Audio: Qawaid Fiqhiyyah ( 3 Dis 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab            : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis        : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh          : 03. 12. 2013
Hari              : Selasa
Masa            : 3.15 - 4.30 petang
Tempat       : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                         Unit Pembangunan Insan 
                         PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 03/12/2013]

Kaedah Pertama - Tiap-tiap perkara mengikut tujuannya.
Pengenalan pada hukum taklifi
-mazhab Syafie – 5, wajib, sunat, haram, harus, makruh
- mazhab Hanafi – wajib, sunat, haram, harus, makruh, fardhu, makruh yang diharamkan.
-syarat – diluar ibadat (masuk waktu solat), rukun – yang berada di dalam ibadat (bacaan alfatihah)
s- perkara-perkara yang berkaitan dengan niat
- Ashab As-syafie berselisih pendapat tentang niat- rukun / syarat bagi ibadat.
- kebanyakan ulama’ – niat itu rukun, Qadhi Abu Atthayyib, Ibnu As-sobagh – niat itu syarat
t- ta’lik pekerjaan dengan ‘InsyaAllah’
- contoh: - jika niat untuk ta’lik batal sembahyang, jika niat mengambil berkat ibadah tidak batal.
u- amalan yang tidak memerlukan niat
-berkenaan perkara-perkara yang wajib ditinggalkan (zina, judi)
v- masalah mencampurkan niat dengan perkara lain
-antara ibadat dan bukan ibadat, boleh membawa kepada batal.
-mencampurkan ibadat fardu dengan ibadat fardu yang lain – batal kedua-duanya.
w- menuntut ganti pada berniat
- Syeikh Ibnu Hajar, bab al-Wakalah ; menyuruh seseorang berniat kepada kita semasa melakukan amalan yang diwakilkan kepadanya, hukum – sah

**SOAL JAWAB**
1. Sumpah dengan nama Allah, tapi tanpa niat.
2. Wali mujbir, wanita yang tiada dara tanpa melalui perkahwinan.
3. Tersalah kiblat – perlu qadha solat atau tidak.
4. Tiada air, kecuali air yang betakung dan tidak cukup 1 kolah, hukum.
Kaedah Kedua : Perkara yang Yakin Tidak Boleh Dihilangkan dengan Syak.
- orang yang berwas-was ketika menunaikan solat, jangan keluar solat melainkan yakin tidak berhadas samada dengar bunyinya atau bau (bukti).
- was-was rakaat, ketepikan keraguan, ambil yang yakin.

Kaedah yang terbit ;
1. Asal sesuatu perkara mengikut apa yang ada pada asalnya.
- dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman akan datang mengikut apa yang ada pada zaman sebelum.
-contoh : yakin suci, syak berhadas, hukum – masih bersuci, yakin hadas, syak bersuci – masih berhadas.
-keraguan tidak boleh dihilangkan dengan keyakinan melainkan keyakinan juga.

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 26 Nov 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab          : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis       : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh        : 26.11.2013
Hari            : Selasa
Masa          : 3.15 - 4.30 petang
Tempat      : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                      Unit Pembangunan Insan 
                      PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 26/11/2013]

Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat (al-umuru bimaqasidiha)
Syarat Niat.
1.Islam oleh itu tidak sah ibadat orang yang murtad atau kafir tetapi ada beberapa perkara yang dikecualikan daripada syarat ini:
•Pertama: Perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri kepada lelaki muslim maka sah ia mandi untuk menghalalkan dirinya kepada suami tanpa khilaf di antara ulama disebabkan dharurat dan disyaratkan ia berniat sebagaimana yang diputuskan oleh syiekh Mutawalli didalam bab wudhu’ dan telah disahihkan oleh Imam Nawawi.Tetapi ada setengah pendapat mengatakan tidak wajib niat.Ada setengah ulama berpendapat mandi orang kafir dikirasah tetapi tidak sah jika ia berwudhu’. Hukumnya berbeza dengan orang murtad, mandi dan wudhu’nya tidak sah.
•Kedua: Sah kifarat yang dilakukan oleh orang kafir tetapi dengan disyaratkan ada niat pada kifarah tersebut.
•Ketiga: Apabila orang murtad mengeluarkan zakatnya pada ketika ia murtad maka sah zakatnya dan memadailah.

2. Tamyiz :kanak-kanak yang belum lagi mumayyiz tidak sah ibadahnya begitu juga orang yang gila.
Ada beberapa perkara yang dikeluarkan di dalam syarat ini :
•Kanak-kanak kecil yang diwudhukkan oleh walinya untuk melakukan tawaf dan walinya meniatkan ihram untuknya.
•Isteri yang gila dimandikan oleh suaminya untuk menghalalkan kepadanya maka suaminya yang berniat,mengikut pendapat yang asal.
•Mengetahui perkara yang diniatkan .
- Sesiapa yang tidak tahu kefardhuan wudhu’ maka tidak sah wudhu'nya.Jika seseorang itu mengetahui bahawa sembahyang yang dilakukannya itu fardhu tetapi tidak mengetahui rukun-rukunnya, atau mengiktiqadkan semua perbuatan sembahyang itu sunat atau setengahnya fardhu dan setengahnya sunat sedangkan ia tidak dapat membezakandi antara kedua-duanya maka hukumnya tetap sah. Kata Imam al-Ghazali orang yang tidak dapat membezakan diantara fardhu dan sunat maka ibadatnya sah dengan syarat jangan ia qhasad membuat yang sunat itu dengan perkarafardhu, jika diqhasadkan sebagaimana tersebut hukumnya tidak sah.
•Janganlah ia melakukan perkara yang menafikan niat seperti murtad.
-Jikalau seseorang itu murtad semasa sedang sembahyang atau puasa atau haji atau tayammum maka batallah ibadatnya. Jika berlaku murtad ketika ia sedang berwudhu’ atau mandi hukumnya tidak batal kerana perbuatan kedua-duanya itu tidak terikat di antara setengah dengan setengahnya yang lain, tetapi anggota yang murtad tidak dikira, jikalau berlaku murtad selepas berwudhu’ atau mandi maka menurut pendapat yang asal tidak batal wudhu’nya atau mandinya tetapi yang terbatal hanya tayammum sahaja sebab tayammum itu lemah (Jikalau berlaku murtad selepas selesai daripada sembahyang atau puasa atau haji atau zakat maka tidak wajib dilakukan semula perbuatan tersebut.

Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat.
Di antara perkara yang menafikan niat ialah memutuskan ibadat yang sedang dilakukan. Masalah ini terbahagi pula kepadabeberapa cawangan masalah :
1.Niat memutuskan iman. Maka dikirakan seseorang itu telah murtad.
2.Jika seseorang itu murtad semasa ia sedang menunaikan sembahyang maka sembahyangnya itu batal. Tetapi jika ia berniat memutuskan sembahyang setelah ia selesai daripada mengerjakannya maka sembahyang itu tidak batal dengan ijma’ ulama.
3. Niat memutuskan puasa sedangkan ia berpuasa, hukum puasanya tidak batal begitu juga orang yang berniat memutuskan iktikaf yang sedang ia lakukan, hukumnyatidak batal.
4. Niat hendak makan atau bersetubuh pada siang hari Ramadhan tidak akan membawa kepada batal puasa yang sedang dikerjakan.
5. Niat memutuskan haji dan umrah, hukumnya tidak batal.
6.Niat memutuskan Fatihah pada hal ia sedang di dalam sembahyang, hukum bacaannya batal sekalipun dengan diam yang pendek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...