Diskusi Fiqh Musafir ( 22 Sept 2014 )

Fiqh Musafir


Penyampai: Ustaz Khairi bin Che Sulaiman
Tarikh     : 22.09.2014
Hari         : Rabu
Masa        : 5.15 - 7.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

SOLAT QOSAR.
Pengertian Solat Qosar
-Bererti memendekkan bilangan rakaat solat daripada empat kepada dua rakaat. Maka solat Zohor, Asar dan Isya yang sepatutnya didirikan sebanyak empat rakaat menjadi hanya dua rakaat sahaja apabila diqosarkan.

Dalil Pensyariatannya
- Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :- “Dan apabila kamu bepergian di bumi, maka tidaklah berdosa kamu mengqosar solat, jika kamu takut diserang orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

Bermula Safar
- Tidak harus bagi seseorang qosar solat kecuali apabila dia sudah berada di dalam permusafiran. Hal ini hanya berlaku apabila dia sudah keluar daripada kawasan dia bermukim (menetap). Perlu diingatkan bahawasanya apabila seseorang sudah keluar rumah untuk pergi ke suatu tempat yang jauh (2 marhalah), dia masih tidak dikira bermusafir kecuali apabila dia sudah melintas keluar sempadan mukim tempat dia menetap.

Waktu Berakhir Safar
1.Apabila sudah pulang ke mukim tempatnya. Maka jika dia belum melintasi sempadan mukim tersebut, keringanan untuk solat qosar masih boleh dilakukan.
2.Apabila berniat untuk menetap di destinasinya melebihi 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar). Maka jika dia mahu menetap di destinasinya melebihi tempoh yang dibenarkan, tiada rukhsoh baginya.
3.Apabila dia berniat untuk pulang sejurus urusannya sudah selesai, dalam masa yang sama dia tidak tahu bila urusannya akan selesai, maka dia dibenarkan untuk solat qosar selama 18 hari.

Syarat solat qosar
1.Permusafiran yang panjang (2 marhalah).
2.Perjalanan yang ada halatujunya.
3.Menunaikan keseluruhan solat qosar itu dalam keadaan masih bermusafir.
4.Menunaikan solat setelah keluar daripada kawasan mukim.
5.Tidak berniat untuk bermukim di situ.
6.Permusafiran yang diharuskan oleh syarak.
7.Hendaklah disertakan niat untuk mengqosarkan solat didalam takbiratul ihram.
8.Tidak menjadi makmum kepada imam yang solat tamam.

SOLAT JAMA’
Pengertian Solat Jama’
-Bererti menghimpunkan dua solat didalam satu waktu. Samaada dihimpunkan didalam waktu yang awal (Jama’ Takdim) atau waktu yang kedua (Jama’ Takhir).
Dalil pensyariatannya
-Saidina Ibnu Abbas RA berkata: “Nabi SAW menghimpunkan solat Zohor dengan Asar apabila bermusafir, dan baginda SAW juga menghimpunkan solat Maghrib dengan Isya.”

Pembahagian Solat Jama’
1.Jama’ takdim : Menghimpunkan solat yang terkemudian kedalam waktu solat yang lebih awal.
Daripada Saidina Anas RA berkata : “Rasulullah SAW ketika bermusafir, dan telah tergelincir matahari (masuk waktu zohor), maka baginda SAW solat Zohor dan Asar lalu meneruskan perjalanannya.”
2.Jama’ takhir : Menghimpunkan solat yang lebih awal kedalam waktu solat yang terkemudian.
Daripada Saidina Anas RA berkata : “ Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila mahu menghimpunkan dua solat ketika bermusafir, maka baginda akan memperlewatkan Zohor sehinggalah masuknya waktu Asar, kemudian baginda SAW menghimpunkan kedua-duanya.”
Syarat Jama’ Takdim
1.Mestilah mengikut tertib turutan waktu solat.
2.Niat jama’ di dalam solat yang pertama.
3.Berturut-turut antara dua solat.
4.Masih berkekalan permusafiran sehingga bermula solat yang kedua.
Syarat Jama’ Takhir
1.Berniat untuk melewatkan solat kedalam waktu yang kedua.
2.Masih berkekalan permusafiran sehingga selesai solat yang kedua.
Syarat Jama’ Takhir
1.Berniat untuk melewatkan solat kedalam waktu yang kedua.
2.Masih berkekalan permusafiran sehingga selesai solat yang kedua.

Sirah Nabawiyyah ( 17 Sept 2014 )

Sirah Nabawiyyah


Penyampai: 
Tarikh     : 17.09.2014
Hari         : Rabu
Masa        : 4.15 - 6.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

-Perang Bani Quraizah-
# Peperangan yg disertai oleh Rasulullah dinamakan Ghazwah, manakala peperangan yg tidak disertai oleh baginda dinamakan sariyah.
‪#‎ Terdapat‬ kira2 26 ghazwah dan 38 sariyah. Daripada ghazwah2 tersebut hanya 11 ghazwah yg penting.
‪#‎ Antara‬ peristiwa tebesar ketika bulan Zulkkaedah ini selain Perjanjian Hudaibiyah adalah Perang Bani Quraizah.
‪#‎ Peperangan‬ ini berlaku sebaik sahaja selesai Perang Ahzab pada tahun ke 5 Hijrah.
‪#‎ Bermulanya‬ gerakan untuk memerangi yahudi Bani Quraizah ini adalah apabila Rasulullah s.a.w sedang membersihkan diri selepas pulang dari Perang Ahzab di mana tiba2 malaikat Jibril datang dan berkata :
"Adakah kamu telah meletakkan senjata? Sedangkan para malaikat belum meletakkan senjata mereka. Oleh itu, bangkitlah dengan mereka yang bersamamu utk menyerang Bani Quraizah. Aku akan pergi dahulu utk mencampakkan rasa takut ke dalam hati musuh."
‪#‎ Selesai‬ sahaja memberitahu, lalu Jibril mengetuai rombongan malaikat ke perkampungan Bani Quraizah.
‪#‎ Kemudian‬, Rasulullah pula bersama dengan 3,000 orang tentera menuju ke tempat tersebut.
‪# ‎Dalam‬ keadaan yahudi Bani Quraizah itu tidak menentang, lalu tentera Islam mengepung musuh itu selama 25 malam.
‪# ‎Mereka‬ tidak mempunyai sebarang masalah dengan kepungan itu kerana mereka mempunyai bekalan makanan dan air yg banyak dan mencukupi. Juga dikelilingi oleh kota yang kukuh.
‪#‎ Sedangkan‬ tentera Islam masih keletihan kerana baru pulang daripada Perang Ahzab ditambah pula musim sejuk dan kekurangan makanan
‪# ‎Walaubagaimanapun‬, tentera Islam berada di dalam semangat jihad yg tinggi manakala yahudi berada dalam ketakutan dan lemah semangat.
‪#‎ Ketakutan‬ yahudi ditambah dengan kemaraan Saidina Ali dan Zubair bin al-Awwam. Saidina Ali bertempik menyatakan :
"Wahai tentera iman! Aku merasa seperti yang telah dirasai oleh Saidina Hamzah iaitu gugur syahid atau aku berjaya membuka kota yahudi ini."
‪#‎ Akhirnya‬ yahudi Bani Quraizah menyerah diri dan telah berlaku sedikit perundingan bersama Rasulullah.
‪# ‎Rasulullah‬ menyerahkan hukuman terhadap yahudi pengkhianat ini kepada Sa'ad bin Muadz.
‪#‎ Sa‬'ad yg dalam keadaan uzur akibat luka parah semasa Perang Ahzab telah menjatuhkan hukuman agar kaum lelaki yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh manakala kaum perempuan dan kanak2 dijadikan tawanan.
‪#‎Mendengar‬ akan hukuman itu, Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya engkau telah berhukum dengan hukum Allah yang datang dari 7 petala langit."
‪#‎ Walaupun‬ zahirnya hukuman kpd yahudi Bani Quraizah ini begitu keras tetapi hakikatnya ia begitu adil dan tepat sekali.
‪#‎ Hal‬ ini kerana yahudi Bani Quraizah bukan sahaja mengkhianati janji tetapi turut merancang untuk membunuh seluruh umat islam.
‪#‎ Pelaksanaan‬ kepada hukuman bunuh ini dijalankan dgn yahudi Bani Quraizah ditahan di Kg Bani Najjar.
# Kemudian digali parit2 di kawasan pasir di madinah dan kemudiannya dibawa sekumpulan demi sekumpulan yahudi itu untuk dipancung leher meraka.
‪#‎ Peristiwa‬ itu menyaksikan
600 hingga 700 orang yahudi yang dihukum pancung. Ada juga di kalangan yahudi itu yang memeluk islam.
- Perjanjian Hudaibiyah-
‪#‎ Berlaku‬ pada bulan zulkaedah tahun ke 6 Hijrah.
‪#‎ Bermula‬ dengan mimpi Rasulullah dimana baginda bersama2 sahabatnya telah memasuki Masjidil Haram, memegang anak kunci, betawaf dan melaksanakan ibadat umrah. Ada yg bercukur rambut dan yg lainnya memendekkan rambut.
‪#‎ Mimpi‬ ini telah Rasulullah ceritakan kpd para sahabat.
Serentak itu, Rasulullah nemberitahu akan keluar menunaikan umrah dan para sahabat juga sama2 bersiap2 utk ke sana.
# Rasulullah menyeru seluruh orang Arab di sekeliling Madinah utk menyertai baginda.
# Rasulullah membawa isterinya Ummu Salamah bersama 1400 orang muslim tanpa membawa peralatan perang, selain senjata utk bermusafir (pedang bersarung)
‪#‎ Rombongan‬ ini bergerak ke arah Makkah, sehingga sampai di Zul al-Halifah utk berniat ihram.
‪#‎ Sejurus‬ musyrikin mengetahui keberadaan Rasulullah di Zul Halifah, Khaled bin Walid bala tentera berkuda utk menyerang kaum muslimin.
‪# ‎Maka‬, di sini lah turunnya hukum solat khauf.
‪# ‎Mengetahui‬ akan hal tersebut, Rasulullah telah memilih jalan lain ke Makkah bg mengelakan pertumpahan darah.
# Kemudian, Quraisy menghantar utusan2 mereka utk menyelidik tujuan kaum muslimin.
# Begitu juga dgn kaum Muslimin, Rasulullah telah menghantar Saidina Uthman supaya dapat meyakinkan Quraisy mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka.
# Selepas pemergian Saidina Uthman, timbul berita khabar angin mengenai pembunuhan beliau. Juga berlakunya Baiah Ridhwan. Melalui Baiah Ridhwan, telah turunnya ayat (48:18)
# Akhirnya termeterai Perjanjian Hudaibiyah yg menyatakan :
>Rasulullah harus pulang sahaja tahun ini tanpa memasuki kota Makkah dan hanya dibenarkan masuk selama 3 hari pada tahun berikutnya.
>Gencatan senjata selama 3 hari.
>Mengikat perjanjian dgn kabilah kabilah2 serta melindungi sesama sendiri.
>Sesiapa dari kalangan Quraisy yg menyertai Muhammad hendaklah dipulangkan semula ke Makkah, manakala jika sebaliknya tidak perlu dipulangkan.
# Selesai perjanjian perdamaian ini, Rasulullah menyeru sekalian kaum Muslimin utk bertahalul menyembelih binatang korban dan juga bercukur.
oleh Najwa Nordin
Tahun 2 Mansoura Manchester.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...