1) Definisi
- segi Bahasa : ambil daripada bahasa Arab yang berbunyi قربان iaitu bermaksud pengorbanan.
- segi syara’ : menyembelih binatang yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am (unta, lembu, kerbau, biri-biri & kambing)
2) Pensyariatan
- disyariatkan pada tahun ke 2 Hijrah. Tahun yang sama juga mula disyariatkan pembayaran zakat harta serta solat hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha
- dalil pensyariatan "Maka solatlah (dengan ikhlas) kerana Tuhanmu serta laksanakan ibadah korban (sebagai tanda syukur)".(Surah Kauthar : 3)
3) Waktu Perlaksanaan
- pada 10 Zulhijjah selepas solat sunat hari raya Aidil Adha beserta dengan khutbah. Waktu ibadah korban ini berlanjutan sehingga 13 Zulhijjah sebelum tenggelamnya matahari
4) Hukum Ibadah Korban
- Sunat :
Imam Syafie berpendapat bahawa hukum melakukan ibadah korban adalah sunat muakkad (sangat-sangat dituntut). Hukum tersebut adalah kepada mereka yang cukup syarat (Islam, Baligh, Berakal, Berkemampuan)
- Wajib :
sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan ibadah korban atau telah membuat penentuan (ta'yin) pada binatang ternakan miliknya. Sebagai contoh seorang penternak lembu berkata "Lembu ini aku jadikan ia sebagai korban".
- Makruh :
= kepada perempuan untuk melaksanakan ibadah korban dengan dirinya sendiri. Sunat diwakilkan kepada orang lelaki untuk melaksanakannya.
= makruh meninggalkan ibadah korban ini bagi mereka yang cukup syarat dan mampu
- Haram :
sekiranya seseorang berniat selain daripada Allah SWT. Dan sekiranya ia dilakukan oleh orang yang bukan beragama Islam
5) Perbezaan KORBAN & SEMBELIH
- KORBAN = 10-13 zulhijjjah + al an'am
- SEMBELIHAN = bila-bila masa + mana-mana binatang yang halal untuk dimakan
6) kategori binatang & perkongsian bahagian
- Unta, lembu dan kerbau = harus berkongsi untuk 7 bahagian
- Kambing dan biri-biri (kibas) = tidak boleh berkongsi
7) 4 jenis kecacatan utama pada binatang korban yang menyebabkan ibadah tersebut menjadi tidak sah
- Buta mata
- Berpenyakit (penyakit yg akan menyebabkan ia menjadi kurus dan kadang kala akan menyebabkan mudharat kepada orang yang memakan dagingnya)
- Tempang kaki.
- Terlalu kurus.
8) Hikmah Perlaksanaan Ibadah Korban
- Bertambah ketaatan kepada suruhan & larangan Allah SWT dengan menghayati peristiwa besar yang berlaku kepada keluarga Nabi Ibrahim Alaihissalam
- Lahir sifat berkorban yang perlu wujud dalam hati-hati umat Islam dalam membawa agenda dakwah kepada masyarakat
- Melahirkan tanda syukur kepada Allah SWT
- Merapatkan ukhuwah umat Islam antara golongan kaya dengan golongan miskin apabila daging binatang korban tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir dan miskin
Wallahu'alam