Diskusi Fiqh Qurban ( 29 Sept 2014 )

Fiqh Qurban


Penyampai: Ustaz Rafizani bin Ramli
Tarikh     : 29.09.2014
Hari         : Isnin
Masa        : 4.00 - 6.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

1) Definisi
- segi Bahasa : ambil daripada bahasa Arab yang berbunyi قربان iaitu bermaksud pengorbanan.
- segi syara’ : menyembelih binatang yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am (unta, lembu, kerbau, biri-biri & kambing)

2) Pensyariatan
- disyariatkan pada tahun ke 2 Hijrah. Tahun yang sama juga mula disyariatkan pembayaran zakat harta serta solat hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha
- dalil pensyariatan "Maka solatlah (dengan ikhlas) kerana Tuhanmu serta laksanakan ibadah korban (sebagai tanda syukur)".(Surah Kauthar : 3)

3) Waktu Perlaksanaan
- pada 10 Zulhijjah selepas solat sunat hari raya Aidil Adha beserta dengan khutbah. Waktu ibadah korban ini berlanjutan sehingga 13 Zulhijjah sebelum tenggelamnya matahari

4) Hukum Ibadah Korban
- Sunat :
Imam Syafie berpendapat bahawa hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad (sangat-sangat dituntut). Hukum tersebut adalah kepada mereka yang cukup syarat (Islam, Baligh, Berakal, Berkemampuan)
- Wajib :
sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan ibadah korban atau telah membuat penentuan (ta'yin) pada binatang ternakan miliknya. Sebagai contoh seorang penternak lembu berkata "Lembu ini aku jadikan ia sebagai korban".
- Makruh :
= kepada perempuan untuk melaksanakan ibadah korban dengan dirinya sendiri. Sunat diwakilkan kepada orang lelaki untuk melaksanakannya.
= makruh meninggalkan ibadah korban ini bagi mereka yang cukup syarat dan mampu
- Haram :
sekiranya seseorang berniat selain daripada Allah SWT. Dan sekiranya ia dilakukan oleh orang yang bukan beragama Islam

5) Perbezaan KORBAN & SEMBELIH
- KORBAN = 10-13 zulhijjjah + al an'am
- SEMBELIHAN = bila-bila masa + mana-mana binatang yang halal untuk dimakan

6) kategori binatang & perkongsian bahagian
- Unta, lembu dan kerbau = harus berkongsi untuk 7 bahagian
- Kambing dan biri-biri (kibas) = tidak boleh berkongsi

7) 4 jenis kecacatan utama pada binatang korban yang menyebabkan ibadah tersebut menjadi tidak sah
- Buta mata
- Berpenyakit (penyakit yg akan menyebabkan ia menjadi kurus dan kadang kala akan menyebabkan mudharat kepada orang yang memakan dagingnya)
- Tempang kaki.
- Terlalu kurus.

8) Hikmah Perlaksanaan Ibadah Korban
- Bertambah ketaatan kepada suruhan & larangan Allah SWT dengan menghayati peristiwa besar yang berlaku kepada keluarga Nabi Ibrahim Alaihissalam
- Lahir sifat berkorban yang perlu wujud dalam hati-hati umat Islam dalam membawa agenda dakwah kepada masyarakat
- Melahirkan tanda syukur kepada Allah SWT
- Merapatkan ukhuwah umat Islam antara golongan kaya dengan golongan miskin apabila daging binatang korban tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir dan miskin
Wallahu'alam

Audio : Safinatu An-Naja ( 23 Sept 2014 )

Safinatun Naja


Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak 
Tarikh     : 23.09.2014
Hari         : Khamis
Masa        : 4.00 - 6.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


1. Safinatu Naja
-Bermaksud bahtera penyelamat
-Juga dikenali sebagai "Qowaribun Naja"

2. Beza hidayah dan taufiq
- Hidayah : sudah ada daripada Allah kepada manusia, contohnya Al-Qur’an.
- Taufiq : Allah yang menurunkan taufiq yang menggerakkan hati manusia kepadaNya.

3. Kunci kepada ibadah adalah aqidah.
- Contoh : Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang, bertemu seorang abid yang mengatakan dosanya amat banyak dan tidak akan diampunkan oleh Allah. Maka pembunuh tersebut membunuh abid itu. Seterusnya dia ingin bertaubat dan disuruh untuk berjumpa dengan seorang alim ulama. Dalam perjalanan, dia meninggal. Para malaikat berselisih pendapat sama ada ingin memasukkan pembunuhtersebut ke syurga atau neraka. Akhirnya pembunuh tersebut masuk syurga dengan izin Allah kerana jarak untuk ke alim ulama itu lebih dekat.

4. Bismikallahumma.
-Pada zaman penindasan yang dilakukan oleh arab jahiliyyah keatas kaum muslimin, pembesar-pembesar arab melakukan pemboikotanbesar-besaran dengan niat untuk memaksa kaum muslimin kembali kepada agama mereka. Surat notis boitkot ditampal didinding dan dimulakan dengan kalimah “Bismikallahumma”, yang membawa maksud ,; dengan nama Engkau (Allah), Tuhan kami. Mereka berjanji akan menamatkan boikot sekiranya surat itu musnah. Dengan izi Allah surat itu musnah dimakan anai-anai kecuali kalimah “Bismikallahumma”.

5. Keberkatan adalah subjektif.

6. Rukun Islam
- Solat merupakan hak manusia kepada Allah
- Zakat merupakan hak manusia kepada manusia.

7. Rukun Iman
-Jika tidak beriman dengan salah satu rukun iman, maka tiadalah iman.
- contoh : golongan anti-hadis yang tidak beriman kepada hadis-hadis nabi.
- Perkataan “La Ma’buda illaLlah” juga merupakan doa untuk kuat semangat dan boleh dibaca ketika hati sedang diuji dengan sembahan-sembahan selain Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...