Madrasah Imam Nawawi
Showing posts with label feqah. Show all posts
Showing posts with label feqah. Show all posts

Fikah Korban [20.9.15]

[RINGKASAN FIKAH KORBAN]

TAJUK : FIKAH KORBAN
PENGISI : DR. MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL HADI
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2015
MASA : 4.15 PETANG
TEMPAT : QA'AH IBNU SINA (QIS)





Diriwayatkan dalam hadis Imam Al-Bukhari Rahimahullah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Tidak ada hari di mana amal soleh itu lebih dicintai oleh Allah S.W.T selain pada 10 hari terawal Zulhijjah."

Ibadah korban bermaksud :
Perbuatan seseorang yang bersifat hamba melakukan pengorbanan dari segi jiwa dan harta demi mendapat ganjaran pahala dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ø  Hari Raya Aidiladha lebih besar dan lebih istimewa berbanding Hari Raya Aidilfitri.
Ø  Ibadah korban yang kita lakukan pada hari ini berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
Ø  Peristiwa korban ini berlaku pada 10 Zulhijjah. Tidak sah jika dilakukan sebelum solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Pengertian Korban Dari Segi Syarak :
Menyembelih binatang ternakan tertentu yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu, kambing, kerbau dan biri-biri pada hari raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12, & 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T mengikut syarat-syarat tertentu.

Hikmah Korban :
1.Meningkatkan ketaatan kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T.
2.Menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
3.Melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T.

Dalil disyariatkan korban : "Maka solatlah (dengan ikhlas) kerana Tuhanmu serta laksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur" (Surah Al-Kauthar: Ayat 3)

Ø  Daging dan darah binatang korban tidak sesekali sampai pada Allah S.W.T, tetapi yang sampai pada Allah S.W.T adalah amalan yang ikhlas berdasarkan takwa dan ibadah daripada kamu.

Fadilat Ibadah Korban :
1. Mendatangkan amal kebajikan kepada seseorang.
2. Nabi Muhammad S.A.W pernah meminta Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri ibadah korban yang dilakukan.
3. Sunat untuk orang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban untuk melihat sendiri haiwan yang disembelih.

Hukum Melakukan Ibadah Korban :
1. Sunat yang dituntut (Terutama kepada mereka yang sudah cukup syarat) : Islam, baligh, berakal, berkemampuan.
2. Wajib : Andai seseorang sudah bernazar untuk berkorban pada tahun tersebut. Orang yang melakukan ibadah korban dan tanggungannya tidak boleh memakan daging tersebut.
3. Makruh : Kepada perempuan untuk melakukan sendiri penyembelihan korban.
4. Haram : Sekiranya melakukan ibadah korban selain kepada Allah S.W.T.

Sunnah Dalam Ibadah Korban :
Pemilik binatang korban disunatkan untuk tidak mencukur rambut dan bulu serta tidak memotong kuku menjelang 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban.

Wakil Untuk Melakukan Ibadah Korban Disunatkan Untuk :
1. Membaca bismillah
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4. Bertakbir sebelum dan selepas membaca bismilah.
5. Niat untuk berkorban.
6. Menajamkan pisau
7. Melepaskan ikatan pada kaki binatang tersebut selepas disembelih.

Kategori Binatang Korban (Al - An'am)
Terdapat dua pendapat ulama :
1. Yang paling afdal, haiwan yng paling banyak daging
2. Haiwan yang paling afdal adalah biri-biri.

Hukum Korban Binatang Yang Cacat : Tidak sah.
Contoh: Buta, berpenyakit, tempang kaki, terlalu kurus dan kecacatan yang lain.

Hukum Kasi Binatang : Harus kepada penternak sekiranya dia bertujuan untuk mendapatkan daging yang banyak.

Hukum daging korban :
1. Hasil daripada binatang tersebut (kulit, kepala dan lain-lain) haram dijual.
2. Haram kepada pemilik untuk menjadikan daging korban itu sebagai upahan kepada wakilnya yang menyembelih.

Hukum Memakan Daging Korban Bergantung Pada Jenis Korban Yang Dilakukan :
1. Korban wajib
2. Korban sunat

Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Kafir :
1.Kafir zimmi : Boleh menerima dan memakan daging korban. Akan tetapi lebih baik diutamakan kepada orang Islam.
2.Kafir harbi : Haram hukumnya untuk menerima dan memakan daging korban.


Wallahu'alam.


Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:

Audio : Fiqh Wanita ( 30 Mac 2013 )




Pengajian Feqh Wanita ( Menyingkap persoalan haid, nifas dan istihadah dan sebagainya )




Penyampai: Ustazah Faiznur binti Mohamad Tarmizia
Kitab: Ihatah
Tarikh: 30.03.2013
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 - 8.30 am
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tir'ah)
Anjuran: Madrasah Imam Nawawi - Biro Pembangunan  Insan PERUBATAN


:: MENARIK DI DALAM ::
  • Definisi haid
  • Hukum mempelajari ilmu mengenai haid, nifas, istihadah dan wiladah
  • Jenis dan warna haid mengikut mazhab Imam Syafi'e
  • Tempoh minima dan maksima haid mengikut mazhab Imam Syafi'e
  • Apakah yang dimaksudkan dengn tempoh suci yang diselangi hari-hari haid
  • Hukum dan syarat pengambilan ubat bagi menghalang dan mempercepat kedatangan haid

Link ceramah ini boleh didapati di sini Klik di sini
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: Audio Kuliah, feqah No comments:

Diskusi Kitab Musim Panas

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah, iklan, tasawuf 1 comment:

Tinggal Solat Yang Tidak Dikira Berdosa

Dua keadaan yang dibenarkan:
1.tidur.
2.terlupa.

-Tertinggal solat kerana tidur.

1.masa mula tidur:
a) tidur SEBELUM masuk waktu:
-iaitu seseorang yang tidur sebelum masuk waktu dan tidurnya terlajak sehingga habis waktu solat.
-hukum : tidak dianggap berdosa dan tidak perlu qada' solat dengan segera.

b) tidur SELEPAS masuk waktu:
-jika tidur selepas masuk waktu dan merasakan dapat bangun sebelum waktu solat habis.tetapi tidurnya terlajak sehingga habis waktu.
-hukum:tidak berdosa dan tidak perlu qada' dengan segera.

-jika tidur selepas masuk waktu dan tidak pasti dapat bangun sebelum waktu solat habis dan dia bangun selepas waktu telah habis.
-hukum:- 2 dosa (dosa tidur dan dosa tinggal solat)
-WAJIB qada' solat dengan SEGERA.(jika lambat maka berdosa).

hasil pengajian kitab nail raja 26 / 12/09

nabil
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:

Nifas





Menurut kajian yang dilakukan oleh Imam Syafie terhadap wanita pada zamannya adalah seperti berikut:


1.tempoh:
a) paling singkat :sesaat
b) paling lama :60 hari
c) kebiasaan :40 hari
d) lebih dari 60 hari :dikira darah istihadah.



2.kuantiti:paling sedikit ialah sekali keluar.



3.masa keluar:samada malam atau siang.



4.mula keluar:
a) mestilah dalam masa 15 hari selepas kelahiran.baru dikira sebagai darah nifas.
b) jika selepas 15 hari : dikira sebagai darah haid.




5.ukuran suci daripada nifas:
a) 15 hari pertama : jika tidak keluar dalam tempoh ini maka dikira suci dari nifas kerana darah yang keluar selepas dari tempoh ini dikira sebagai haid.


b) 15 hari dalam tempoh 60 hari : apabila darah keluar dalam masa 15 hari pertama maka perempuan itu dikira bernifas.tetapi jika dalam tempoh 60 hari(maksimum) terdapat 15 hari yang tidak keluar darah maka dianggap sudah suci dari nifas dan darah lepas tu dikira haid.


cth:seorang wanita melahirkan anak pada 1 dis 2009.
1dis-4dis : darah tidak keluar.
5dis-10dis : darah keluar.darah ini dikira sebagai darah nifas kerana keluar dalam masa 15 hari.
11dis-17dis : darah tidak keluar.perempuan ini belum dikira suci lagi kerana tempoh minimum suci ialah 15 hari.
18dis-20dis : darah keluar semula.darah ini dikira darah nifas.dikira darah nifas.
21hb-4hbjan2010(15 hari) : darah tidak keluar.wanita ini dikira suci dari nifas.


p/s: kalau susah nak paham, pegi kelas la senang ; tanya. ilmu haid nifas ni wajib bg semua akhawat. percuma je.


hasil pengajian kitab nail raja 26 / 12/09


nabil

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:

Pandangan Kepada Perempuan



1.Melihat perempuan yang bukan mahram tanpa ada keperluan
-hukumnya adalah haram sama ada bernafsu atau tidak.


2.Melihat isteri atau hamba perempuan.
-boleh melihat semua anggotanya kecuali sabahagian ulama mengatakan makruh melihat bahagian kemaluan,adapun memegangnya (istimta’) adalah sunat.


3.Melihat perempuan yang merupakan mahramnya atau hamba perempuannya yang telah berkahwin dengan lelaki lain.
-harus pandang anggota selain antara pusat dan lutut.


4. Melihat kerana ingin berkahwin.
-harus pandang muka dan kedua tapak tangan.
-melihat perempuan sebelum ade hubungan pertunangan lebih disunatkan dari selepas bertunang.
-boleh melihat walaupun tanpa pengetahuan perempuan tersebut.


5.Melihat kerana ingin mengubati.
-harus pandang di tempat-tempat yang perlu untuk diperiksa jika tidak ada doktor dari jantina yang sama.


6.Pandangan untuk tujuan penyaksian.
-seperti dalam proses pengecaman penjenayah.


7.Melihat kapada hamba perempuan yang ingin dibeli.
- harus melihat tempat-tempat yang dikehendaki kecuali di antara pusat dan lutut.




Nur
Kitab : Matan Abi Syuja’
Tarikh Pengajian : 27/3/2009 & 3/4/2009
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:

Solat Jumaat

WAJIB solat jumaat kepada yang mempunyai ciri2 berikut :

- Mukalaf

- Lelaki

- Merdeka

- Bermukim

- Sihat


WAJIB juga kepada


1. Orang uzur yang sudah berada di masjid apabila sudah masuk waktu solat jumaat dan tidak sukar baginya untuk menunggu


2. Orang yang mendengar azan kecuali yang bermusafir pendek atau panjang ( Tak wajib bagi yang tak dengar azan. Cth : Orang Islam yang tinggal di Negara bukan Islam dan jauh dari masjid sehingga tidak dengar azan )


HARAM bermusafir selepas subuh hari Jumaat kecuali :

1. kalau dia berhenti untuk solat Jumaat dalam perjalanannya , atau

2. Susah baginya kalau tidak musafir ketika itu kerana rakan musafirnya akan meninggalkannya.


SUNAT solat zohor bersama jemaah pada hari jumaat jumaat kepada orang tidak pergi solat jumaat dan mempunyai sebab yang dibenarkan. Ia ada dua keadaan :

1.bagi perempuan tidak mengapa menzahirkan solat zohornya secara berjemaah kerana uzurnya/keperempuanannya diketahui, tetapi

2.bagi musafir tidak boleh menzahirkan solatn zuhur berjemaah kerana uzurnya/musafirnya tidak diketahui


Sesiapa yang tak wajib solat jumaat SAH solat zohornya dari awal sehingga habis waktu zohor, tetapi


Sesiapa yang wajib solat jumaat, TIDAK SAH solat zohornya kecuali selepas imam solat jumaat bagi salam.


SUNAT bagi orang yang mengharapkan hilang keuzuran ( orang sakit ) untuk melewatkan solat zohor sehingga selesai solat Jumaat


Syarat tambahan :

1.Dibuat pada waktu zohor. Tidak boleh mengqada’ solat jumaat

2.Didirikan di satu kawasan Bandar atau Kampung. Cth : Apabila seorang raja melarikan diri bersama tenteranya dan berhenti pada satu kawasan untuk dibangunkan, maka tidak boleh baginya menunaikan solat jumaat di kawasan itu kerana masih belum dibangunkan atau tidak mencukupi ciri – ciri kampung/Bandar.

3.Tidak boleh ada 2 solat jumaat dalam satu kawasan kecuali kalau terdapat kesusahan jika kumpul satu tempat. Cth : Mesir kerana bilangan penduduknya ramai.

4.Ditunaikan dalam jemaah sekurang – kurangnya 40 orang lelaki, mukalaf, merdeka dan bermastautin di kawasan itu. Jika kurang dari 40 orang maka jadilah solat zohor bukan solat jumaat.


Bilangan jemaah solat jumaat mengikut mazhab :

Mazhab Syafie : 40 orang

Mazhab Maiki : 12 orang

Mazhab Hanafi : 3 orang


Perbezaan mastautin dan mukim :

- Bermastautin : Orang yang menetap pada satu tempat dan tidak meninggalkan kawasan kecuali jika perlu. Cth : Musim panas dan musim sejuk menetap di Kaherah

- Bermukim : orang yang selalu berpindah. Cth : Musim panas menetap di Iskandariah tapi musim sejuk menetap di Kaherah.
Bermukim mewajibkan solat jumaat tetapi tidak dikira dalam 40 org yang menjadi syarat sah bilangan jumaat. Bermustautin yg wajib dan dikira dlm 40 org bilangan solat jumaat.

Hamba, musafir, dan budak HARUS menjadi imam sekiranya jemaah lebih dari 40 orang. Cth :

- 41 orang termasuk budak, maka boleh budak menjadi imam.

- 40 orang termasuk budak, maka tidak boleh budak menajdi imam.

  1. Dua khutbah sebelum solat jumaat.


Rukun khutbah :

- Alhamdulillah ( khutbah 1 dan 2 )

- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW( khutbah 1 dan 2 )

- Pesanan untuk bertakwa kepada Allah( khutbah 1 dan 2 )

- Sepotong ayat quran yang difahami ( khutbah 1 atau 2 )

- Doa untuk orang – orang Islam ( khutbah ke – 2 )


Syarat khutbah :

- Berdiri bagi yang mampu.

- Dalam bahasa arab (rukun)

- Selepas gelincir matahari ( waktu zohor )

- Duduk diantara dua khutbah dengan tenang

- Sekurang – kurangnya 40 orang kena dengar rukun khutbah tadi.

- Berturut – turut diantara 2 khutbah dan diantara solat dan dua khutbah.

- Bersih dari hadas kecil dan besar

- Bersih dari najis

- Menutup aurat



Artikel Bersambung…


Kitab Minhajul Qawim
Pengajian pada 17/ 4/09
IjAk



Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah 2 comments:

Solat Qasar



Diharuskan solat qasar:


1.Safar yang panjang.(2 marhalah ke atas) 82 km


2.Safar yang harus.(bukan bertujuan maksiat)

Kaedah fiqh
“Rukhsah-rukhsah tidak berkait dengan maksiat”


3.Solat qasar untuk solat fardu zuhur,asar dan isyak.


4.solat tunai atau qadha
-boleh qasar sekalipun melepasi kawasan tempat tinggal ketika waktu solat hampir habis(waktu yang tinggal sekadar solat satu rakaat)
-Solat qasar dilakukan setelah keluar dari kawasan.
-solat yang tertinggal masa musafir boleh diqasarkan semasa musafir yang sama atau musafir yg akan datang.
-tidak boleh mengqasarkan solat ketika tidak musafir , samaada ia ditinggalkan semasa musafir atau tidak.
-tidak boleh mengqasarkan solat yang tidak pasti ditinggalkan semasa musafir atau bukan musafir
.

Bermulanya safar


-Keluar dari pagar bagi tempat-tempat berpagar.
-Melepasi bangunan-bangunan dan rumah-rumah.


Penghujung safar

-Telah sampai ke pintu gerbang,pagar-pagar,bangunan –bangunan
-Ubah niat untuk kembali ke tempat asal.
-Telah sampai ke tempat yang diniatkan untuk menetap secara mutlak atau 4 hari cukup selain hari sampai dan hari bertolak balik.
-Selagi hajat belum selesai dan tidak pasti bila akan selesai.(tidak melebihi 18 hari)
-tidak boleh qasar bagi orang yang bermusafir tanpa tujuan.


Syarat-syarat qasar


1.tahu hukum qasar adalah harus.
2.tidak berimam dengan imam yang solat sempurna
3.tidak berimamkan imam yang tidak pasti dia musafir atau tidak
4.niat solat qasar semasa takbiratul ihram.
5.berkekalan safar dari mula solat hingga selesai solat.



NUR
Rujukan:kitab minhajul qawim 3/4/2009
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:

Tayammum

Sebab-sebab membolehkan tayammum

1.Tiada air

2.Sakit

3.Air diperlukan kerana dahaganya haiwan yang dihormati(manusia atau binatang)



6 Manusia atau haiwan yang tidak dihormati:

-orang yang tidak solat

-orang yang berzina

-murtad

-kafir harbi (memerangi Islam)

-anjing ganas

-babi



Syarat-syarat Tayammum

1.Dengan tanah

2.Tanah yang bersih

3.Tanah yang belum digunakan untuk tayammum

4.Tidak bercampur dengan tepung

5. Tanah diambil dengan niat tayammum.

6.Guna 2 pukulan iaitu satu pukulan untuk muka dan yang kedua untuk tangan

7.Perlu hilangkan najis dahulu

8.Tahu qiblat sebelum tayammum

9.Masuk waktu terlebih dahulu

10.Tayammum untuk setiap waktu



NUR
Rujukan:kitab nail raja’21/2/09
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:

Mengumpat

Mengumpat adalah haram. Firman Allah swt:

"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." (12 : al-Hujjurat)

Dalil-dalil tentang mengumpat

1. Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )
Hadis ini menunjukkan kepada definasi mengumpat.


2. Satu ketika, Aisyah mengumpat isteri Nabi Muhammad SAW ( Sofia), “ Dia itu pendek. ” . Maka Nabi bersabda, “Kamu telah menyebut perkataan yang mana sekiranya ia bercampur dengan air laut nescaya akan berubah air laut itu. ” (Hr Abu Daud dan Baihaqi)


3. Daripada Ibnu Mas’ud, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba bangkit seorang lelaki dan meninggalkan majlis. Ada seorang lelaki lain mengumpatnya. Maka Rasul berkata kepada lelaki itu, “ Bersihkan.” Dia berkata, “Nak bersihkan daripada apa? Aku tidak memakan daging pun! “ Rasul bersabda, “ Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara kamu .“ (Hr Thabrani – sahih)

Daripada Ibnu Jabir, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba, kami tercium bau yang amat busuk. Rasul bersabda, “ Adakah kamu tahu apakah bau ini? Inilah bau bagi orang-orang yang mengumpat orang-orang beriman.” (Hr Ahmad)


4. Suatu hari, Fatimah binti Kis memberitahu Rasulullah SAW, ada dua orang yang ingin meminangnya. Maka Rasul berkata kepadanya tentang kedua-dua orang tersebut. “ Dia itu fakir, tiada harta padanya. ” Tentang seorang lagi, “ Dia tidak pernah meletakkan tongkatnya di bahu. “ (dia selalu memukul perempuan)
Hadis ini menunjukkan dibenarkan mengumpat pada perkara-perkara yang dibenarkan syara’.

Adapun, jika seseorang itu mempunyai nama atau gelaran atau sifat yang dibencinya, tetapi dia tidak akan dapat dikenali tanpa perkara-perkara tersebut, maka ini dibolehkan dengan tujuan ingin mengenal pasti seseorang tadi, bukan untuk memanggil atau menyerunya.

Dibolehkan mengumpat jika terdapat dua perkara :

1. Keperluan
2. Niat yang baik

MR SOMEBODY
28hb Februari 2009
Kitab Halal Haram karangan Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Bab ke-4, Halal & haram dalam kehidupan umum seorang muslim : (4) pada hubungan masyarakat
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted by Unknown
Labels: feqah No comments:
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ABOUT MIN

Unknown
View my complete profile

JOM SEBARKAN ! ;)

KALENDAR HIJRI


RECENT POST

Recent Posts Widget

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2016 (2)
    • ▼  March (2)
      • MIN Kelas Fikah Perubatan: Pembedahan dan Pemindah...
      • MIN Edisi Khas : Tazkiyatun Nafs [18/2/16]
  • ►  2015 (28)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (2)
    • ►  September (15)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (48)
    • ►  December (4)
    • ►  November (12)
    • ►  October (5)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2013 (20)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (39)
    • ►  December (9)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (36)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  January (15)
  • ►  2010 (32)
    • ►  December (8)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2009 (33)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (6)

SEMBANG SANTAI

LABELS

  • Artikel (1)
  • Audio Kuliah (54)
  • doa (2)
  • feqah (10)
  • Fiqh Perubatan (17)
  • hadis (17)
  • haraki (3)
  • iklan (41)
  • Kitab (14)
  • lain-lain (6)
  • Munakahat (Perkahwinan) (2)
  • nasihat ulama (1)
  • PDF akhawat (5)
  • PDF ikhwah (6)
  • Program Madrasah (14)
  • sirah (12)
  • Tafsir (4)
  • tasawuf (25)
  • tauhid (2)
  • TRUST (5)
  • video (19)

FEEDJIT





Powered by Blogger.