golongan tidak mahu bayar zakat dan banyak lagi.
Ø  Disebabkan banyak masalah yang berlaku, ramai yang mengusul kepada Abu Bakar untuk mundakan kebrerangkatan pasukan Usamah . Tetapi, Abu Bakar dengan tegas menolak saranan tersebut.
Ø  Pasukan usamah membawa kemashlahatan besar waktu itu kerana mereka (perkampungan arab) merasakan mereka memiliki pertahanan yang kuat di Madinah.
Ø  Abu Bakar menumpaskan golongan murtad dan orang-orang yang menolak membayar zakat.
Ø  Tepat pada bulan Jamadil Akhir tahun 11 H, Abu Bakar mengerahkan seluruh penduduk Madinah dan para pemimpin perbatasan untuk menyerbu orang-orang arab yang murtad sekitar Madinah ataupun turut membantu musuh yang sebelumnya menyerang madinah.
Ø  Abu Bakar telah membekali setiap panglima pasukan sepucuk surat kepada orang-orang murtad, dan memerintahkan setiap panglima berangkat dengan kelompoknya masing-masing.
Ø  Abu Bakar melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima perang dalam operasi menumpaskan golongan murtad.
Ø  Peperangan Buzaah dan penyerangan ke Bani Asad. Khalid dapat mengalahkan dua pasukan yang hebat iaitu pasukan Thulaihah dan pasukan Uyainah bin Hishn.
Ø  Utusan Bani Asad dan Ghathafan kepada Abu Bakar untuk meminta pendamaian. Abu bakar memberi dua alternative kepadanya iaitu pertama peperangan yang akan menghabisi mereka, kedua yang menghina mereka.
Ø  Abu Bakar mengutuskan Khalid al- Walid untuk memerangi bani Hanifah di Yamamah.
Ø  Khalid berjalan menuju Bani hanifah dan tiap kali melewati kaum yang murtad , ia pasti menghabisinya.
Ø  Khalid menyerbu mereka hingga lari bercerai-berai dan akhirnya Khalid berhasil mengeluarkan mereka dari Jazirah Arab.




Wallahu’alam.

Sirah Khulafa' ar - Rasyidin 1.0 - Saidina Abu Bakar [29.11.15]

RINGKASAN SIRAH KHULAFA' AR - RASYIDIN 1.0 - SAIDINA ABU BAKAR

PENGISI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 29 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.00 P.M
TEMPAT: QAAH IBNU SINA (QIS)

Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina  Uthman dan Saiyidina Ali merupakan khalifah selepas kewafatan Rasulullah yang dikenali sebagai zaman pemerintahan khulafa' ar-rasyidin. Di mana ketika itu Islam tersebar luas dengan penuh keizzahannya.

Mereka bukan sahaja hebat dalam urusan pemerintahan, namun mereka juga hebat dalam urusan agama sehingga mereka digolongkan antara sahabat yang dijamin syurga.

Abu Bakar As-Siddiq Sebagai Khulafa' Ar-Rasyidin Yang Pertama.

Ø  Cara bertemu dengan Nabi adalah melalui datuknya.
Ø  Ibu dan ayahnya berasal daripada Bani Taim
Ø  Gelarannya pada zaman jahiliyah adalah Atiq.
Ø  Mempunyai fizikal yang kurus, putih, anak mata yang hitam, berkening lebar dan selalu mewarnai janggutnya dengan inai.
Ø  Abu Bakar adalah lelaki pertama yang memeluk Islam ketika itu.
Ø  Saidatina Asma’ merupakan anak daripada isterinya yang pertama.
Ø  Hasil daripada pernikahannya dengan isteri kedua maka lahirlah Saidatina Aisyah dan Abdurrahman.
Ø  Beliau adalah orang yang paling banyak ilmu, dan umat ketika itu pasti tunduk dengan setiap kata-kata Abu Bakar.
Ø  Sahabat-sahabat berpendapat bahawa Abu Bakar adalah manusia kedua paling baik selepas Rasulullah.
Ø  Abu Bakar juga adalah sahabat yang paling dicintai Rasulullah.
Ø  Disirahkan bahawa Abu Bakar adalah orang yang paling banyak membebaskan hamba-hamba Musyrikin.
Ø  Beliau juga menyertai semua peperangan ketika itu, dan beliau adalah teman penghijrahan Nabi SAW.
Ø  Tempoh kekhalifannya selepas wafatnya Rasulullah berjalan selama 2 tahun 3 bulan. Beliau wafat pada hari Isnin malam Selasa, ketika berumur 63 tahun.
Ø  Pada hari kelima sebelum Rasulullah wafat, baginda telah memberi isyarat bahawa Abu Bakar yang akan menggantikan pemerintahannya.
Ø  Abu Bakar juga pernah mempertahankan hujah kepada isteri Rasulullah selepas kewafatan baginda yang didengarnya di kala mereka yang lain tidak mendengar bahawa "Para Nabi tidak akan mewariskan harta, tetapi harta itu menjadi sedekah."



Wallahu’alam.

Tafsir Surah Yaasin 4.0 (Ayat 54-83) [22.11.15]

RINGKASAN- TAFSIR SURAH YAASIN (AYAT 54-83)

PENGISI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 22 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


Nabi Muhammad S.A.W bersabda, : “Sebaik-baik kamu adalah siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.”

Pengajaran

Ø  Nilai umur kita dikira berdasarakan baiknya amalan kita.
Ø  Tidak satu kaum apabila mereka berhimpun mengingati  Allah S.W.T , melainkan Allah  berikan mereka pahala. Para malaikat akan melindungi mereka yang berada dalam majlis ilmu dan mereka akan diselebungi dengan rahmat serta diberikan ketenangan.
Ø  Pada hari kebangkitan, semua orang sama disisi Allah. Allah menilai manusia berdasarkan amalan mereka ketika di dunia.
Ø  Antara nikmat menjadi ahli syurga ialah dapat menikmati ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T, dapat merasai pelbagai jenis makanan dan minuman, mendengar muzik, dapat bermain bersama bidadari dan macam macam lagi sehingga mereka tiada masa untuk berfikir mengenai ahli neraka.
Ø  Di dalam syurga juga boleh meminta segala apa yang diingini nafsu dan dipandang indah oleh mata. Antara nikmat yang paling besar dalam syurga ialah apabila kita menerima ucapan salam daripada Allah S.W.T .
Ø  Kita hendaklah mengikuti jalan yang lurus iaitu jalan yang mengikuti nabi, jalan Islam yang sebenar.
Ø  Ketahuilah suatu masa nanti akan ada pemerintah-pemerintah yang akan menghukum kamu tidak mengikut apa yang kamu mahu. Jika kamu lawan mereka, kamu akan dibunuh.
Ø  Ayat al-Quran diturunkan pengubat hati orang-orang yang beriman serta azab untuk orang-orang kafir yang ingkar.
Ø  Allah S.W.T. telah menciptakan binatang-binatang ternakan seperti unta, lembu, ayam, kambing sebagai salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Ø  Sedangkan binatang pun boleh tunduk pada arahan manusia, kenapa manusia tidak mahu tunduk pada sesuatu yang lebih agung dari mereka iaitu Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,” Ketahuilah wahai manusia bahawa roda Islam ini sentiasa berpusing.”

Jadi, jika Islam berada di atas kita hendaklah sama-sama naik ke atas dan ketika Islam berada di bawah, kita tetap berada dengan Islam.




Wallahu’alam.

TRUST 3.0 : Ahdafuna Akhtar Qadayal Muslimin [15.11.15]

[RINGKASAN MATLAMAT KITA YANG PALING PENTING BAGI SITUASI UMAT ISLAM]

PENGISI : USTAZ ZAHANI BIN ABDUL GHANI
TARIKH: 15 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


 Istilah matlamat
1) Ahdaf: misi jangka masa yang pendek
2) Ghayyah: misi jangka masa yang panjang

Permasalahan utama dan matlamat terpenting dalam kehidupan Muslim
ü  Kejayaan mendapat redha Allah
ü  Kejayaan mendapatkan syurga Allah
ü  Terselamat daripada neraka dan murka Allah

 Permasalahan utama dan matlamat terpenting dalam peranan umat islam
ü  Perlu berperanan dalam menyebarkan Islam
ü  Berperanan dalam memimpin masyarakat manusia

Allah S.A.W berfirman :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS. 3:110).

 Matlamat yang paling agung dan mulia
ü  Menghambakan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya
ü  Menyampaikan dakwah dan risalahnya 
ü  Melaksanan manhaj yang telah disusun oleh Allah melalui perantara pesuruhnya
ü  Islam datang ke muka bumi ini untuk membebaskan manusia daripada menyembah hamba kepada menyembah Allah.

Timbangan dalam keutamaan matlamat
Berdasarkan timbangan dan kaedah yang tepat yang tidak didalangi hawa nafsu

1. Harus
2. Sunat –sunat muakkad dan sunat bukan muakkad
3. Fardu
Ø  Fardu kifayah- apabila seseorang telah menjalankan maka jatuh dosa yang lain
Ø  Fardhu ain – wajib pada setiap muslim
4. Haram
5. Makruh
6. Shubhah

Kefardhuan yang hilang
1. Khilafah Islamiyah
Dari ibnu khaldun: Khilafah ialah mengangkat secara menyeluruh, menghukum secara syarie pada masalah dunia dan akhirat , kerana hal keadaan dunia dan akhirat adalah kembali kepada Allah atau hokum syarie –memelihara agama dan mentadbir dunia degan agama.
2. Jihad 

3 sebab utama akan kefardhuan jihad
ü  Berjihad sehingga orang kafir tidak berkuasa ke atas orang islam dan tidak timbulnya fitnah di atas muka bumi ini dan menjadikan agama seluruhnya untuk Allah.
ü   Kefardhuan dalam membantu golongan muslimin yang lemah
ü  Mengembalikan tanah suci umat islam dan menentang musuh-musuhnya

Jalan merealisasikan matlamat tersebut
1. Membina individu muslim dengan menekan 10 muwasafat tarbiah
2. Membina keluarga muslim
3. Pembinaan masyarakat muslim


Wallahu’alam.



Tafsir Surah Yaasin 3.0 (Ayat 33-53) [8.9.15]

[ RINGKASAN TAFSIR SURAH YAASIN 3.0 (AYAT 33-53) ]
TAFSIR SURAH YASIN
PENGISI : USTAZ MUHMAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2015

SURAH YASIN AYAT 33-53

" Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus) . Kami hidupkan bumi itu dan kami keluarkan darinya biji-bijian, maka dari (biji-bijian) itu mereka makan". (Surah Yaasin : 33)

Pengajaran
Ø  Oleh itu, kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan hendaklah menjadi pengajaran kepada kita semua.
Ø  Kebesaran Allah untuk dipamerkan kepada manusia melalui turunnya hujan, bumi subur kembali dengan tanaman-tanaman contohnya kurma dan anggur.
Ø  Kenapa kurma dan anggur amat ditekankan di dalam Surah Yasin?
Kerana kurma dan anggur makanan yang berkualiti dan bermutu, tahan lama, berada di dalam negara Arab, dan kurma boleh digunakan untuk mengeluarkan zakat contohnya secupak tamar.
Ø  Kita hendaklah sentiasa bersyukur untuk berterima kasih kepada Allah swt.
Ø  Kita tidak boleh mendabik dada dengan nikmat Allah kerana itu adalah pinjaman yang sementara sahaja.
Ø  Kejayaan sesuatu kaum bukan bergantung kepada material tetapi sangat bergantung kepada pegangan agama, contohnya Mekah kini menjadi salah satu tempat terpenting di dunia disebabkan pegangan agama Islam yang kuat oleh umatnya.
Ø  Semua di dunia ini diciptakan berpasangan termasuk tumbuhan, haiwan, bahkan atom dan cas-cas positif dan negatif juga yg terdapat di alam ini.
Ø  Pertukaran malam dan siang menunjukkan matahari sendiri berputar pada paksinya dengan mematuhi kuasa Pencipta, dan turut sujud kepada Allah.
Ø  Bulan juga beredar mengikut ketetapan Allah, dan penting untuk menkaji bila tibanya bulan Ramadhan.
Ø  Kita haruslah bersedekah seperti yang ditekankan dalam al-Quran.
Ø  Kita haruslah sentiasa bersedia untuk mati, kerana hari kiamat itu adalah rahsia iaitu diceritakan datang secara tiba-tiba dengan pekikan malaikat ketika makhluk bumi berurusan dunia contohnya jual beli. Celakalah untuk orang kafir yang tidak sempat bertaubat terkena azab Allah.
Ø  Ingatlah, kiamat itu hanya dengan satu sangkakala sahaja daripada Allah swt.



Wallahu’alam.

TRUST 2.0 : Sohwah Islamiyah [18.10.15]

RINGKASAN TRUST 2.0: SOHWAH ISLMIYAH

TARIKH: 18 OKTOBER 2015
MASA: 3.30-5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA
PENYAMPAI: USTAZ NOR MOHD FIRDAUZ BIN MUSTAFA


          Kebangkitan Islam ialah perkara terhebat dimiliki oleh umat Islam pada hari ini.  Bukanlah harta atau pangkat  perkara  terhebat dimiliki oleh kita akan tetapi ianya pemuda berjiwa revolusi khususnya pemuda yang mahukan Islam.
          Terdapat 2 sebab hilangnya kesedaran dalam diri seseorang itu. Pertama ialah, sebab dalaman. Sebab dalaman adalah seperti kemelesetan atau kemunduran yang melanda umat daripada kegagalan akibat kemunduran zaman dan salah faham mengenai Islam dan pelaksanaanya. Sebagai contoh, kita mempunyai 90 orang tentera dan musuh kita mempunyai hanya 50 orang tentera dan kita pun akan menganggap mudah sahaja untuk menjatuhkan musuh tersebut. Hal ini salah kerana kita sepatutnya lebih berhati hati kerana dalam 90 orang tentera yang kita miliki itu, belum tentu lagi mereka mempunyai kesetiaan terhadap kumpulannya. Bak kata pepatah, “musuh dalam selimut”. Sebab-sebab dalaman seperti inilah yang menyebabkan hilangnya kesedaran dalam diri.
          Kedua ialah sebab luaran. Sebab luaran adalah seperti gerakan penjajah yang menguasai Negara islam. Ianya adalah sebuah bencana yang tidak dapat ditentang. Bahayanya bukan sahaja penjajah menguasai bumi umat Islam akan tetapi mereka cuba menjajah akal (pemikiran), jiwa rakyat, perasaan, kehidupan dan akhlak.
          Antara peringkat-peringkat kebangkitan yang perlu diwujudkan ialah peringkat pemikiran. Contohnya, terpengaruh dengan pemikiran lain secara mutlak dan pemikiran justifikasi. Justifikasi ialah suatu alasan yang kuat untuk menjadikan sesuatu perkara wajar dilakukan. Misalnya, amalan riba hukumnya haram dalam islam tetapi mereka mahu melaksanakan dan beralasan bahawa amalan riba yang diharamkan Islam ialah amalan riba pada zaman jahiliyah dan bukannya amalan riba pada zaman ini.
          Peringkat seterusnya ialah kebangkitan emosi. Ianya bukanlah bermakna bangkit daripada tidur akan tetapi bersandarkan kepada asal makna kebangkitan pada bangsa Arab iaitu “kebangkitan dari hati dan perasaan”. Pemikiran manusia bukan hanya untuk terdiri daripada akal sahaja akan tetapi meliputi hati dan perasaan. Selain emosi, terdapat juga kebangkitan amal dan akhlak, kebangkitan wanita muslimah, kebangkitan antarabangsa dan kebangkitan pemuda.
          Kita tidak gusar dan bimbang dengan kekuatan asing dan dalaman yang menentang kebangkitan Islam akan tetapi kita bimbang akan kemunculan gerakan atau gelombang yang mungkin boleh merencatkannya. Antara gelombang tersebut ialah gelombang pelampau dan sesat, gelombang perpecahan, dan gelombang akan tenggelam kerana siasah (politik).
          Umat Islam mestilah memahami Islam dengan makna yang meluas dan tidak menyempitkan pengertian Islam hanya dalam masalah berkaitan perkara khilafiah (perbezaan pendapat) atau masalah cabang (furu’) seperti masalah menyimpan janggut,memakai pakaian yang pendek dan perbahasan menegenai aurat wanita mencakupi tangan dan muka. Islam bukan hanya tertumpu pada sesetengah bidang sahaja akan tetapi mencakupi seluruh aspek kehidupan. Golongan Mutasyaddidun( ekstrimis/ pelampau) merupakan golongan yang bahaya kerana mereka menyebabkan pengertian Islam yang syumul disempitkan.


Wallahu’alam.

Tafsir Surah Yaasin 2.0 (Ayat 13 - 23) [1.11.15]

RINGKASAN- TAFSIR SURAH YAASIN 2.0 (AYAT 13-32)

PENYAMPAI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 1 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


          Allah S.W.T datangkan sebuah kisah yang menarik bermula ayat ke 13 iaitu kisah Sohibul Yaasin. Kisah ini berlaku ketika zaman Nabi Isa. Pada suatu hari, Nabi Isa menghantar 2 orang rasul ke satu tempat yang dinamakan Anthotiyah. Anthotiyah merupakan salah satu tempat yang ada di Syria. Dalam perjalanan ke sana, 2 orang rasul ini berjumpa dengan seorang pengembala kambing yang bernama Habibul An-Najar. Habibul An-Najar inilah yang digelar sebagai Sohibul Yaasin ( tuan kepada yaasin).
          Semasa berjumpa dengan Habibul An-Najar, 2 orang rasul menyatakan bahawa mereka adalah rasul yang dihantar oleh Allah S.W.T, jadi berimanlah dengan Allah S.W.T. Lalu Habibul An-Najar menjawab, jika benar kamu berdua adalah rasul, apakah bukti kerasulan yang kamu ada. 2 orang rasul tersebut pun menjawab, “ Kami boleh menyembuhkan penyakit” . Maka Habibul An-Najar pun membawa 2 orang rasul ini ke rumahnya. Dia mempunyai seorang anak yang sakit mata. Apabilah rasul tersebut merawat dan menyembuhkan mata anaknya, Habibul An-Najar pun memeluk islam.
          Selepas itu, 2 orang rasul tersebut masuk ke negeri Anthotiyah untuk menyebarkan dakwah. Terdapat pelbagai halangan semasa 2 rasul tersebut ingin berdakwah menyebarkan Islam. Pada suatu hari, 2 orang rasul tersebut ditangkap oleh Raja negeri tersebut. Lalu Nabi Isa menghantar seorang lagi rasul ke negeri Anthotiyah. Tetapi rasul yang ketiga ini dihantar dalam keadaan menyembunyikan kerasulannya. Rasul yang ketiga ini pun turut merawat dan menyembuhkan penyakit masyarakat di negeri itu. Rasul tersebut menjadi terkenal sehinggakan beliau dijadikan sebagai orang kenamaan iaitu orang kanan Raja Anthotiyah.
          Lama-kelamaan, rasul yang menyembunyikan kerasulannya ini berkata kepada raja, “ Wahai raja, aku mendapat tahu bahawa sebelum ini kamu menahan 2 orang yang mengaku mereka sebagai nabi. Apa sebab kamu menahan mereka?” Raja berkata, “ Aku menahan mereka tanpa sebab” . Kemudian Rasul tersebut berkata lagi, “Wahai raja , apa kata kamu tanya apa masalah mereka”. Lalu, 2 orang rasul yang ditahan itu pun dihadapkan berjumpa Raja.
          Dua orang rasul tersebut memberitahu Raja tersebut mengenai mukjizat yang mereka miliki. Raja tersebut teringat akan satu peristiwa dimana ada seorang budak telah meninggal dunia lalu raja itu menyuruh rasul - rasul ini menghidupkan kembali budak itu dan tanya kepada budak itu. Mereka melakukannya seperti yang Raja itu inginkan. Dengan kuasa Allah S.W.T, mayat budak itu dihidupkan.
          Raja tersebut pun bertanya kepada budak itu, “ Wahai budak , apa yang engkau dapat selepas kau mati?”. Budak itu berkata,” Wahai raja, aku mendapat azab yang pedih daripada Allah S.W.T disebabkan aku kufur kepadaNya, tetapi aku diselamat oleh Allah S.W.T apabila datangnya seorang utusan kepadaku”. Utusan yang menyelamatkan budak itu adalah rasul yang ketiga tersebut. Raja berasa sangat marah lalu membunuh nabi ini. Berita pembunuhan ini tersebar, lalu Habibul An-Najar datang memberi dakwah dan hujah-hujahnya sehingga beliau pun terbunuh.

PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL DARIPADA KISAH INI IALAH :
1)    Allah S.W.T meninggalkan kepada kita Al-quran untuk mempelajari cara berdakwah yang benar. 
2)    Rasul yang dituskan adalah dari kalangan manusia juga supaya kita tidak manafikan rasul tersebut. Kebiasaannya, Rasul-rasul tersebut diberi mukjizat kepada mereka mengikut kaum, atau keadaan masyarakat di kawasan tertentu.
3)    Pemerintah yang zalim atau rakyat kalah semasa berhujah dengan pendakwah, mereka akan memberi ancaman kepada para pendakwah. 
4)    Kesialan/ kecelakaan sebenarnya apabila mereka mengikuti kekufuran
5)    Golongan yang menang akan ada dalam setiap zaman, walaupun golongan yang kecil. 
6)    Mereka yang ada kebenaran, perlu zahirkan kebenaran itu. 
7)    Orang yang mati syahid, berharap mereka dapat kembali kedunia untuk memberitahu betapa nikmatnya berada dalam syahid.


Wallahu'alam


Fikah Perubatan : Ibadah Pesakit [4.10.15]

RINGKASAN FIKAH PERUBATAN: IBADAH PESAKIT

PENGISI : DR MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL HADI
KITAB: FIKAH PERUBATAN : IBADAH PESAKIT
TARIKH: 4 OKTOBER 2015
HARI : AHAD
MASA : 3.45 – 5-45 PETANG
TEMPAT : QAAH BNU SINA



Kepentingan Ibadah Solat

Solat merupakan tunjang dan lambang yang menjadi penenang jiwa, penghibur hati dan penghubung antara hamba dengan Allah s.w.t . Sakit bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang tidak menunaikan solat melainkan jika sakit itu menyebabkan seseorang itu berada pada tahap di luar dari paras kesedaran.

Kewajipan bersolat tidak akan gugur daripada seseorang mukallaf dalam apa jua keadaan.


Mukallaf :
1. Orang yang baligh
2. berakal
3. Telah sampai kepadanya seruan Islam.


Ciri-Ciri Individu Mukallaf Yang Wajib Menunaikan Solat
1. Muslim
2. Mencecah usia baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas


Syarat-Syarat Sah Solat
1)      Dilakukan dalam keadaan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
2)      Dilakukan dalam keadaan suci daripada hadas besar dan kecil.
3)      Dilakukan dalam keadaan menutup aurat iaitu diantara pusat dan lutut bagi lelaki dan seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan serta belakangnya bagi wanita .  bahagian dagu juga dikira aurat bagi wanita.
4)      Dilakukan dalam keadaan menghadap qiblat.
5)      Dilakukan setelah masuk waktu


Panduan Bersuci Daripada Najis

MENYUCIKAN NAJIS PADA KEMALUAN:
1)      Sebaiknya pesakit menggunakan air untuk menghilangkan najis jika mampu berbuat demikian

2)      Jika tidak mampu menggunakan air atau tidak mahu menggunakannya e.g batu atau tisu kesat yang kering, boleh menggunakan bahan-bahan lain yang suci , kering dan kesat dn bukan suatu yang ada kehormatannya seperti makanan atau mushaf Al-Quran.

MENYUCIKAN NAJIS PADA ANGGOTA YANG LAIN
1)      Bahagian yang terkena najis hendaklah disucikan dengan air dan tidak memadai jika hanya dilap sahaja.

2)      Jika tidak boleh menggunakan air, najis yang ada pelu dibersihkan dan dikurangkan kuantitinya sekadar kemampuan. Setelah itu sucikan diri daripada hadas dan tunaikan solat fardhu sahaja sebagai menghormati waktu. Perlu diqadhakan setelah pulih mengikut mazhab syafie.

3)      Pesakit yang tidak mampu menghilangkan najis pada tubuh badan boleh memilih untuk solat seperti biasa dengan kewujudan najis mengikut pandangan mazhab Maliki. Solat yang dilakukan ini sah serta tidak perlu diulang.


Panduan Bersuci Daripada Hadas Kecil
Cara bersuci daripada hadas kecil ialah dengan berwudhu atau bertayamum bagi mengharuskan solat.

Wuduk ialah menggunakan air yang suci lagi menyucikan pada empat anggota iaitu muka, tangan , kepala dan kaki dengan cara yang tertentu menurut syarak.

Panduan Berwuduk
1)      Membasuk muka
2)      Membasuh tangan
3)      Menyapu kepala
4)      Membasuh kaki

Setiap anggota wuhu yang mesti dibasuh adalah tidak memadai jika hanya disapu dengan air dan pastikan air mengalir di atas anggota yang dibasuh sebelum diratai di semua bahagian anggota tersebut.

Panduan Bertayammum
Tayammum ialah menyapu muka dan dua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih atau bahan lain yang boleh digunakan mengikut syarat-syarat yang tertentu

Cara Bertayammum Menggunakan Debu Tanah
1)      Menepuk dua tapak tangan pada debu tanah kali pertama untuk menyapu muka
2)      Menyapu muka
3)      Membunag debu yang telah digunakan
4)      Menepuk dua tapak tangan ke debu tanah pada kali kedua untuk menyapu kedua tangan
5)      Memindahkan debu tanah
6)      Menyapu bahagian tangan kanan sebelah belakang tapak tangan kanan dengan mengggunakn empat perut jari tangan kiri (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7)      Menyapu bahagian tangan kanan sebelah hadapan dari siku hingga ke hujung ibu jari dengan menggunakan debu tanah pada tapak tangan kiri dan ibu jari tangan kiri menyapu belakang ibu jari tangan kanan.
8)      Menyapu bahagian tangan kiri sebelah belakang tapak tangan kanan dengan mengggunakn empat perut jari tangan kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
9)      Menyapu bahagian tangan kiri sebelah hadapan dari siku hingga ke hujung ibu jari dengan menggunakan debu tanah pada tapak tangan kiri dan ibu jari tangan kiri menyapu belakang ibu jari tangan kiri.


Wallahu'alam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...